Annusyrah: Testimoni ZABA

Assalamualaikum Warrahmatullah….

Disini saya kongsikan antara keberkatan & keajaiban air ZABA yang pernah berlaku dalam kehidupan saya. Kejadian ini berlaku ketika kami sekeluarga bercuti di di Bandung, Indonesia.

Pada suatu pagi kami telah melawat kawasan Kawah Gunung Berapi di Pergunungan Tangkuban Perahu. Diawal pagi, kelihatan para peniaga sedang mengasapkan (kemenyan) barang2 jualan mereka sambil membaca doa/mentera….Wallahualam, saya kurang pasti tentang apa yang mereka baca. Mungkin itu adalah amalan harian & kepercayaan mereka dalam memulakan perniagaan.

Oleh kerana itu, saya berasa kurang selesa untuk membeli apabila anak saya yang berusia 5 tahun ingin membeli makanan ringan dari seorang peniaga wanita tua. Lalu saya menarik anak saya beredar dari situ. Wanita tua yang sedang mengasapkan barangannya terhenti seketika & merenung anak saya. Dia kemudiannya menjeling tajam ke arah saya. Keadaan itu membuatkan saya berasa lebih takut & segera beredar.

Pada waktu malam, anak saya mulai demam & meracau. Suhu badannya naik secara mendadak & dia meracau sambil menunding2kan jari ke sana sini. Matanya terbuka luas & tidak berkelip. Dalam keadaan duduk berlunjur, dia mengeraskan badannya.

Saya berusaha membaca yaasiin & sementara suami saya membacakan surah Al fatihah, ayatul Qursi & 3 Qul serta menyuruhnya mengikuti bacaan tersebut. Walaupun dia mengikut bacaan tersebut tetapi matanya masih terbuka & cuba melawan suami saya yang memegangnya. Keadaan ini berlarutan lebih daripada 15 minit.

Subhanallah….semuanya dengan izin Allah swt & Dialah yang Maha Mengetahui akan sesuatu….

Kebetulan saya membaza Zaba bersama2 ketika travelling. Saya titiskan Zaba ke dalam segayung air, membacakan Surah Al Fatihah 1x & Selawat ke atas nabi junjungan kita sebanyak 3x lalu melumurkan air tersebut ke seluruh badan anak sambil membaca ayatul Qursi. Selepas beberapa minit, dia melembutkan badannya dan mula berbaring. Kemudian, saya titiskan pula lebihan Zaba ke dalam mulutnya & memaksanya untuk menelan air tersebut.

Sebaik sahaja dia menelan Zaba, matanya mula berkelip & dia seolah-olah baru tersedar dari tidur. Kami menyuruhnya membaca Al Fatihah & 3 Qul….alhamdulillah dia dapat membaca dengan baik & tidak meracau-racau lagi.

Keesokkan harinya anak saya memberitahu bahawa dia ternampak wanita tua di Tangkuban Perahu semalam dalam tidurnya namun tiada apa2 yang berlarutan selepas kejadian tersebut.

Kami bersyukur kerana, dengan adanya Zaba pada saat2 cemas seperti itu & terutamanya sewaktu berada di perantauan. Alhamdulillah…

~Zan Aizan~

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s