Simpton Anak Lambat Bercakap (Speech Delay)

Assalamualaikum warrahmatullah

Dear lovely mothers & dads….

Setelah berbual mesra bersama beberapa orang teachers of kindergardens & penjaga taska, rupa2nya ramai kanak2 berusia 4-6thn yang still have communication problems. Either delay speech/gagap/gugup/one way communication dan lain2. Saya bukan pakar in any of child development course tetapi ingin berkongsi pengalaman because I’ve been through problems of delay speech with my 4th son, Syed Ahmad. Dan Alhamdulillah we managed to overcome it. I meant ‘we’ bcoz as a family, we have to work together.

1st of all…ibu bapa mesti alert dgn perkembangan anak. Jika ada masalah….accept it, buka mulut utk bertanya pendapat pakar atau kawan2 & solve the problem. Jangan rasa rendah diri & malu ataupun deny the problems dgn mengatakan yang anak kita perfect/sihat/ok/tak de sebarang masalah/keturunan saya tak pernah cacat dan sebagainya…. at the end…akhirnya anak yang jadi mangsa.

Pada tahun 2013, semasa our son was 1 1/2yrs old, kami noticed he can’t talk any single word contohnya ‘nak/ummi/abah’. Doktor pakar kanak2 said…tungguu until dia berusia 2yrs. Kemudian, semasa dia berusia 2yrs pun dia masih tidak mampu untuk berkomunikasi dengan normal. Lalu kami bawa dia ke Hearing & Speech Therapy di UIA Kuantan & Sunway Medical Centre Kuala Lumpur. Treatment with the expert takes about 12 times. Kami bawa dia ke therapist seminggu sekali atau alternate week bergantung kepada kesesuaian masa kami & therapist. BUT we MUST do our homework too.

Yang di maksudkan dengan homework ialah…family members juga perlu belajar how to train him at home. Kami sekeluarga bergilir-gilir selama beberapa kali sehari untuk meluangkan masa bersamanya di sepanjang tempoh terapi. Sekurang2nya 15-20 minit per sesi (3 kali sehari) diperuntukkan untuk sesi terapi. Sesi terapi tidak semestinya di rumah atau di bilik belajar. Kita boleh lakukan dengan santai di mana2 sahaja. Selain berdoa….kata kunci yg sebetulnya ialah RAJIN memberi perhatian kepadanya. Kami follow semua yang disarankan oleh therapist disamping research melalui internet (google & youtube).

Video 1: Praktis belajar menggunakan buku 3D. Melatih dia 2 way communication

Kurangkan penggunaan gadget kerana walaupun sesetengah parents rasa ‘anak mereka sangat pandai kerana kecik2 dah pandai serve internet..’ Tapi tiada maknanya jika mereka gagal berkomunikasi dengan dunia nyata.

Video 2: Libatkan ahli keluarga yang lain supaya dia tidak bosan & lahirkan kerjasama dalam keluarga

Video 3: Aktiviti hendaklah santai kerana kanak2 berusia 2 tahun lebih tidak mungkin boleh duduk statik selama 20 minit untuk belajar

Oleh itu….my dear mothers out there (saya tekankan kepada ibu bcoz ibu spend lebih masa dengan anak and of course father sangat jarang yang wants to be a housewife)…tolong put down your smartphone just for about 15-20 minit sehari to get masa yang sangat2 berkualiti dengan anak2 anda. Belajar & carilah ilmu…jika kita rasa zaman dah berubah…so do us. Kita perlu ada ilmu dalam membesarkan anak2. To be honest…sy akan merakam aktiviti bersama my boy because I need to study the progress.

By the way, He’s 6 yrs old now dan sangat talkative😂😂. Alhamdulillah dia juga telah lancar bercakap & membaca.

Video 4: Syed Ahmad telah berusia 6 tahun (2018) sekarang dan boleh membaca BM, BI, Jawi & membaca Al Quran.

