Barakah Doa Seorang Ibu

Allah subhanahu wa ta’ala berfirman,

وَوَصَّيْنَا الْإِنسَانَ بِوَالِدَيْهِ إِحْسَاناً حَمَلَتْهُ أُمُّهُ كُرْهاً وَوَضَعَتْهُ كُرْهاً وَحَمْلُهُ وَفِصَالُهُ ثَلَاثُونَ شَهْراً حَتَّى إِذَا بَلَغَ أَشُدَّهُ وَبَلَغَ أَرْبَعِينَ سَنَةً قَالَ رَبِّ أَوْزِعْنِي أَنْ أَشْكُرَ نِعْمَتَكَ الَّتِي أَنْعَمْتَ عَلَيَّ وَعَلَى وَالِدَيَّ وَأَنْ أَعْمَلَ صَالِحاً تَرْضَاهُ وَأَصْلِحْ لِي فِي ذُرِّيَّتِي إِنِّي تُبْتُ إِلَيْكَ وَإِنِّي مِنَ الْمُسْلِمِينَ

“Kami perintahkan kepada manusia supaya berbuat baik kepada dua orang ibu bapanya, ibunya mengandungkannya dengan susah payah, dan melahirkannya dengan susah payah (pula). Mengandungnya sampai menyusukannya selama tiga puluh bulan, sehingga apabila dia telah dewasa dan umurnya sampai empat puluh tahun ia berdo’a: “Ya Tuhanku, tunjukilah aku untuk mensyukuri ni’mat Engkau yang telah Engkau berikan kepadaku dan kepada ibu bapaku dan supaya aku dapat berbuat amal yang soleh yang Engkau redhai. Berilah kebaikan kepadaku dengan (memberi kebaikan) kepada anak cucuku. Sesungguhnya aku bertaubat kepada Engkau dan sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang berserah diri.”

(Qs. Al-Ahqaaf : 15)

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Mengimbau kenangan…..sekitar 13 ke 14 tahun yang lalu (2004/2005)

Almarhum Syed Ahmad Bin Muhammad Semait atau lebih dikenali sebagai Habib Ahmad Semait, seorang penulis & penterjemah pelbagai kitab Islam yang berasal dari Singapura (boleh google biodata beliau di wikipedia).

Link:👇👇👇

https://ms.m.wikipedia.org/wiki/Syed_Ahmad_Semait

Dulu, sekitar tahun 2004/2005 Almarhum sering berkunjung ke Kuantan Pahang bersama zaujah beliau, Ustazah Thahirah Abdur Rahman, yang juga merupakan seorang penulis & penterjemah beberapa buku mengenai ilmu fiqeh.

Diantara kenangan kami (suami saya merupakan salah seorang ahli jemaah yang sering membawa para habib luar yang datang berdakwah ke Malaysia) bersama Almarhum Hbb Ahmad Semait ialah….pada tahun 2005, kami pernah membawa Almarhum ke rumah tok (nenek) kepada suami saya di Kg. Galing Kecil. Pada ketika itu, kami mengadakan bacaan yaasiin & doa selamat bagi mendoakan salah seorang bapa saudara (Waled: Syed Mahadar Bin Syed Ahmad) yang sedang berjuang menghidapi masalah kegagalan fungsi buah pinggang di ICU. Oleh kerana keadaannya sudah kritikal & beliau masih gagal mendapatkan bantuan mesin pernafasan atau hemodialisis (saya dah lupa mesin apa) maka seluruh ahli keluarga sama2 berdoa agar Allah swt permudahkan segalanya buat beliau.
Selesai bacaan yaasiin, kami meminta Almarhum membacakan doa dgn tujuan agar mendapat lebih keberkatan daripada bait2 doa beliau.

Subhanallah….beliau menolak dengan lembut malahan meminta tok, selaku ibu kandung kepada bapa saudara yang sakit itu agar membacakan doa. Katanya “Doa seorang ibu untuk anaknya adalah lebih afdal & beliau akan mengaminkan apa sahaja doa yang akan tok pinta daripada Allah swt.”

Pada ketika itu, seluruh ahli keluarga yang hadir menadah tangan & mengaminkan tanpa mengetahui apa yang didoakan oleh tok. Suasana hening & sunyi kerana tiada sesiapa pun yang mendengar suara halus insan bergelar ummi itu.

Seberapa ketika setelah selesai bacaan doa….kami mendapat panggilan telefon drpd salah seorang saudara yang berada di hospital, memaklumkan bahwa pihak hospital akhirnya berjaya mendapatkan mesin yang diperlukan & bapa saudara yang kritikal itu & dia telah mulai sedar.

Subhanallah…walhamdulillah walaa illahaillallah…allah huakbar. Maha suci Allah yang maha pengasih & penyayang.

Begitulah besarnya keberkatan doa seorang ibu. Saya sendiri rasa sebak sebaik sahaja mengetahui mengenai berita itu. Pada ketika itu, saya sedang mengandungkan anak ke dua saya….masyaallah, peristiwa itu benar2 memberi kesan kepada diri saya sendiri, sebagai insan yang Allah swt pilih untuk menjadi ummi kepada anak2 saya.

Beruntunglah sesiapa yang masih punya ibu. Doa seorang ibu sangat mustajab. Begitulah jua kita sebagai seorang ibu…doakan yang baik2 setiap saat buat anak2 kita.

Jika seorang ulama yang alim juga meminta ibu kandung sendiri mendoakan untuk anaknya….maka mengapakah kita masih ragu2 dengan setiap ucapan ibu kita?

Walaupun kami semua tahu, Almarhum Hbb Ahmad Semait juga turut mendoakan, namun…begitulah sifat tawadduk & rendah dirinya seorang ulama, rasa hormatnya kp seorang ibu tua amatlah tinggi😔😔.

Banyak lagi kenangan bersama almarhum yang sempat kami telusuri bersama Hbb Ahmad dalam perkenalan yang singkat. Almarhum Hbb Ahmad telah kembali ke Rahmatullah pada tahun 2006 dalam satu kemalangan jalan raya.

Insyaallah akan saya kongsikan lagi di lain masa.

Innalillah hiwainna ilaihirrojiun….buat mereka bertiga yang semuanya telah kembali ke rahmatullah:
1. Almarhum Hbb Ahmad Semait
2. Almarhumah Tok Neng
3. Almarhum Walid, Syed Mahadar Bin Syed Ahmad
Semoga semuanya ditempatkan bersama para solihin.

Berikut adalah merupakan buku2 hasil Tulisan/Terjemahan Almarhum:


Dari Abu Hurairah radhiyallaahu ‘anhu, beliau berkata, “Seseorang datang kepada Rasulullah shalallahu ‘alaihi wasallam dan berkata, ‘Wahai Rasulullah, kepada siapakah aku harus berbakti pertama kali?’ Nabi shalallaahu ‘alaihi wasallam menjawab, ‘Ibumu!’ Dan orang tersebut kembali bertanya, ‘Kemudian siapa lagi?’ Nabi shalallaahu ‘alaihi wasallam menjawab, ‘Ibumu!’ Orang tersebut bertanya kembali, ‘Kemudian siapa lagi?’ Beliau menjawab, ‘Ibumu.’ Orang tersebut bertanya kembali, ‘Kemudian siapa lagi,’ Nabi shalallahu ‘alaihi wasallam menjawab, ‘Kemudian ayahmu.’”
(HR. Bukhari no. 5971 dan Muslim no. 2548)

Wallahualam.

Nukilan: Zan Aizan ~Ogos 2018~

#SayangiIbu
#IbuPermataHati
#DoaIbuDoaMustajab

Simpton Anak Lambat Bercakap (Speech Delay)

Assalamualaikum warrahmatullah

Dear lovely mothers & dads….

Setelah berbual mesra bersama beberapa orang teachers of kindergardens & penjaga taska, rupa2nya ramai kanak2 berusia 4-6thn yang still have communication problems. Either delay speech/gagap/gugup/one way communication dan lain2. Saya bukan pakar in any of child development course tetapi ingin berkongsi pengalaman because I’ve been through problems of delay speech with my 4th son, Syed Ahmad. Dan Alhamdulillah we managed to overcome it. I meant ‘we’ bcoz as a family, we have to work together.

1st of all…ibu bapa mesti alert dgn perkembangan anak. Jika ada masalah….accept it, buka mulut utk bertanya pendapat pakar atau kawan2 & solve the problem. Jangan rasa rendah diri & malu ataupun deny the problems dgn mengatakan yang anak kita perfect/sihat/ok/tak de sebarang masalah/keturunan saya tak pernah cacat dan sebagainya…. at the end…akhirnya anak yang jadi mangsa.

Pada tahun 2013, semasa our son was 1 1/2yrs old, kami noticed he can’t talk any single word contohnya ‘nak/ummi/abah’. Doktor pakar kanak2 said…tungguu until dia berusia 2yrs. Kemudian, semasa dia berusia 2yrs pun dia masih tidak mampu untuk berkomunikasi dengan normal. Lalu kami bawa dia ke Hearing & Speech Therapy di UIA Kuantan & Sunway Medical Centre Kuala Lumpur. Treatment with the expert takes about 12 times. Kami bawa dia ke therapist seminggu sekali atau alternate week bergantung kepada kesesuaian masa kami & therapist. BUT we MUST do our homework too.

