Dermoid Cyst Hilang?

1 Zulhijjah 1441H (22 Julai 2020) yang penuh keberkatan.

Alhamdulillah hari ni saya dikhabarkan dengan berita yang sangat mengejutkan & menggembirakan, tatkala doktor cakap dia tak jumpa cari di mana Cyst yang selama ini hidup di tepi ovari saya. Berkali-kali digerakkan alat pengimbas (scan) tetapi tak kelihatan cyst yang sudah hidup sejak beberapa tahun lalu.

Sudah berkali-kali saya share & re-share blog saya yang berkisarkan cara pembacaan Surah Al Baqarah sebagai As Syifa’….Itu juga merupakan salah satu amalan untuk penyembuhan penyakit. Rujuk link👇🏻👇🏻
https://saljuputihsite.wordpress.com/2018/12/12/al-baqarah-sebagai-as-syifa-penyembuh/

Ketika saya menulis blog ini dulu (12.12.2018), saiz cyst ialah 4.46cm. Berkurangan sebanyak 1.7cm setelah 3 bulan mengamalkan pembacaan Surah Al Baqarah. Sebelum tu saiznya 6.16cm. Bagaimana caranya? Sila click & baca dlm blog di atas👆🏻👆🏻

Saiz cyst pada 12.9.2018
Saiz cyst pada 12.12.2018

Kemudian guru saya, Mualimah Sharifah Hafsah menasihati saya agar terus beramal & menambah amalan khusus untuk menghilangkan penyakit dengan membaca Ratib Al Attas sebanyak 41 kali dengan niat untuk penyembuhan penyakit.

Di dalam kitab PEMBUKA JALAN MENDEKATKAN DIRI KEPADA ALLAH, himpunan zikir oleh Habib Muhammad bin Alwi Al Attas ada menyatakan bahawa “Para salaf berkata, Ratib Al Attas amat mujarab dalam menyampaikan segala permintaan jika dibaca sebanyak 41 kali” (halaman ii)

Apa yang disarankan oleh ibunda guru, telah saya sempurnakan dalam tempoh kurang dari seminggu. Sama ada saya membacanya sebanyak 3 kali selepas solat atau di masa lapang yang lain setiap hari, sehingga cukup bilangannya sebanyak 41 kali.

Disamping itu saya juga tidak meninggalkan amalan-amalan yang lain, antaranya membaca Selawat Tafrijiyyah dengan menghimpunkan bacaan sehingga mencapai bacaan sebanyak 4444 kali (selama tempoh yang saya mampu) & Selawat Tibbiyah/Syifa’ sebanyak 100 kali sehari atau sebanyak yang mampu.

Subhanallah….setelah 1 tahun 7 bulan cyst tersebut akhirnya LENYAP!!!

Saya ulang, ia L.E.N.Y.A.P!!!

Jika kalian mencari info dari mana-mana sumber berkenaan cycst jenis “Dermoid” (rujuk gambar), ia agak sukar untuk hilang melainkan dengan kaedah pembedahan.
Tapi siapa kita untuk menyangkal kekuasaan & kehendak Yang Esa?

Sumber: google photos

Saya telah kongsikan amalan ini bersama Puan Doktor, Doktor Suraya Arsyad, Pakar Sakit Puan & Perbidanan di Hospital Pakar Kuantan (KPJ). Alhamdulillah beliau pun turut berlapang dada & gembira kerana beliau tahu saya tidak mengambil sebarang ubat-ubatan hospital mahupun herba/supplement lain dalam tempoh rawatan.

For all friends around the world….sy nasihatkan;
~ jaga kesihatan, pemakanan & amalan harian.
~ Istiqomah dalam sesuatu amalan yang baik & jangan meragui kekuasaan Allah swt.
~ Elakkan tabiat asyik berkeluh kesah, menunggu keajaiban berlaku dengan amalan-amalan kamu. Beramallah dengan ikhlas.
~ Teruslah beramal tanpa jemu.
~ Ikhlaskan hati, terus beribadah & beramal  demi Allah swt.

Kun Fa Ya kunn…Semuanya dengan kehendak & keizinan Allah swt! Mudah-mudahan dengan mengamalkan pembacaan Ratib Al Attas secara istiqomah akan memudahkan segala urusan harian, menyembuhkan penyakit dan mencapai segala hajat kita.

Kita adalah hamba…Dia yang Maha Berkuasa. Berusahalah dalam mengerjakan sesuatau hal, berdoa & bertawakkallah kepada Allah swt.

Wallahualam

Salam kasih sayang dari saya, Zan Aizan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s