For those yang notice anak2 anda ada problem (simtom of autism/dyslexia atau apa2 sahaja) go and get help. Anak adalah amanah dari Allah swt, jika kita lahirkan dan membiarkan dia membesar dalam dunianya sahaja tanpa our personal touch…don’t regret jika mereka juga membiarkan kita dengan dunia kita di usia tua nanti. Tiada salahnya if we put down ourselves dan menyelami dunia kanak2 wlpn kita seorg ibu bapa yang ada degree/master/PHD sekalipun. Dunia kanak2 is fun, actually😃😃😃.

Video 5: Mampu membaca jawi

Video 6: Sekarang dia adalah ulat buku. Apa2 jenis bahan bacaan dia akan baca….kucing bernama Oyen ini adalah best friend dia😁

Change yourself if you want to change the world. Jadilah ibu bapa yang bertanggungjawab.

Wallahualam

~Zan Aizan~

Being a mom……

To be a mom is not just a mom who gave birth & raise the kids.

Ada masa & ketikanya…we have to be a cook, a teacher, a cleaner, a doctor or even a cartoonist🤣🤣

AL-Ummu madrosatun atau ibu adalah sekolah. Demikianlah bunyi sebuah syair arab. Alangkah luas maknanya. Di pundak ibulah terletak tanggung jawab perkembangan ruhiyah (mental), aqliyah (intelektual), dan jasadiyah (fisik) seorang anak terpikul. Seorang ibu adalah pemimpin bagi anak-anaknya dan rumah tangga suaminya.

Ini akan ditanya oleh Allah swt atas kepemimpinannya itu. Sebagaimana Rassulullah saw bersabda: “Setiap manusia keturunan adam itu adalah pemimpin, maka seorang lelaki adalah pemimpin bagi keluarganya sedangkan wanita adalah pemimpin rumah tangga,” (HR. Ibnu Sunni dari Abi Hurairah).

Beberapa hari lepas….saya demam & anak saya Syed Hud bersungguh2 hendak menyiapkan “Duty Rooster” kelasnya. Saya faham bagaimana dia dengan penuh bersemangat telah sanggup mengambil tanggungjawab itu kerana dia merasakan sebagai seorang Ketua Kelas dia perlu membuktikan kewibawaannya. Bukan mudah bagi kanak2 sepertinya yang sentiasa pemalu & mudah rendah diri untuk menyanggupi tugasan itu.

Pada malam itu, dia telah menzahirkan ideanya kepada saya dan ingin saya membantu merealisasikan ideanya. Namun apakan daya….saya demam & ayahnya pula berada di luar daerah.

Kasihan…..dengan penuh semangat dia jalankan tanggungjawabnya. Namun, mungkin kerana kekurangan kreativiti dia kecewa dengan hasil kerjanya sendiri.

(Hasil Kerja Syed Hud)

Kemudian dia melelapkan mata dalam keadaan yang sangat kecewa. Malahan dia koyakkan kertas2 ini yang pada asalnya telah di tampal pada kad manila.😔😔😔

Telah banyak saya menulis mengenai perkembangannya sebelum ini & saya tidak akan berhenti di situ sahaja. Sebagai usaha saya untuk membuka mata masyarakat bahawa kanak2 seperti beliau adalah kanak2 yang hebat & akan menjadi lebih hebat jika mendapat sokongan ibu bapa. Maka, dari masa ke semasa…saya akan terus kongsikan segala usaha saya untuk meningkatkan keyakinan kendiri bagi kanak2 seperti Syed Hud.

What was happened that night?

Saya gagahi diri…bangun di awal pagi & menyiapkan segala idea yang telah dia zahirkan. Tujuannya ialah:

1. Saya mahu dia rasa yang ideanya di terima. Ini akan menaikkan self esteemnya.

2. Saya sebenarnya mendengar walaupun saya sedang demam (mabuk ubat🤣🤣🤣)

3. Kasih sayang seorang ibu itu tidak bertepi & ummi tidak membeza2kan anak2. Semua anak ummi bagi perhatian.

4. Saya tidak mahu dia ke sekolah dalam keadaan kecewa & self esteemnya akan berkurangan.

So…apabila dia bangun pada keesokkan paginya. Saya tanyakan dahulu samada dia setuju atau tidak jika saya buat begini? 👇👇 jika tidak, saya akan menyiapkan yang lain bersama2 dengannya tetapi pada hari yang lain.