Yang di maksudkan dengan homework ialah…family members juga perlu belajar how to train him at home. Kami sekeluarga bergilir-gilir selama beberapa kali sehari untuk meluangkan masa bersamanya di sepanjang tempoh terapi. Sekurang2nya 15-20 minit per sesi (3 kali sehari) diperuntukkan untuk sesi terapi. Sesi terapi tidak semestinya di rumah atau di bilik belajar. Kita boleh lakukan dengan santai di mana2 sahaja. Selain berdoa….kata kunci yg sebetulnya ialah RAJIN memberi perhatian kepadanya. Kami follow semua yang disarankan oleh therapist disamping research melalui internet (google & youtube).

Video 1: Praktis belajar menggunakan buku 3D. Melatih dia 2 way communication

Kurangkan penggunaan gadget kerana walaupun sesetengah parents rasa ‘anak mereka sangat pandai kerana kecik2 dah pandai serve internet..’ Tapi tiada maknanya jika mereka gagal berkomunikasi dengan dunia nyata.

Video 2: Libatkan ahli keluarga yang lain supaya dia tidak bosan & lahirkan kerjasama dalam keluarga

Video 3: Aktiviti hendaklah santai kerana kanak2 berusia 2 tahun lebih tidak mungkin boleh duduk statik selama 20 minit untuk belajar

Oleh itu….my dear mothers out there (saya tekankan kepada ibu bcoz ibu spend lebih masa dengan anak and of course father sangat jarang yang wants to be a housewife)…tolong put down your smartphone just for about 15-20 minit sehari to get masa yang sangat2 berkualiti dengan anak2 anda. Belajar & carilah ilmu…jika kita rasa zaman dah berubah…so do us. Kita perlu ada ilmu dalam membesarkan anak2. To be honest…sy akan merakam aktiviti bersama my boy because I need to study the progress.

By the way, He’s 6 yrs old now dan sangat talkative😂😂. Alhamdulillah dia juga telah lancar bercakap & membaca.

Video 4: Syed Ahmad telah berusia 6 tahun (2018) sekarang dan boleh membaca BM, BI, Jawi & membaca Al Quran.

For those yang notice anak2 anda ada problem (simtom of autism/dyslexia atau apa2 sahaja) go and get help. Anak adalah amanah dari Allah swt, jika kita lahirkan dan membiarkan dia membesar dalam dunianya sahaja tanpa our personal touch…don’t regret jika mereka juga membiarkan kita dengan dunia kita di usia tua nanti. Tiada salahnya if we put down ourselves dan menyelami dunia kanak2 wlpn kita seorg ibu bapa yang ada degree/master/PHD sekalipun. Dunia kanak2 is fun, actually😃😃😃.

Video 5: Mampu membaca jawi

Video 6: Sekarang dia adalah ulat buku. Apa2 jenis bahan bacaan dia akan baca….kucing bernama Oyen ini adalah best friend dia😁

Change yourself if you want to change the world. Jadilah ibu bapa yang bertanggungjawab.

Wallahualam

~Zan Aizan~

Being a mom……

To be a mom is not just a mom who gave birth & raise the kids.

Ada masa & ketikanya…we have to be a cook, a teacher, a cleaner, a doctor or even a cartoonist🤣🤣

AL-Ummu madrosatun atau ibu adalah sekolah. Demikianlah bunyi sebuah syair arab. Alangkah luas maknanya. Di pundak ibulah terletak tanggung jawab perkembangan ruhiyah (mental), aqliyah (intelektual), dan jasadiyah (fisik) seorang anak terpikul. Seorang ibu adalah pemimpin bagi anak-anaknya dan rumah tangga suaminya.

Ini akan ditanya oleh Allah swt atas kepemimpinannya itu. Sebagaimana Rassulullah saw bersabda: “Setiap manusia keturunan adam itu adalah pemimpin, maka seorang lelaki adalah pemimpin bagi keluarganya sedangkan wanita adalah pemimpin rumah tangga,” (HR. Ibnu Sunni dari Abi Hurairah).

Beberapa hari lepas….saya demam & anak saya Syed Hud bersungguh2 hendak menyiapkan “Duty Rooster” kelasnya. Saya faham bagaimana dia dengan penuh bersemangat telah sanggup mengambil tanggungjawab itu kerana dia merasakan sebagai seorang Ketua Kelas dia perlu membuktikan kewibawaannya. Bukan mudah bagi kanak2 sepertinya yang sentiasa pemalu & mudah rendah diri untuk menyanggupi tugasan itu.

Pada malam itu, dia telah menzahirkan ideanya kepada saya dan ingin saya membantu merealisasikan ideanya. Namun apakan daya….saya demam & ayahnya pula berada di luar daerah.

Kasihan…..dengan penuh semangat dia jalankan tanggungjawabnya. Namun, mungkin kerana kekurangan kreativiti dia kecewa dengan hasil kerjanya sendiri.

(Hasil Kerja Syed Hud)

Kemudian dia melelapkan mata dalam keadaan yang sangat kecewa. Malahan dia koyakkan kertas2 ini yang pada asalnya telah di tampal pada kad manila.😔😔😔

Telah banyak saya menulis mengenai perkembangannya sebelum ini & saya tidak akan berhenti di situ sahaja. Sebagai usaha saya untuk membuka mata masyarakat bahawa kanak2 seperti beliau adalah kanak2 yang hebat & akan menjadi lebih hebat jika mendapat sokongan ibu bapa. Maka, dari masa ke semasa…saya akan terus kongsikan segala usaha saya untuk meningkatkan keyakinan kendiri bagi kanak2 seperti Syed Hud.

What was happened that night?

Saya gagahi diri…bangun di awal pagi & menyiapkan segala idea yang telah dia zahirkan. Tujuannya ialah:

1. Saya mahu dia rasa yang ideanya di terima. Ini akan menaikkan self esteemnya.

2. Saya sebenarnya mendengar walaupun saya sedang demam (mabuk ubat🤣🤣🤣)

3. Kasih sayang seorang ibu itu tidak bertepi & ummi tidak membeza2kan anak2. Semua anak ummi bagi perhatian.

4. Saya tidak mahu dia ke sekolah dalam keadaan kecewa & self esteemnya akan berkurangan.

So…apabila dia bangun pada keesokkan paginya. Saya tanyakan dahulu samada dia setuju atau tidak jika saya buat begini? 👇👇 jika tidak, saya akan menyiapkan yang lain bersama2 dengannya tetapi pada hari yang lain.

Tujuan bertanya:

1. Supaya dia rasa yang pendapatnya juga adalah penting.

2. Supaya dia ada pilihan untuk berfikir semula

Alhamdulillah….dia sangat gembira dengan hasil kerja saya. Katanya memang inilah yang dia mahukan tetapi dia tidak pandai melukis.

Saya nasihati dia:

1. Ummi juga tidak pandai melukis tetapi ummi tiru dari apa2 sahaja bahan/buku yang ada di rumah kita. Awas! Elakkan menunjukkan bahawa “Ummi hebat. Hud tak hebat!” Seorang ibu mesti pandai bermain dengan kata2 agar anak tidak berasa yang dirinya banyak kelemahan.

Tujuan: supaya dia tahu, bahawa he can do that too next time. Its simple…

2. Ummi buat di awal pagi kerana ummi perlukan rehat terlebih dahulu. (Semalam ummi demam). Untuk menyiapkan sesuatu dengan hasil yang baik, kita perlu buat dalam keadaan tenang & relax. Saya katakan kepadanya “Hasil kerja Hud adalah bagus cuma akan lebih bagus jika Hud buat dalam keadaan yang lebih tenang & relax” Dia mengangguk faham dengan senyum lebar.

3. Allah swt tahu niat Hud yang baik, kerana itu Allah bagi kekuatan untuk ummi membantu Hud.

Secara kebetulannya, 2 minggu lepas saya telah mengikuti seminar anjuran Didiklah Anakmu Dengan Cara Nabi yang dikendalikan oleh Ustazah Siti Khadijah Abdul Ghaffar yang mana turut memberi pendedahan bagaimana mendidik, memuji, memberikan jawatan/tugasan kepada anak/pelajar seperti Syed Hud akan memberikan banyak kesan positif, maka semua itu adalah sangat berkait rapat dengan apa yang saya apply kepada anak2 saya selama ini. Dari pelbagai sudut, banyak kelemahan dalam didikan saya yang masih perlu saya perbaiki. 😔

Berbalik kepada kisah the Duty Rooster….akhirnya, saya turut membantu dia membawa Duty Rooster tersebut hingga ke kelas. Saya nampak raut wajahnya sangat ceria ke sekolah pada hari tersebut & kawan2nya turut meraikan kehadirannya bersama jadual tugasan tersebut.

Sewaktu mengambilnya pulang dari sekolah pula…saya ke kelasnya & melihat sendiri pelajar2 membersihkan kelas sebelum balik. Syed Hud masih sangat gembira & bercerita mengenai Duty Rooster tersebut & pelajar2 menjalankan tugasan masing2 apabila nama telah disenaraikan ke dalam jadual.

