Being a mom……

To be a mom is not just a mom who gave birth & raise the kids.

Ada masa & ketikanya…we have to be a cook, a teacher, a cleaner, a doctor or even a cartoonist🤣🤣

AL-Ummu madrosatun atau ibu adalah sekolah. Demikianlah bunyi sebuah syair arab. Alangkah luas maknanya. Di pundak ibulah terletak tanggung jawab perkembangan ruhiyah (mental), aqliyah (intelektual), dan jasadiyah (fisik) seorang anak terpikul. Seorang ibu adalah pemimpin bagi anak-anaknya dan rumah tangga suaminya.

Ini akan ditanya oleh Allah swt atas kepemimpinannya itu. Sebagaimana Rassulullah saw bersabda: “Setiap manusia keturunan adam itu adalah pemimpin, maka seorang lelaki adalah pemimpin bagi keluarganya sedangkan wanita adalah pemimpin rumah tangga,” (HR. Ibnu Sunni dari Abi Hurairah).

Beberapa hari lepas….saya demam & anak saya Syed Hud bersungguh2 hendak menyiapkan “Duty Rooster” kelasnya. Saya faham bagaimana dia dengan penuh bersemangat telah sanggup mengambil tanggungjawab itu kerana dia merasakan sebagai seorang Ketua Kelas dia perlu membuktikan kewibawaannya. Bukan mudah bagi kanak2 sepertinya yang sentiasa pemalu & mudah rendah diri untuk menyanggupi tugasan itu.

Pada malam itu, dia telah menzahirkan ideanya kepada saya dan ingin saya membantu merealisasikan ideanya. Namun apakan daya….saya demam & ayahnya pula berada di luar daerah.

Kasihan…..dengan penuh semangat dia jalankan tanggungjawabnya. Namun, mungkin kerana kekurangan kreativiti dia kecewa dengan hasil kerjanya sendiri.

(Hasil Kerja Syed Hud)

Kemudian dia melelapkan mata dalam keadaan yang sangat kecewa. Malahan dia koyakkan kertas2 ini yang pada asalnya telah di tampal pada kad manila.😔😔😔

Telah banyak saya menulis mengenai perkembangannya sebelum ini & saya tidak akan berhenti di situ sahaja. Sebagai usaha saya untuk membuka mata masyarakat bahawa kanak2 seperti beliau adalah kanak2 yang hebat & akan menjadi lebih hebat jika mendapat sokongan ibu bapa. Maka, dari masa ke semasa…saya akan terus kongsikan segala usaha saya untuk meningkatkan keyakinan kendiri bagi kanak2 seperti Syed Hud.

What was happened that night?

Saya gagahi diri…bangun di awal pagi & menyiapkan segala idea yang telah dia zahirkan. Tujuannya ialah:

1. Saya mahu dia rasa yang ideanya di terima. Ini akan menaikkan self esteemnya.

2. Saya sebenarnya mendengar walaupun saya sedang demam (mabuk ubat🤣🤣🤣)

3. Kasih sayang seorang ibu itu tidak bertepi & ummi tidak membeza2kan anak2. Semua anak ummi bagi perhatian.

4. Saya tidak mahu dia ke sekolah dalam keadaan kecewa & self esteemnya akan berkurangan.

So…apabila dia bangun pada keesokkan paginya. Saya tanyakan dahulu samada dia setuju atau tidak jika saya buat begini? 👇👇 jika tidak, saya akan menyiapkan yang lain bersama2 dengannya tetapi pada hari yang lain.

Tujuan bertanya:

1. Supaya dia rasa yang pendapatnya juga adalah penting.

2. Supaya dia ada pilihan untuk berfikir semula

Alhamdulillah….dia sangat gembira dengan hasil kerja saya. Katanya memang inilah yang dia mahukan tetapi dia tidak pandai melukis.

Saya nasihati dia:

1. Ummi juga tidak pandai melukis tetapi ummi tiru dari apa2 sahaja bahan/buku yang ada di rumah kita. Awas! Elakkan menunjukkan bahawa “Ummi hebat. Hud tak hebat!” Seorang ibu mesti pandai bermain dengan kata2 agar anak tidak berasa yang dirinya banyak kelemahan.

Tujuan: supaya dia tahu, bahawa he can do that too next time. Its simple…

2. Ummi buat di awal pagi kerana ummi perlukan rehat terlebih dahulu. (Semalam ummi demam). Untuk menyiapkan sesuatu dengan hasil yang baik, kita perlu buat dalam keadaan tenang & relax. Saya katakan kepadanya “Hasil kerja Hud adalah bagus cuma akan lebih bagus jika Hud buat dalam keadaan yang lebih tenang & relax” Dia mengangguk faham dengan senyum lebar.

3. Allah swt tahu niat Hud yang baik, kerana itu Allah bagi kekuatan untuk ummi membantu Hud.

Secara kebetulannya, 2 minggu lepas saya telah mengikuti seminar anjuran Didiklah Anakmu Dengan Cara Nabi yang dikendalikan oleh Ustazah Siti Khadijah Abdul Ghaffar yang mana turut memberi pendedahan bagaimana mendidik, memuji, memberikan jawatan/tugasan kepada anak/pelajar seperti Syed Hud akan memberikan banyak kesan positif, maka semua itu adalah sangat berkait rapat dengan apa yang saya apply kepada anak2 saya selama ini. Dari pelbagai sudut, banyak kelemahan dalam didikan saya yang masih perlu saya perbaiki. 😔

Berbalik kepada kisah the Duty Rooster….akhirnya, saya turut membantu dia membawa Duty Rooster tersebut hingga ke kelas. Saya nampak raut wajahnya sangat ceria ke sekolah pada hari tersebut & kawan2nya turut meraikan kehadirannya bersama jadual tugasan tersebut.

Sewaktu mengambilnya pulang dari sekolah pula…saya ke kelasnya & melihat sendiri pelajar2 membersihkan kelas sebelum balik. Syed Hud masih sangat gembira & bercerita mengenai Duty Rooster tersebut & pelajar2 menjalankan tugasan masing2 apabila nama telah disenaraikan ke dalam jadual.

Begitulah…..tidak susah sebenarnya untuk seorang ibu membantu menaikkan self esteem anak yang sentiasa rasa ada kekurangan dalam dirinya. Yang penting, luangkan sedikit masa, jadi pendengar yang baik & teknik berkomunikasi.

Anak adalah amanah!

Semoga bermanfaat. Wallahualam

~Zan Aizan~

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s