Tujuan bertanya:

1. Supaya dia rasa yang pendapatnya juga adalah penting.

2. Supaya dia ada pilihan untuk berfikir semula

Alhamdulillah….dia sangat gembira dengan hasil kerja saya. Katanya memang inilah yang dia mahukan tetapi dia tidak pandai melukis.

Saya nasihati dia:

1. Ummi juga tidak pandai melukis tetapi ummi tiru dari apa2 sahaja bahan/buku yang ada di rumah kita. Awas! Elakkan menunjukkan bahawa “Ummi hebat. Hud tak hebat!” Seorang ibu mesti pandai bermain dengan kata2 agar anak tidak berasa yang dirinya banyak kelemahan.

Tujuan: supaya dia tahu, bahawa he can do that too next time. Its simple…

2. Ummi buat di awal pagi kerana ummi perlukan rehat terlebih dahulu. (Semalam ummi demam). Untuk menyiapkan sesuatu dengan hasil yang baik, kita perlu buat dalam keadaan tenang & relax. Saya katakan kepadanya “Hasil kerja Hud adalah bagus cuma akan lebih bagus jika Hud buat dalam keadaan yang lebih tenang & relax” Dia mengangguk faham dengan senyum lebar.

3. Allah swt tahu niat Hud yang baik, kerana itu Allah bagi kekuatan untuk ummi membantu Hud.

Secara kebetulannya, 2 minggu lepas saya telah mengikuti seminar anjuran Didiklah Anakmu Dengan Cara Nabi yang dikendalikan oleh Ustazah Siti Khadijah Abdul Ghaffar yang mana turut memberi pendedahan bagaimana mendidik, memuji, memberikan jawatan/tugasan kepada anak/pelajar seperti Syed Hud akan memberikan banyak kesan positif, maka semua itu adalah sangat berkait rapat dengan apa yang saya apply kepada anak2 saya selama ini. Dari pelbagai sudut, banyak kelemahan dalam didikan saya yang masih perlu saya perbaiki. 😔

Berbalik kepada kisah the Duty Rooster….akhirnya, saya turut membantu dia membawa Duty Rooster tersebut hingga ke kelas. Saya nampak raut wajahnya sangat ceria ke sekolah pada hari tersebut & kawan2nya turut meraikan kehadirannya bersama jadual tugasan tersebut.

Sewaktu mengambilnya pulang dari sekolah pula…saya ke kelasnya & melihat sendiri pelajar2 membersihkan kelas sebelum balik. Syed Hud masih sangat gembira & bercerita mengenai Duty Rooster tersebut & pelajar2 menjalankan tugasan masing2 apabila nama telah disenaraikan ke dalam jadual.

Begitulah…..tidak susah sebenarnya untuk seorang ibu membantu menaikkan self esteem anak yang sentiasa rasa ada kekurangan dalam dirinya. Yang penting, luangkan sedikit masa, jadi pendengar yang baik & teknik berkomunikasi.

Anak adalah amanah!

Semoga bermanfaat. Wallahualam

~Zan Aizan~

Syed Hud & Occupational Theraphy (Part 9 – Last Part)

Assalamualaikum Warrahmatullah

Alhamdulillah….bersyukur ke hadrat Ilahi di atas segala kurniaan Nya kepada kami sekeluarga.

Sesuatu yang indah yang Allah swt hadiahkan kepada kami sekeluarga di bulan Ramadhan yang lalu, iaitu 2 hari sebelum Syawal menjelma (13.6.2018) Syed Hud telah pun discharged dari OT.