Begitulah…..tidak susah sebenarnya untuk seorang ibu membantu menaikkan self esteem anak yang sentiasa rasa ada kekurangan dalam dirinya. Yang penting, luangkan sedikit masa, jadi pendengar yang baik & teknik berkomunikasi.

Anak adalah amanah!

Semoga bermanfaat. Wallahualam

~Zan Aizan~

Syed Hud & Occupational Theraphy (Part 9 – Last Part)

Assalamualaikum Warrahmatullah

Alhamdulillah….bersyukur ke hadrat Ilahi di atas segala kurniaan Nya kepada kami sekeluarga.

Sesuatu yang indah yang Allah swt hadiahkan kepada kami sekeluarga di bulan Ramadhan yang lalu, iaitu 2 hari sebelum Syawal menjelma (13.6.2018) Syed Hud telah pun discharged dari OT.

Melihat kepada semua test & theraphy yang dijalaninya, insyaallah dia akan beransur2 memajukan dirinya dengan sokongan keluarga & usaha dirinya sendiri.

Antara perkembangan yang berlaku ialah:

1. Tulisannya semakin kemas. Spacing pun dah ada.

2. Tiada lagi huruf2 yang confius. Huruf ‘b’ & ‘d’ telah boleh dibezakan.

3. Sudah boleh duduk di kerusi dengan lebih lama untuk menyiapkan sesuatu tugasan. Focus dah bertambah baik. But still have that rocking chair. According to the therapist…itu normal. Almost all the kids are doing that.

4. Bercakap dengan lebih confident. Boleh menjawab pertanyaan with eye contact. Tiada lagi jawapan ‘tak tahu’ sambil angkat bahu 🤣🤣

5. Seems happy & mature. Emosi yang lebih terkawal. Maybe atas faktor usia yang semakin meningkat. Dia sudah berani melibatkan diri dengan aktiviti berkumpulan contohnya bermain bola sepak, futsal, badminton, chest dan lain2.

6. Lebih lancar membaca Al Quran, Bahasa Melayu & Bahasa Inggeris. Hafazan juga sudah semakin baik.

Berikut adalah keputusan Ujian Penilaian KAFA yang didudukinya pd bulan Ramadhan yang lalu. Sebagai pelajar yang baru 6 bulan berada di Sek. Ren. Islam itu & 1st time belajar subject KAFA & dalam bahasa melayu serta 100% tulisan jawi, cikgu berpendapat, pencapaiannya utk lulus 5 daripada 7 matapelajaran dengan kedudukan dalam kelas 20/35 adalah sudah sangat memuaskan hati. Dia cuma dinasihati untuk memperbanyakkan membaca & menulis jawi. Insyaallah he will improve from time to time.

Setinggi2 penghargaaan kami ucapkan kepada team Occupational Therapy Hospital UIA terutamanya Teacher Aina & Doktor Hanisah yang sentiasa berusaha membantu Syed Hud. Selama setahun kami berulang alik 2x sebulan, akhirnya ia membuahkan hasil yang positif.

Terlalu banyak ilmu yang kami pelajari selama bersama OT ini. Kami juga akan terus mempraktikkan segala tips2 yang diajarkan, malahan akan cuba menyampaikan ilmu tersebut kepada orang lain.

Kami juga mengucapkan terima kasih kepada semua rakan taulan terutamanya sahabat yang juga merupakan guru pertama anak2 saya, Teacher La, The owner of Tadika Indera Pintar Kuantan, Pahang bersama Warga Persatuan Ibu Bapa Anak Istimewa Pahang (PIANIS) yang sentiasa memberikan semangat & sharing all the info about Child Development Education.

Semoga Allah swt memberikan ganjaran yang terbaik buat semua yang membantu. Doakan agar Syed Hud terus membesar sebagai anak yang soleh, berjaya di akhirat & di dunia.

Walaupun dia masih memerlukan banyak masa untuk develope pelbagai perkara yang he might left behind, tetapi sebagai ibu bapanya kami yakin dia mampu untuk memperbaiki dirinya dari segi akademik, kokurikulum & ilmu2 akhirat.

Disamping memberikannya minum air yang di tulis/dibaca dengan ayat2 Al Quran serta doa yang tidak putus, kami yakin insyaallah Syed Hud pasti mampu menjalani hari2 yang mendatang dengan lebih matang.

Di akhirnya….saya berharap agar ibu bapa yang lain akan membuka mata & lebih prihatin terhadap perkembangan anak2 & cara2 untuk menangani setiap permasalahan anak2. Jangan di sia2kan kehidupan anak2 di zaman kanak2nya yang mana akan turut merosakkan masa depannya. Luangkanlah lebih masa bersama anak2. Kenali anak anda. Anak2 adalah cerminan diri kita.

Salam penuh kasih sayang dari kami sekeluarga😍😍

Wallahualam.

With love: 😍Zan Aizan😍SyedBoRians

Annusyrah: Testimoni ZABA

Assalamualaikum Warrahmatullah….

Disini saya kongsikan antara keberkatan & keajaiban air ZABA yang pernah berlaku dalam kehidupan saya. Kejadian ini berlaku ketika kami sekeluarga bercuti di di Bandung, Indonesia.

Pada suatu pagi kami telah melawat kawasan Kawah Gunung Berapi di Pergunungan Tangkuban Perahu. Diawal pagi, kelihatan para peniaga sedang mengasapkan (kemenyan) barang2 jualan mereka sambil membaca doa/mentera….Wallahualam, saya kurang pasti tentang apa yang mereka baca. Mungkin itu adalah amalan harian & kepercayaan mereka dalam memulakan perniagaan.

Oleh kerana itu, saya berasa kurang selesa untuk membeli apabila anak saya yang berusia 5 tahun ingin membeli makanan ringan dari seorang peniaga wanita tua. Lalu saya menarik anak saya beredar dari situ. Wanita tua yang sedang mengasapkan barangannya terhenti seketika & merenung anak saya. Dia kemudiannya menjeling tajam ke arah saya. Keadaan itu membuatkan saya berasa lebih takut & segera beredar.

Pada waktu malam, anak saya mulai demam & meracau. Suhu badannya naik secara mendadak & dia meracau sambil menunding2kan jari ke sana sini. Matanya terbuka luas & tidak berkelip. Dalam keadaan duduk berlunjur, dia mengeraskan badannya.

Saya berusaha membaca yaasiin & sementara suami saya membacakan surah Al fatihah, ayatul Qursi & 3 Qul serta menyuruhnya mengikuti bacaan tersebut. Walaupun dia mengikut bacaan tersebut tetapi matanya masih terbuka & cuba melawan suami saya yang memegangnya. Keadaan ini berlarutan lebih daripada 15 minit.

Subhanallah….semuanya dengan izin Allah swt & Dialah yang Maha Mengetahui akan sesuatu….

Kebetulan saya membaza Zaba bersama2 ketika travelling. Saya titiskan Zaba ke dalam segayung air, membacakan Surah Al Fatihah 1x & Selawat ke atas nabi junjungan kita sebanyak 3x lalu melumurkan air tersebut ke seluruh badan anak sambil membaca ayatul Qursi. Selepas beberapa minit, dia melembutkan badannya dan mula berbaring. Kemudian, saya titiskan pula lebihan Zaba ke dalam mulutnya & memaksanya untuk menelan air tersebut.

Sebaik sahaja dia menelan Zaba, matanya mula berkelip & dia seolah-olah baru tersedar dari tidur. Kami menyuruhnya membaca Al Fatihah & 3 Qul….alhamdulillah dia dapat membaca dengan baik & tidak meracau-racau lagi.

Keesokkan harinya anak saya memberitahu bahawa dia ternampak wanita tua di Tangkuban Perahu semalam dalam tidurnya namun tiada apa2 yang berlarutan selepas kejadian tersebut.

Kami bersyukur kerana, dengan adanya Zaba pada saat2 cemas seperti itu & terutamanya sewaktu berada di perantauan. Alhamdulillah…

~Zan Aizan~

Annusyrah: Testimoni Hawa

Assalamualaikum Warrahmatullah….

Ini adalah testimoni diri saya sendiri sebelum saya menjadi stokis Annusyrah Malaysia Sdn Bhd pada tahun 2008.

Pada ketika itu saya dalam ikhtiar untuk mendapatkan anak yang ke 3.

Oleh kerana doktor telah mengesahkan bahawa saya mempunyai rahim yang berkedudukan terbalik maka peluang untuk mengandung akan mengalami sedikit kesukaran. Sewaktu ingin mendapatkan anak kedua, saya menggunakan kaedah pengambilan pil hormon (2x procedure) namun ia telah menyebabkan penambahan berat badan yang mendadak. Dari 56kg hingga mencecah ke 80kg sewaktu mengandung.

Alhamdulillah, Segalanya dengan izin Allah swt….

Sebaik sahaja saya mencuba produk HAWA sebanyak 2 botol dengan istiqomah iaitu:

1. Menitiskan 7 titis kedalam secawan air

2. Membaca Al Fatihah 1x

3. Membaca Selawat ke atas Rasululullah saw 3x

4. Meminumnya setiap hari sekurang2nya 3x sehari

Saya disahkan mengandung. Apabila di teruskan penggunaan sepanjang tempoh mengandung, saya juga tidak mempunyai sebarang alahan mengandung & bayi selamat dilahirkan secara normal.

Alhamdulillah….anak saya juga dilahirkan sihat walafiat & tiada Jaundis Neonatal (kuning). Disepanjang waktu berpantang juga, dia sangat mudah di uruskan. Jarang sakit & tidak meragam.

Disepanjang tempoh berpantang juga, saya masih meneruskan meminum HAWA untuk menenangkan emosi & memulihkan rahim. Alhamdulillah….disamping berpantang secara traditional, selepas 2 minggu bersalin, apabila saya bertemu doktor & scan rahim, doktor memaklumkan bahawa rahim saya telah bersih. Tiada darah kotor yang melekat di dinding rahim.

Segalanya dengan izin Allah swt. Namun ikhtiar dan yakin dengan ayat2 Al Quran dari produk Annusyrah juga amat membantu. Disamping itu, perbanyakkan juga amalan2 lain & mengamalkan pembacaan Al Quran setiap hari. Yakinlah dengan setiap ayat2 Al Quran yg mana ia adalah mukjizat dari Allah swt.

Semoga bermanfaat. Wassalam.

Nukilan -Zan Aizan-

Syed Hud & Occupational Therapy (Part 8)

Bismillah hirrohmanirrohhim….

Dengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang….

Assalamualaikum ibu bapa yang dikasihi. Kita bersua lagi dalam siri yang ke 8, setelah 3 bulan berlalu dari ke 7 yang lalu.

Saya doakan semua ibu bapa prihatin di luar sana terus istiqomah dalam mendidik & membesarkan anak dengan penuh kasih sayang & tetaplah berada di jalan Allah swt. Salam penuh kerahmatan buat semua pembaca😍😍😍

Dengan perasaan rendah hati, dalam 3 bulan ini saya sedikit tersentak dengan pelbagai perkara yang berlaku kepada anak kami Syed Hud recently. Sedikit sebanyak…ia membuatkan saya give up pada awalnya, sedih & sebak setiap kali mengenangkan dia. Akhirnya…saya juga gagal untuk menulis dalam blog ini. Setiap kali ini memulakan bicara….hati jadi sebak & saya menunggu kekuatan semula untuk meneruskan bicara. Maklumlah….saya memang ibu yang mudah touching 😔😔

Bagi sesiapa yang mengikuti siri saya dari yang pertama hingga ke 7, saya sentiasa menggambarkan pelbagai perkembangan positif yang berlaku hasil drpd terapi di OT sejak pertengahan tahun lalu (2017). Namun…di awal Mac yang lalu anak kami telah melalui satu fasa kemurungan yang mengakibatkan semua usaha kami dalam menaikkan semangat belajar & keyakinan dirinya hilang sekelip mata. 😭

Allah huakhbar

Kami mendapat tahu, dia telah di buli & di pukul oleh pelajar tahun 5 di sekolahnya, hanya setelah kejadian tersebut berlarutan selama seminggu. Dia kelihatan tidak happy untuk kesekolah & mengadu sakit dibahagian perut akibat di sepak oleh pelajar tersebut. Namun, disebabkan sifat Syed Hud yang tidak suka mengadu & agak pendiam, dia tidak pernah mengadu kepada saya sehinggalah rakan2 sekelasnya (saksi) melaporkan kepada saya. Bayangkanlah perasaan seorang ibu pada ketika itu 😭😡😢😲🤒 . Namun dalam masa seminggu, kami telah cuba menyelesaikan masalah buli tersebut dengan pihak sekolah. Tiada sebarang report polis yang terlibat dalam kes ini😊

Namun Allah swt itu maha Pengasih & maha Penyayang…Dia sentiasa memberi ujian kepada kami sebagai ibu bapa agar menjadi lebih matang & memahami anak kami.

Akibat daripada kejadian buli tersebut, kanak2 seperti Syed Hud yang dahulunya memang tidak pernah mempunyai keyakinan diri, baharu sahaja mula positif, turn 360°😣😣😣. What was happened? Dia…..

1. Bersikap pendiam. Tidak lagi petah berkongsi cerita apabila pulang dari sekolah.

2. Berasa rendah diri. Apabila ada kawan2 yang bergurau berlebih-lebihan dengannya dia akan menjauhkan diri dari mereka. Mula bersendirian seperti dahulu.

3. Menangis tiba2….tak tahu apa yang difikirkannya. Dia akan menangis keseorangan. Kadang2 menatap gambar2 bersama rakan2 sekolah lama, dan termenung sendirian.

4. Cepat merajuk & sangat sensitif.

5. Berasa takut nak ke sekolah terutamanya nak ke tandas. Mula menahan diri dari membuang air di sekolah kerana bimbang di buli di tandas.

6. Merasakan bahawa kami tidak sayangkannya, kerana menukarkan sekolah & memisahkan dia dari kawan2 lamanya.

Sedih…..thats was a very sad moment untuk kami sehingga sebulan lamanya.

Saya telah mula berasa risau & sedih dengan keadaan itu. Segala usaha kami selama setahun seolah2 lenyap begitu sahaja. Namun kami tahu, Allah swt itu sayangkan kami. AturanNya sebaik2nya. Kebetulan, tarikh appointmnent untuk Syed Hud bertemu Doktor Hanisah, pakar psikiatri di Hospital UIA telah tiba. Disepanjang pertemuan dengan doktor, Syed Hud tidak bersuara. Tidak ramah seperti biasa dengan doktor & kelihatan stress.

Hasilnya….setelah hampir 1 jam dalam sesi tersebut, dia bersuara “Saya suka sekolah lama”. Itu sahaja. Doktor memandang saya dengan pandangan yang sukar untuk saya jelaskan🤔🤔🤔

Subhanallah, walhamdulillah walaa illah haillallah Allah huakhbar

Bertasbih & bertasmiklah saya sebaik sahaja doktor memberitahu, dia masih dalam proses perubahan tetapi disebabkan ada gangguan buli, itu menjadikan dia sedikit kemurungan. Usianya masih terlalu kecil untuk menerima banyak perubahan dalam hidupnya. Namun doktor tidak mencadangkan untuk dia kembali ke sekolah lamanya. He has to fight his fear & grow mature. Masalah dia ialah:

1. Semua kawan2 adalah baru
2. Semua subject & silibus adalah baru. Dahulu dia belajar silibus Singapore & Islamic but all are in English. Sekarang di sekolah baharu, dia belajar mengikut KBSM & all are in Malay. Actually kami faham, its too heavy untuk dia.

3. Kesemua 18 subject adalah subject baharu bagi dia. Honestly, saya memang kesian & terasa beban yang di pikulnya. Tidak hairanlah apabila result exam suku tahunnya menunjukkan dia hanya mampu mendapat 1B 1C 1D 10E & TH untuk 5 subject kerana kami berada di luar negara ketika exam.

4. Environment yang dia masih belum selesa dari segi cara budak2 di sekolah baru bergurau dgn perkataan2 yg dia tak biasa, especially kata2 kesat & lucah. 😢😢😢Dia selalu bertanya kepada saya apa maksud perkataan2 tersebut apabila balik ke rumah😔.Ya Allah, ampunkan ibu bapa di luar sana, yang anak2nya begini. Semoga kita mampu mendidik anak2 kita agar mengeluarkan kata2 yang baik sahaja.

5. Dia lambat pick up apa yang diajar di dlm kelas, menjadikan dia berasa lebih rendah diri.

❤Advice Doc: Kanak2 juga ada kemurungan, especially kanak2 special case seperti Syed Hud. Pantau dia & bantu dia buat sementara ni. Leave all the academic probs a side & focus untuk happy kan dia semula. Bagi dia masa at least another 6 months untuk tenangkan diri & sesuaikan diri dengan semua keadaan ini. Insyaallah, sama2 kita doakan agar Syed Hud berjaya menempuhi semua ini.❤

Bagaimana perasaan ibu2 yang membaca setakat ini?

Saya penat & saya juga menangis dengan semua ini. Saya bersujud pada Allah swt, mohon Allah swt ampunkan dosa2 saya & bantu permudahkan segala urusan Syed Hud. Masyaallah….berhari2 saya memikirkan apa yang harus saya lakukan untuk bantu pulihkan semangat anak saya…..

Akhirnya, kami sekeluarga bersama2 dalam menangani hal ini:

1. Saya stop kan kelas Eye Level nya untuk kurangkan stress dalam penumpuan kepada akademik.

2. Saya masukkan dia ke kelas memanah untuk eye treatment & bantu focusnya kerana matanya memang perlukan terapi. Dia ok kerana archery lebih santai.

3. Kami hubungi kawan2 dari sekolah lamanya dan minta keizinan ibu bapa mereka untuk benarkan anak2 bermalam di rumah kami. Kami ingin Syed Hud tahu yang ramai kawan2 yang baik masih wujud di sekelilingnya & he can meet his best friend at any time. Not only at school.