Melihat kepada semua test & theraphy yang dijalaninya, insyaallah dia akan beransur2 memajukan dirinya dengan sokongan keluarga & usaha dirinya sendiri.

Antara perkembangan yang berlaku ialah:

1. Tulisannya semakin kemas. Spacing pun dah ada.

2. Tiada lagi huruf2 yang confius. Huruf ‘b’ & ‘d’ telah boleh dibezakan.

3. Sudah boleh duduk di kerusi dengan lebih lama untuk menyiapkan sesuatu tugasan. Focus dah bertambah baik. But still have that rocking chair. According to the therapist…itu normal. Almost all the kids are doing that.

4. Bercakap dengan lebih confident. Boleh menjawab pertanyaan with eye contact. Tiada lagi jawapan ‘tak tahu’ sambil angkat bahu 🤣🤣

5. Seems happy & mature. Emosi yang lebih terkawal. Maybe atas faktor usia yang semakin meningkat. Dia sudah berani melibatkan diri dengan aktiviti berkumpulan contohnya bermain bola sepak, futsal, badminton, chest dan lain2.

6. Lebih lancar membaca Al Quran, Bahasa Melayu & Bahasa Inggeris. Hafazan juga sudah semakin baik.

Berikut adalah keputusan Ujian Penilaian KAFA yang didudukinya pd bulan Ramadhan yang lalu. Sebagai pelajar yang baru 6 bulan berada di Sek. Ren. Islam itu & 1st time belajar subject KAFA & dalam bahasa melayu serta 100% tulisan jawi, cikgu berpendapat, pencapaiannya utk lulus 5 daripada 7 matapelajaran dengan kedudukan dalam kelas 20/35 adalah sudah sangat memuaskan hati. Dia cuma dinasihati untuk memperbanyakkan membaca & menulis jawi. Insyaallah he will improve from time to time.

Setinggi2 penghargaaan kami ucapkan kepada team Occupational Therapy Hospital UIA terutamanya Teacher Aina & Doktor Hanisah yang sentiasa berusaha membantu Syed Hud. Selama setahun kami berulang alik 2x sebulan, akhirnya ia membuahkan hasil yang positif.

Terlalu banyak ilmu yang kami pelajari selama bersama OT ini. Kami juga akan terus mempraktikkan segala tips2 yang diajarkan, malahan akan cuba menyampaikan ilmu tersebut kepada orang lain.

Kami juga mengucapkan terima kasih kepada semua rakan taulan terutamanya sahabat yang juga merupakan guru pertama anak2 saya, Teacher La, The owner of Tadika Indera Pintar Kuantan, Pahang bersama Warga Persatuan Ibu Bapa Anak Istimewa Pahang (PIANIS) yang sentiasa memberikan semangat & sharing all the info about Child Development Education.

Semoga Allah swt memberikan ganjaran yang terbaik buat semua yang membantu. Doakan agar Syed Hud terus membesar sebagai anak yang soleh, berjaya di akhirat & di dunia.

Walaupun dia masih memerlukan banyak masa untuk develope pelbagai perkara yang he might left behind, tetapi sebagai ibu bapanya kami yakin dia mampu untuk memperbaiki dirinya dari segi akademik, kokurikulum & ilmu2 akhirat.

Disamping memberikannya minum air yang di tulis/dibaca dengan ayat2 Al Quran serta doa yang tidak putus, kami yakin insyaallah Syed Hud pasti mampu menjalani hari2 yang mendatang dengan lebih matang.

Di akhirnya….saya berharap agar ibu bapa yang lain akan membuka mata & lebih prihatin terhadap perkembangan anak2 & cara2 untuk menangani setiap permasalahan anak2. Jangan di sia2kan kehidupan anak2 di zaman kanak2nya yang mana akan turut merosakkan masa depannya. Luangkanlah lebih masa bersama anak2. Kenali anak anda. Anak2 adalah cerminan diri kita.

Salam penuh kasih sayang dari kami sekeluarga😍😍

Wallahualam.

With love: 😍Zan Aizan😍SyedBoRians