4. Saya hubungi Cik Aina, Therapist di OT & minta bantuannya untuk Syed Hud meluahkan perasaan dengannya kerana Syed Hud sangat selesa bercerita bersama therapist di OT. Di OT, therapist memberikan lukisan secara scatch untuk menenangkan emosi Syed Hud sambil melayan semua luahan hatinya.

5. Suami saya mengambil peranan untuk sentiasa mendampinginya……beraktiviti bersamanya contohnya bermain golf atau membaiki sebarang perkakas rumah yang rosak. Bagi dia peluang untuk dia rasa dia ada peranan dalam keluarga kami.

6. Anak sulung kami mengambil peranan mengajar adiknya Syed Hud bermain catur agar dia boleh bermain bersama kawan2nya di sekolah nanti. Kami ingin dia tahu, bahawa dia tidak semestinya bijak dalam akademik sahaja di sekolah. Dia ada kemahiran lain yang perlu di gilap.

7. Every day….saya repeat kata2 semangat untuk dia “be a brave boy”, “face your fear”, “defends yourself but do not harm people” dan lain2.

8. Saya juga minta bantuan ibu2 dari rakan sekelasnya untuk anak2 mereka membantu Syed Hud di sekolah. Neither the Class Teacher, Cikgu Intan. She encourages students to accompany Syed Hud to the gents.

Subhanallah…..Tabarakallah

Segala Puji Bagi Allah….

Akhirnya hampir 2 bulan berlalu….sedikit demi sedikit Syed Hud kelihatan bersemangat kembali untuk ke sekolah atau dengan kata lainnya… move on!

One day…he came back from school and said “Semalam Hud kejar budak yang buli Hud dulu. Hud dapat tangkap dia tapi terlepas & dia lari. Hari ni dia nampak Hud, dia lari”

Full Stop! & saya…..speechless. Dalam hati hanya mampu berkata…Alhamdulillah, syukur padamu Ya Allah😢😢😢

Untuk 2 minggu yg lalu juga, dia kelihatan seronok di sekolah kerana katanya rakan2 sekelasnya semua baik terhadapnya. Ada yg menemankan dia ke tandas dan tak kurang juga yang belanja di makan di kantin. Alhamdulillah….akhirnya saya nampak senyuman kegembiraan di wajahnya.😍😍

Buat masa ini, Syed Hud masih lagi dengan terapi di OT & aktiviti experimen nya berjalan seperti biasa. Tetapi kami telah mula mengembangkan kepandaiannya kepada perkara2 yang lebih matang. Memandangkan dia sangat suka dengan elektronik & aktiviti mematri, so jika ada kerosakan barangan dalam rumah, kami bagi penghargaan kepadanya untuk membaikpulih barang2 tersebut. Contohnya menukar tempat duduk tandas, membaiki basikal, mematri sangkar2 haiwan yang rosak, mengizinkan dia memasak makanan kegemarannya sendiri dengan pemantauan saya sendiri di dapur dan lain2. Do you realize…….what is his real capability as a 10 years old boy?

As yesterday……saya melihat kertas soalan Bahasa Arab bagi Ujian Kafa minggu lepas. From E masa suku tahun, now dia lulus to C. That was good enough for me & he seems very happy with that.👏👏👏👏

A

yat 13 yang diulang sebanyak 31x di dalam Surah Ar-Rahman yang berjumah 78 ayat:

فَبِأَيِّ آلاءِ رَبِّكُما تُكَذِّبانِ

“Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kau dustakan?”

(ar-Rahman: 13).

So…..nikmat apa lagi yang perlu saya persoalkan? Bukankah janji Allah itu pasti? Subhanallah…..

😌😌😌😌😌😌😌😌

Setakat ini dahulu nukilan saya pada kali ini. Saya berharap para pembaca dapat membuka minda dengan luas dengan apa yang saya post di sini.

Kenali anak anda, bekerjasamalah dalam keluarga untuk menangani setiap masalah. Jangan sesekali menunding jari kepada orang lain jika berlaku permasalahan dalam keluarga, sebaliknya kembali kepada diri sendiri & mohon ampun dengan Allah swt.

Yakinlah, Allah swt menganugerahkan anak kepada kita bukan untuk di sia2kan, Allah jua memberikan dugaan & ujian yang setimpal dengan setiap kemampuan kita. Sama2 kita muhasabah diri😌

Wallahualam.

Wahai Ibu, Hidupkanlah Ramadhan Mu

Assalamualaikum warrahmatullah ibu-ibu hebat semua😍😍😍 Semoga semuanya dalam rahmat & kasih sayang Allah swt.

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani, saya mulakan bicara, tanpa niat menunjukkan kehebatan diri atau riak. Niat utama perkongsian ini adalah untuk memberi jalan kepada para ibu muda yang seringkali mencari2 jalan untuk mengimarahkan Ramadhan dengan bertadarus atau bersama Al Quran di sepanjang Ramadhan. Bagi kaum bapa….mereka bebas bergerak.

Subhanallah….Maha suci Allah

Sejujurnya saya & suami bukanlah tergolong dalam golongan para ilmuan agama, jauh sekali bergelar ustaz atau ustazah. Namun itu bukanlah asbab untuk kita tidak mampu mencari ilmu, memperbaiki diri sendiri demi mendidik hati kita dan anak2 kita. Malahan, di usia saya 40 tahun ini pun saya masih menuntut ilmu, cuba mempersiapkan diri untuk akhirat & masih belum berjaya menjadikan anak2 saya sebagai seorang Al Hafiz pun. Semuanya masih dalam proses dan mudah2han Allah swt sentiasa memudahkan usaha saya😔😔😔

Tujuan posting ini juga adalah untuk panduan ibu2 seperti saya. Kerana ibu2 yang mendapat pendidikan agama sehingga peringkat tertinggi mungkin tidak lagi memerlukam tips seperti ini. Insyaallah mereka lebih arif bab ini.

Diakui, ramai ibu2 muda yang buntu bagaimana nak membaca Quran atau bertadarus di bulan Ramadhan jika saban tahun tanggungjawab membesarkan anak2 kecil tak boleh di lepaskan kepada orang lain. Namun itu juga ibadah, ye ibu…. jgn mengeluh ok. Saya faham, bukan kerana tidak ada ilmu langsung atau kerana jahil dan sebagainya. Namun kadang2 kekangan masa & kurangnya support dari diri sendiri (self motivation) atau dari suami sendiri.

Di sini saya kongsikan sedikit tips yang mungkin bermanfaat untuk ibu yang baru mendirikan rumah tangga ataupun yang masih berada dalam fasa pertama perkahwinan.

Tips Pertama:

Set mental untuk mendidik diri sendiri dengan ilmu Al Quran sejak dari anda berniat untuk mendirikan rumah tangga ataupun kalau ada yang membaca ni dah terrr…kawin, tak pe lah…masih boleh set minda tu sekarang. Insyaallah Allah swt itukan maha mengetahui & maha pemurah. Ada niat & usaha, insyaallah Allah berikan jalan.

Tips Ke Dua:

Cuba perbaiki diri. Masing2 tahu kelemahan diri sendiri. Carilah ilmu segera. Dalam dunia hari ini kita ada pelbagai pilihan…nak belajar Al Quran secara bertalaqi, nak panggil guru datang ke rumah, nak hadir kuliah di mana2 surau, nak join group2 wassup para mualim/mah dan sebagainya. Malahan di tv pun dah banyak rancangan2 belajar mengaji. Stop watching all the drama2 merepek tu 😋😋😋tontonlah rancangan ilmiah.

Persiapkan diri sebaik2nya sebelum melahirkan anak. Lepas kawin, tak salah untuk ber honeymoon tapi selitkan masa untuk Al Quran. Jika suami boleh ajarkan, Alhamdulillah….itulah sebaik2nya.

Tips Ke Tiga:

Apabila anak sudah lahir, teruskan membaca Al quran. Jadikan Al Quran itu di mata & telinga anak2 sejak dari baby lagi. Alunkan juga bacaan Al Quran dalam rumah sepanjang masa. Pasanglah CD, MP3 atau apa2 sahaja agar ia menjadi halua telinga anak2. Biar ia meresap ke dalam sanubari anak2 & sekaligus melembutkan hati mereka.

Lumrah…anak2 memang sentiasa inginkan perhatian & dimanjakan, sampai umur berapa anda nak dodoikan anak sehingga tertidur? Maaf, saya mungkin agak kejam kerana memang biasa membiarkan anak2 tertido di sisi saya sewaktu saya menggunakan “me time”. Its ok actually. Bukan kita tak sayang anak, tapi we need that quality time.

Tips Ke Empat:

Hantar anak2 mengenal Al Quran terlebih dahulu sebelum belajar ABC, nyanyi lagu twinkle2 little star, kenal frozen, ultraman & segala bagai man avengers dll. Alhamdulillah…Allah swt yang maha pengasih lagi maha penyayang memberikan hidayah kepada anak & saya untuk memulakan pelajaran Al Quran secara formal kepada anak sulung saya seawal usianya 3 tahun. Selain dari membaca Muqaddam (dulu belum ada iqra’) kami masukkan dia ke sek KAFA yg menerima kanak2 berusia 3thn (awal tahun 2005). Kemudian, ia menjadi trend untuk adik2nya yang lain.

**Gambar anak2 khatam, semasa majlis khatam, kakak & abang bantu untuk menjadi Naqibah**

Oleh itu, seawal usia mereka 8 thn atau 10 thn, mereka sudah khatam Al Quran. Mereka juga di biasakan untuk menghafal surah2 lazim & doa2 harian.

Dengan cara itu, anak2 yang lebih besar boleh bantu menyemak bacaan Al Quran adik2nya pula.

Subhanallah wallahamdulillah wala illa haillallah Allah Huakhbar……

Suka saya ingatkan sekali lagi, saya bukan ustazah neither suami saya seorang bukan ustaz. Kami orang awam yang sedang cuba membaiki diri😔😔 Doakan kami….

Oleh sebab itu, saya tidak menekankan sangat kepada hafazan kerana pada saya…..saya ulang! pada saya ye…..anak2 perlu betul2 faham hukum tajwid, makhraj & tanda2 bacaan serta teknik membaca Al Quran dengan betul sebelum memulakan hafazan secara formal. Kerana itu saya didik mereka untuk membaca Al Quran dengan sempurna sambil2 memulakan hafazan surah2 lazim terlebih dahulu. Bagi ibu2 yg lain…terpulanglah kepada cara masing2. Its up to you!

Tips Ke Lima:

This is the best part in my life!

Alhamdulillah….apabila mereka sudah pandai mengaji, didik mereka untuk bertadarus sekerap mungkin bersama kita di bulan Ramadhan. Waktu yang biasa saya gunakan ialah selepas bersahur….supaya mereka tidak tidur selepas sahur diikuti dengan solat subuh berjemaah & mereka bersiap ke sekolah. Oh! Indahnya zaman itu….😗😗😗😗

Saya percaya ibu2 yang ada lebih dari 1 atau 2 anak, ada anak2 kecil yang lain juga, so agak sukar untuk di bawa bertadarus ke surau/masjid. Lagi2 kalau para ibu yang ada anak kembar🤣🤣🤣🤣 Ataupun mungkin, ada yang tidak mendapat keizinan suami untuk keluar bersendirian untuk bertadarus. It’s ok dear….. bertadaruslah bersama suami & anak2. Ibu/bapa boleh jadi Naqibah atau anak yang lebih mahir juga boleh di beri penghargaan untuk menjadi Naqibah. Insyaallah….ibu2 dapat peluang bertadarus walaupun hanya berada di rumah sahaja.

Ok….selesai bab tadarus🕯🕯

But….please jangan berhenti di sini sahaja👇👇👇

Tips Ke Enam:

Lazimkan untuk sentiasa menghidupkan Al Quran dalam rumah. Kepimpinan melalui teladan adalah lebih mudah daripada menghantar anak2 ke sekolah yang mahal & bagus tetapi tiada praktik di rumah. Lazimkan anak2 di beri peluang membaca doa atau menjadi imam dalam keluarga. Supaya kita tahu tahap bacaan anak dan sekaligus mewujudkan keyakinan diri kepada mereka.

Sesekali atau sebaik2nya setiap minggu, buat tahlil & bacaan yasiin untuk arwah ibu bapa kita & saudara mara yang lain di rumah. Tidak susah sebenarnya. Semuanya complete ada dalam Buku2 Surah Yaasiin. Tujuannya…agar anak2 tahu apa yang perlu mereka lakukan apabila kita sudah kembali menemui Sang Pencipta kelak. Suami Isteri perlu ada kerjasama dalam hal ini. Persiapkan anak awal2.😢😢

Tabarakallah…..segala puji bagi Allah

Tips ke Tujuh

Alhamdulillah…..akhirnya anak2 sudah besar & menginjak remaja. Di saat ini, ibu2 sudah punya banyak masa untuk mendalami ilmu Akhirat bahkan boleh hadir ke mana2 kelas pengajian Al Quran dengan lebih kerap. Tiada lagi anak2 kecil yang kita bimbangi untuk di tinggalkan di rumah. Selepas 12 tahun perkahwinan, anak2 mungkin sudah ke sekolah berasrama atau sudah cukup besar untuk menjaga adik2 yang lain.

Gunakanlah peluang ini sebaik2nya untuk bertadarus di surau/masjid atau bersama jemaah dalam komuniti kita. Insyaallah…pada usia yang lebih matang, kita akan merasa lebih teruja untuk mencari redho Allah swt & mempersiapkan diri untuk dunia lain yang menyusul pada bila2 masa.

Namun begitu….suka saya ingatkan, kita jangan sesekali merenggangkan hubungan dengan anak2. Saat remaja lagi banyak dugaannya. Oleh itu, lazimkanlah untuk sentiasa melibatkan anak2 dengan setiap aktiviti kita. Biar mereka sentiasa rasa ibu2 perlukan mereka sebagai peneman atau penguat semangat. Samada anak lelaki atau anak perempuan.

Alhamdulillah, setakat 17 tahun perkahwinan, anak2 saya memang sentiasa saya bawa untuk dimana2 sahaja majlis tadarus yang saya join. Biar mereka faham, belajar Al Quran bukan setakat untuk lulus periksa, memenangi pertandingan tilawah/hafazan dan lain2. Sebaliknya Al Quran ialah untuk pegangan hidup.

Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Begitulah fitrahnya manusia…..maka, wahai ibu2 janganlah mencari2 alasan lain pula untuk tidak menambahbaikkan diri sendiri dalam kita mendidik anak2.

Di akhirnya saya menyusun sepuluh jari, memohon ampun & maaf dari para pembaca sekiranya ada yang kurang senang dengan tulisan ini. Lillah hitaala…niat saya hanyalah memberi jalan kepada ibu2 muda yang tercari2 cara untuk meluangkan masa dengan Al Quran & bagaimana ingin mendidik anak2 agar cintakan Al Quran.

Memandangkan pada hari ini, ramai ibu2 yang mengeluh & bersedih kerana mereka tidak berpeluang menghidupkan Ramadhan dengan Al Quran, kerana mereka fikir mengaji/bertadarus mesti di lakukam surau/masjid sahaja. Yakinlah dengan Allah, segala yang Allah swt aturkan dalam hidup kita adalah yang terbaik, malahan lebih baik daripada apa yang kita impikan.

Semoga bermanfaat buat ibu2 yang berkehendak. Jika posting ini bermanfaat, saya mohon doakan saya agar saya akan terus berjaya mendidik anak2 saya di jalan Allah bagi melahirkan seorang Hafiz/zah yang akan menarik ibu mereka yang tidak sempurna ini ke syurga😭😭😭 Sesungguhnya saya bukan ibu yang sempurna, masih terlalu banyak yang perlu diperbaiki dalam diri sendiri. Semoga Allah swt sentiasa menjaga khilaf & aib saya serta para ibu sekalian.
Sabda Nabi : Sinarilah rumah kalian dengan membaca Al Quran. Carilah balasan dari rumah kalian dengan shalat kalian. Janganlah kalian menjadikannya kuburan sebagaimana telah dilakukan oleh orang-orang Yahudi dan Nasrani. Sesungguhnya rumah yang didalamnya disebut nama Allah akan menyinari penduduk langit sebagaimana bintang menyinari penduduk bumi” (H R Abu Sufyan)

Wallahualam😔

Nukilan saya ~Zan Aizan~

Fly again! To Perth, Australia with love!

Assalamualaikum warrah matullah & hai everyone!

Kali ini saya nak share experience kami sekeluarga with our trip to Perth, Australia recently. Percutian seperti kami ini sebenarnya biasa sahaja…..sesuai untuk golongan yang suka bergerak bebas, tidak terlalu mewah & tidak terlalu kemut 🤣🤣🤣. Kira2nya, percutian yang budget sederhana.

Actually ini adalah trip ke dua kami ke Perth. Bezanya dulu pada tahun 2014 saya & suami fly bersama-sama 3 orang anak kami. Manakala this time, we brought together my mom, mother in law & 2 orang anak berusia 10 thn & 6 thn. So….we have kids & warga emas, the trip should be bersesuaian dengan usia mereka.

This trip agak simple kerana kami tidak menggunakan sebarang khidmat dari mana2 travel agency. Actually, thats what we always did bila melancong. Kami tidak suka terikat dengan masa atau attach dengan aktiviti orang lain. What we did were:

1. Beli tiket awal. Search for the cheappest flight & the right date. To bring 6 persons in a trip, kenalah cari flight yang selesa & better all in. Tengok keadaan cuaca bcoz…..remember, kami membawa warga emas. Cuaca tak boleh too cool atau too hot. Nanti mereka tak sihat, kita tak kan enjoy the holiday. So kami pilih Malindo Air. Return flight was about RM1,200++/person. Bertolak pada 2.3.2018 & balik pada 8.3.2018. 7 days is good enough for us. Jangan lupa…get the visa too. Its online too & cost about RM30.00/person🤗

2. Log in to Airbnb untuk sewa rumah. Kami kan ramai…better to get a house dimana kami boleh memasak & laundry. There we go! Kami dapat sebuah rumah with 3 bedrooms & 3 bathrooms lengkap dengan semua keperluan memasak. Host nya pula seorang yang sangat prihatin. Pada hari yang cuaca agak panas….dia datang untuk refill mineral water dalam fridge kami. What a nice host! Harga? Was about RM300.00/day.

It’s highly recommended for those yang nak sewa rumah ni: Mr. Brian +61435002040 Address: 68A Wicca Street, Kewdale, WA 6106, Australia.

3. Kenderaan. Booked awal-awal & carilah yang boleh pick us at the airport. Mudah kan….we booked a big car which can fix 6 of us. Kereta murah & tak canggih pun tak pe, asalkan selesa. Harga pun lebih kurang RM1,500.00 untuk 7 hari tersebut.

4. Keperluan makanan. Wow! Itu yang ramai orang tak suka buat. Bcoz ramai yang anggap bila bercuti they should be relax. But for us….NO! Kami bawa beras, makanan kering such as mee, biskut, sardin, rempah ratus dan lain2 untuk saya memasak setiap hari. Barang2 basah seperti ayam, sayur & ikan pula boleh dibeli di pasar halal disana. Everyday saya akan mengambil masa 2 ke 3 jam untuk memasak diawal pagi for breakfast & lunch. Kemudian, when we start our journey…kami boleh singgah makan di mana2 sahaja yang kami rasa selesa. Especially di tepi pantai atau tasik. It’s a tradition bagi warga Australia untuk sentiasa picnic di mana2 sahaja yang ada ruang riadah. Bab makan….kami memang jimat sejimat2nya🤣🤣🤣 Lagi pun….confirm halal!

5. Macam mana nak jalan2 di sana? It’s easy as 1 2 3. As long as you can drive & ada driving license, ada internet data (beli sim card once you touch down at the airport) & faham penggunaan bahasa inggeris, no worries mike! Just guna je google search untuk cari tempat2 menarik yang ingin dilawati, then set your google maps on your smart phone. Start the car engine & drive sesuka hati korang. Minyak agak mahal jika di petrol pam yang terletak di bandar, so drive ke luar sikit untuk dapatkan yang cheaper. Mudahkan hahahaha

Antara tempat2 menarik yang kami lawati ialah:

1. Caversham Wildlife Park – pusat haiwan yang terkenal di Perth. Rasanya jika anda ambil mana2 pakej travel, mereka akan bawa anda ke sini juga.

2. Fremantle Harbour – Kawasan pelabuhan bot2 nelayan & bot2 mewah. Juga tempat makan seafood. Fremantle Market juga menjual pelbagai sayur2ran & buah2han yang murah.

3. Rockingham – Kawasan beachside yang sangat cantik. Kami beberapa kali ke sini untuk aktiviti mandi laut & berkelah. Pada waktu hujung minggu, pantainya dipenuhi pengunjung sehingga anda merasakan kemeriahannya seperti penduduk Perth sedang berpesta. Walhal mereka hanya berehat di hujung minggu bersama keluarga sahaja.

4. Mandurah – Juga kawasan pantai dimana terdapat banyak bot2 mewah. Disini juga disediakan cruise untuk pengunjung yang ingin melihat Dolphin di tengah lautan.

5. Big W – Emmm its just a mall untuk peminat barangan kaca seperti Corelle & Pirex. Harga memang sangat2 murah berbanding di Malaysia. Kelebihannya…mereka menjual pinggan mangkuk secara loose. Anda tak perlu membeli 1 set jika anda rasa anda hanya memerlukam pinggan/piring/cawan sahaja. We don’t have this in Malaysia. Semua kena beli 1 set kan….

6. Cohunu Koala Park – Sebuah zoo yang menempatkan lebih banyak koala berbanding caversham wildlife park. Disini juga terdapat haiwan2 lain yang agak seronok untuk menambah pengetahuan kanak2. Entry fee pun cheaper than Caversham.

7. Penguin Island – Sebut namanya sahaja anda sudah tahu ia tempat apa kan….pada tahun 2014, kami sudah ke sini & berpeluang bermain2 dengan beberapa ekor penguin liar. Namun pada kali ini, mungkin disebabkan keadaan cuaca yang agak panas, tiada penguin yang kami temui. Anak2 hanya berpeluang melihat penguin peliharaan di tempat feeding show sahaja. But it was still fun sebab ada banyak burung & big lizard. Kebetulan pula anak bongsu saya peminat reptiles huhuhu

8. AQUA di Hillary Boat Harbour- lebih kurang macam Aquaria di KLCC. Banyak hidupan laut yang boleh dilihat secara live. Disebabkan saya sudah pernah masuk ke sini dahulu, so saya membawa ibu & ibu mertua saya berjalan di kawasan jualan pakaian & cenderahati di Sorento Quay Board Walk sahaja. Hanya suami & anak2 yang masuk. Save lagi beberapa ratus RM untuk harga tiket kan….hehehehe

9. Margaret River – Terdapatnya Ladang/kebun anggur – Kawasan biasa yang tersenarai dalam senarai favourite place, ia adalah kawasan untuk kita membeli anggur yang fresh dari ladang & ia berhampiran dengan kilang coklat The Margaret River Chocolate Company.

10. Pickering Brook – Ladang epal, pear, peach & sayur2ran…..dan anda dibenarkan memetik buah2han sendiri. Kami sangat enjoy disini. Dengan harga AUD25/baldi kami dapat menggembirakan both mothers & anak2 dengan meng eksplore kebun buah2han. Kebetulan pula terjumpa dengan owner kebun yang merupakan rakyat Malaysia! Jumpa orang sekampung wehhhh….sape tak happy🤣🤣🤣🤣

11. Rumah Allah – Masyaallah….tidak susah untuk bersolat di Perth. Kami singgah di pelbagai Masjid & bertemu dengan pelbagai bangsa orang Islam. Semuanya indah & baik bagi kami. Tiada alasan untuk meninggalkan solat walaupun bermusafir di negara yang agama rasminya bukan agama Islam. Tepuk dada tanyalah iman.

12. Kings Park & Botanic Garden – Anda boleh melihat keindahan bandar Perth dari puncak bukit ini.

13. Elizabeth Quay – Menyediakan cruise dari bandar Perth ke Fremantle & kawasan riadah yang indah. Disepanjang sungai juga terdapat hotel2 kecil & motel yang selesa jika ingin menginap di bandar.

14. Kedai souvenir – Yang murah adalah yang terdapat di Pusat Bandar Perth. Pelbagai barangan boleh didapati untuk dijadikan hadiah ataupun kenangan. Jika anda ingin membeli souvenir, elakkan membeli di pusat2 pelancongan tertentu kerana harganya agak mahal.

15. Oleh kerana suami saya peminat Harley Davidson….kami juga tidak melepaskan peluang visit ke outlet terbesar di Perth iaitu di Woodside Look, Beckenham. Walaupun motor harley dah tiada namun minat dah tertanam di sanubari🤣🤣🤣

Banyak lagi tempat2 menarik yang kami singgah disepanjang perjalanan. Maklumlah kami kan drive sendiri…. rasa nak singgah atau berpatah balik, bukan masalah bagi kami. Yang penting kami gunakan sepanjang hari untuk berjalan2. Keluar dari rumah sebaik sahaja selesai bersolat dhuha & akan balik selewatnya pada waktu maghrib. Malam….kami hanya berehat di rumah. Ibadah jangan lupa walaupun kita jauh diperantauan!

Begitulah perjalanan kami selama 7 hari diperantauan. Yang pasti saya & suami berpuas hati kerana kami dapat melihat cahaya kegembiraan yang terpancar di wajah kedua ibu kami. Maklumlah ini 1st time mereka menjejakkan kaki ke negara OMPUTIH 😎😗😎😗😎😗

Satu perkara lagi….tips untuk nak save money: selain daripada masak sendiri & don’t go for shopping….kami juga wrap beg kami sendiri. Jika di airport, it will cost you about AUD11.00/bag. So pegi je lah mana2 supermarket, beli wrapping paper dengan harga AUD1.40 lepas tu rajin2kan diri untuk wrap bag anda for safety purposes. Mudah kan😃😃😃

Kami berharap agar perkongsian trip ini dapat dimanfaatkan oleh pembaca yang ingin membawa kedua ibu bapa makan angin tetapi bimbangkan keselesaan atau pun mereka mungkin tidak sesuai mengikut trip yang terikat dengan masa. Apa yang anda perlukan ialah keberanian, wang (off course 😅😅) & paling penting ialah toleransi dengan pasangan.

Namun jika anda memang seorang jutawan @ hartawan….silakan untuk mengikuti sebarang private trip yang everything disediakan untuk anda.

Apa yang penting bagi saya & suami dalam setiap trip yang kami rancang ialah: kami happy & akan lebih happy jika dapat berbakti & menggembirakan hati orang tua kami. Hargai kedua ibu bapa sementara mereka ada. Jika tidak mampu bermusafir secara mewah, cubalah berbelanja seadanya.

Just a friendly reminder……Masa kita kecil, ibu bapa tak pernah berkira untuk bawa anak2 berjalan2 jika mampu….ataupun jika tak mampu sekali pun mereka bawa juga. Kita ni, kadang kala terlalu berkira2 dengan mereka walaupun kita mampu😢😢😢

Ustaz saya pernah berpesan “setiap kali bermusafir, niatlah dalam hati bahawa bermusafir itu juga adalah sunnah. Insyaallah ada ganjarannya apabila kita berjalan di bumi Allah swt yang luas ini.” Begitulah pesanan Ustaz Zubair Bin Malik yang saya sematkan dalam ingatan saya. By the way….sape tak suka melancong kan? Hehehehe

Sekian dari saya buat kali ini. Saya doakan rakan2 pembaca akan dimurahkan rezeki untuk menjelajah dunia suatu hari nanti.

See you in next trip!

Assalamualaikum✈🛩✈🛩✈🛩

Syed Hud & Occupational Theraphy (Part 7)

Assalamualaikum Warrahmatullah….

Salam sayang dari Ummu Syed Hud buat semua ibu bapa penyayang sekalian. Semoga anda semua berada dalam rahmat & kasih sayang Allah swt.

Ramai yang pm sy menanti khabar terkini Syed Hud. Afwan…..akibat kekangan masa diri saya sendiri & tidak banyak perkembangan terkini yang boleh di kongsi, maka saya biarkan sahaja masa berlalu buat beberapa ketika. Besides, saya perlu berikan masa kepada Syed Hud untuk menyesuaikan diri dengan suasana sekolah yang baru.

Alhamdulillah….dalam tempoh sebulan setengah di sekolah baru, kami melihat banyak perubahan positif dalam rutin harian Syed Hud. Setakat ini kami berpuas hati dengan tindakan kami memindahkan dia ke sekolah yang lebih hampir dengan rumah dan mengubah 80% daripada rutin hariannya. Antara perubahan positif yang saya maksudkan ialah:

1. Jarak sekolah & rumah yang dekat menjimatkan masa berulang alik ke sekolah. Oleh itu Syed Hud ada banyak masa untuk beriadah di waktu petang. Dengan riadah yang lebih, tenaga yang telah dikerah pada sebelah petang membolehkan dia lebih memberi perhatian semasa membuat homework pada waktu malam. Syed Hud juga dah alert dengan homework2nya.

2. Cikgu yang lebih tegas & oleh kerana dia masih belum biasa dengan cikgu2 tersebut…so Syed Hud lebih bimbang jika dia tidak menyiapkan homeworknya.

3. Dia telah dilantik menjadi Ketua Kelas. Maka ada sikap tanggungjawab yang muncul pada dirinya. Saya perhatikan dia lebih alert dengan waktu kedatangannya, kebersihan kelas, switch off lampu & kipas sebelum balik & cuba bertindak untuk memberi arahan kepada rakan2 sekelas. Dengan cara ini, sedikit sebanyak ia menghilangkan perasaan rendah diri & malu yang selalu bersarang dibenaknya. Confident level nya menjadi lebih tinggi. Sebelum ini, di sekolah lamanya…dia tidak pernah diberikan sebarang jawatan. Mungkin kerana itu dia merasakan dia tidak perlu menunjukkan sebarang tingkah laku sebagai seorang yang dipertanggungjawabkan ke atas sesuatu.

4. Jarak dari sekolah ke hospital UIA (OT) memudahkan saya mengambilnya keluar untuk terapi selama 1 jam & kembali semula ke sekolah.

Seterusnya…..✈✈✈✈

What happen to his spelling & vocabulary? Owh…there are so many practise yang saya perlu tumpukan kepadanya. Syukur ke hadrat Allah swt kerana so far…saya diberikan kesihatan yang baik & ruang waktu untuk sentiasa membantu every weakness yang dia ada. Saya telah memulakan latihan vocabulary & praktis menulis lebih banyak perkataan yang mempunyai huruf “b”. Remember….dari awal dulu saya dah mention….dia confius between “b” & “d”. How did it happen? Mari kita saksikan video ini 👇👇👇👇

Whats next? Syed Hud masih bermasalah untuk menulis dengan kemas…overall dia sudah boleh menulis & membaca dengan lancar cuma masih belum kemas. Oleh yang demikian, atas bantuan seorang rakan yang juga seorang tenaga pengajar yang sangat kreatif & prihatin terhadap anak2 muridnya, Cikgu Nadia telah membantu memudahkan urusan saya. I print out this “spacing hands”…thats what I called it🤣🤣🤣 supaya Syed Hud dapat menulis dengan lebih kemas & ada space between each words.

Beginilah cara penggunaanya….comelkan “tangan” tu 🤣🤣🤣

Suka saya ingatkan, Allah swt itu maha pengasih & maha penyayang. Setiap doa dari hamba2nya tidak pernah dipulangkan dengan tangan yang kosong. Setiap hari saya berdoa agar segala2nya dipermudahkan & hanya bantuan dari Allah swt yang saya dambakan setiap saat & waktu. Alhamdulillah….dengan penghijrahan Syed Hud ke Sekolah Rendah Islam Indera Mahkota, dia dipertemukan dengan guru kelas yang lebih berpengalaman. Cikgu Intan yang sangat prihatin & berpengalaman menangani pelbagai masalah kanak2 di sekolah telah menyarankan saya untuk membawa Syed Hud untuk melakukan pemeriksaan mata. Untuk sekian kalinya….perkara ini tidak pernah terlintas dihati kami kerana beliau tidak pernah menunjukkan ciri2 seorang yang rabun (kerana saya & anak sulung adalah rabun. Syed Hud juga aktif). Namun itu disarankan kerana Syed Hud masih bermasalah untuk menyalin apa2 dari whiteboard malahan dari buku teks.

Amazingly….kebetulannya semasa di OT beliau juga melakukan aktiviti menyalin tulisan daripada surat khabar & 70% adalah gagal menyalin dengan betul. What a coincidence!

Therefore…..kami telah menemui sebahagian daripada punca masalah pembelajaran Syed Hud selama ini.😔😔😔 Allah huakhbar!

Take it as a positive vibes…Allah swt sedang menunjukkan jalan kepada kami & akhirnya hasil daripada pemeriksaan by Optometrist di UIA…Syed Hud didapati mengalami masalah rabun dekat & rabun jauh. Both rabun which is abnormal untuk kanak2 yang berusia 9 tahun 2 bulan sepertinya. Itulah diantara punca2nya dia selalu agak slow menyalin apa2 yang ditulis di whiteboard semasa di sekolah atau menyiapkan tugasan dalam buku. Syed Hud mungkin gagal mengesan tahap rabun dekatnya untuk menganggar jarak apabila dia ingin menulis atau menyiapkan kerja2 sekolah. Akhirnya semua itu membuatkan dia hilang minat untuk membaca. Poor him 😢😢😢We wish we know it earlier huhu

However kami…as his parents, dalam kesedihan+terkejut menerima berita tersebut masih bersyukur kerana telah menemui sebahagian daripada punca masalahnya. Tanpa menyalahkan mana2 pihak….malahan lebih kepada menyalahkan diri kami sendiri kerana kurang alert tentang hal rabun ini….tetapi ingin saya kongsikan diantara kelemahan kecanggihan teknologi hari ini adalah….dengan wujudnya aplikasi Whatsapp….selama ini, apabila Syed Hud atau murid2 lain gagal menyalin apa2 yang tulis oleh guru di whiteboard, guru yang berusaha membantu pelajar akan mengambil gambar whiteboard & menghantar gambar tersebut ke group whatsapp ibu bapa. Dengan cara itu, pelajar boleh menyalinnya di rumah. Oleh itu…masalah kerja sekolah mungkin dapat diselesaikan namun masalah pada setiap individu (pelajar) itu tidak dapat dikenal pasti. Itu adalah dari sudut pemerhatian kami sebagai ibu bapa yang melalui pengalaman ini. Tambahan pula, selama ini Syed Hud memang telah dilevelkan sebagai seorang yang agak lambat menulis.

Masalah penglihatan ini masih dalam proses uji kaji. Masih banyak proses yang perlu Syed Hud lalui sebelum dia perlu menggunakan cermin mata. Namun…serta merta saya berikan Al Quran yang lebih besar pada malam itu & alhamdulillah dia mampu membaca dengan lebih lancar.

Begitulah keadaannya saban hari….semakin hari semakin banyak perkara yang dikenalpasti.

Walau apapun keadaannya…kami tidak akan berhenti berusaha membantu & support every aktiviti Syed Hud. Kami ingin dia tahu bahawa every body has their own specialty & tiadanya pilih kasih atau perbezaan kasih sayang diantara anak2 kami.

Kami bersyukur kerana dikurniakan anak yang sentiasa memberikan kami peluang untuk menambah ilmu parenting. Dia juga anak yang baik, tidak banyak meminta2 atau mengeluh2. Malahan untuk beberapa bulan ini dia juga agak kerap menunaikan solat2 fardu di surau. Walaupun dalam keadaan mata yang rabun, dia akan tetap mengayuh basikal ke surau samada pada waktu siang atau malam. Semuanya sedikit sebanyak menimbulkan rasa insaf kepada diri saya sendiri.😢😢😢

Insyaallah…semoga dengan adanya treatment untuk masalah penglihatan Syed Hud, akan ada lebih banyak perubahan positif dalam hidupnya.

Bersama kita doakan Syed Hud….amin.

Gambar: Syed Hud participate pada hari keceriaan kelas