Syed Hud & Occupational Therapy (Part 8)

Bismillah hirrohmanirrohhim….

Dengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang….

Assalamualaikum ibu bapa yang dikasihi. Kita bersua lagi dalam siri yang ke 8, setelah 3 bulan berlalu dari ke 7 yang lalu.

Saya doakan semua ibu bapa prihatin di luar sana terus istiqomah dalam mendidik & membesarkan anak dengan penuh kasih sayang & tetaplah berada di jalan Allah swt. Salam penuh kerahmatan buat semua pembaca😍😍😍

Dengan perasaan rendah hati, dalam 3 bulan ini saya sedikit tersentak dengan pelbagai perkara yang berlaku kepada anak kami Syed Hud recently. Sedikit sebanyak…ia membuatkan saya give up pada awalnya, sedih & sebak setiap kali mengenangkan dia. Akhirnya…saya juga gagal untuk menulis dalam blog ini. Setiap kali ini memulakan bicara….hati jadi sebak & saya menunggu kekuatan semula untuk meneruskan bicara. Maklumlah….saya memang ibu yang mudah touching πŸ˜”πŸ˜”

Bagi sesiapa yang mengikuti siri saya dari yang pertama hingga ke 7, saya sentiasa menggambarkan pelbagai perkembangan positif yang berlaku hasil drpd terapi di OT sejak pertengahan tahun lalu (2017). Namun…di awal Mac yang lalu anak kami telah melalui satu fasa kemurungan yang mengakibatkan semua usaha kami dalam menaikkan semangat belajar & keyakinan dirinya hilang sekelip mata. 😭

Allah huakhbar

Kami mendapat tahu, dia telah di buli & di pukul oleh pelajar tahun 5 di sekolahnya, hanya setelah kejadian tersebut berlarutan selama seminggu. Dia kelihatan tidak happy untuk kesekolah & mengadu sakit dibahagian perut akibat di sepak oleh pelajar tersebut. Namun, disebabkan sifat Syed Hud yang tidak suka mengadu & agak pendiam, dia tidak pernah mengadu kepada saya sehinggalah rakan2 sekelasnya (saksi) melaporkan kepada saya. Bayangkanlah perasaan seorang ibu pada ketika itu πŸ˜­πŸ˜‘πŸ˜’πŸ˜²πŸ€’ . Namun dalam masa seminggu, kami telah cuba menyelesaikan masalah buli tersebut dengan pihak sekolah. Tiada sebarang report polis yang terlibat dalam kes ini😊

Namun Allah swt itu maha Pengasih & maha Penyayang…Dia sentiasa memberi ujian kepada kami sebagai ibu bapa agar menjadi lebih matang & memahami anak kami.

Akibat daripada kejadian buli tersebut, kanak2 seperti Syed Hud yang dahulunya memang tidak pernah mempunyai keyakinan diri, baharu sahaja mula positif, turn 360°😣😣😣. What was happened? Dia…..

1. Bersikap pendiam. Tidak lagi petah berkongsi cerita apabila pulang dari sekolah.

2. Berasa rendah diri. Apabila ada kawan2 yang bergurau berlebih-lebihan dengannya dia akan menjauhkan diri dari mereka. Mula bersendirian seperti dahulu.

3. Menangis tiba2….tak tahu apa yang difikirkannya. Dia akan menangis keseorangan. Kadang2 menatap gambar2 bersama rakan2 sekolah lama, dan termenung sendirian.

4. Cepat merajuk & sangat sensitif.

5. Berasa takut nak ke sekolah terutamanya nak ke tandas. Mula menahan diri dari membuang air di sekolah kerana bimbang di buli di tandas.

6. Merasakan bahawa kami tidak sayangkannya, kerana menukarkan sekolah & memisahkan dia dari kawan2 lamanya.

Sedih…..thats was a very sad moment untuk kami sehingga sebulan lamanya.

Saya telah mula berasa risau & sedih dengan keadaan itu. Segala usaha kami selama setahun seolah2 lenyap begitu sahaja. Namun kami tahu, Allah swt itu sayangkan kami. AturanNya sebaik2nya. Kebetulan, tarikh appointmnent untuk Syed Hud bertemu Doktor Hanisah, pakar psikiatri di Hospital UIA telah tiba. Disepanjang pertemuan dengan doktor, Syed Hud tidak bersuara. Tidak ramah seperti biasa dengan doktor & kelihatan stress.

Hasilnya….setelah hampir 1 jam dalam sesi tersebut, dia bersuara “Saya suka sekolah lama”. Itu sahaja. Doktor memandang saya dengan pandangan yang sukar untuk saya jelaskanπŸ€”πŸ€”πŸ€”

Subhanallah, walhamdulillah walaa illah haillallah Allah huakhbar

Bertasbih & bertasmiklah saya sebaik sahaja doktor memberitahu, dia masih dalam proses perubahan tetapi disebabkan ada gangguan buli, itu menjadikan dia sedikit kemurungan. Usianya masih terlalu kecil untuk menerima banyak perubahan dalam hidupnya. Namun doktor tidak mencadangkan untuk dia kembali ke sekolah lamanya. He has to fight his fear & grow mature. Masalah dia ialah:

1. Semua kawan2 adalah baru
2. Semua subject & silibus adalah baru. Dahulu dia belajar silibus Singapore & Islamic but all are in English. Sekarang di sekolah baharu, dia belajar mengikut KBSM & all are in Malay. Actually kami faham, its too heavy untuk dia.

3. Kesemua 18 subject adalah subject baharu bagi dia. Honestly, saya memang kesian & terasa beban yang di pikulnya. Tidak hairanlah apabila result exam suku tahunnya menunjukkan dia hanya mampu mendapat 1B 1C 1D 10E & TH untuk 5 subject kerana kami berada di luar negara ketika exam.

4. Environment yang dia masih belum selesa dari segi cara budak2 di sekolah baru bergurau dgn perkataan2 yg dia tak biasa, especially kata2 kesat & lucah. 😒😒😒Dia selalu bertanya kepada saya apa maksud perkataan2 tersebut apabila balik ke rumahπŸ˜”.Ya Allah, ampunkan ibu bapa di luar sana, yang anak2nya begini. Semoga kita mampu mendidik anak2 kita agar mengeluarkan kata2 yang baik sahaja.

5. Dia lambat pick up apa yang diajar di dlm kelas, menjadikan dia berasa lebih rendah diri.

❀Advice Doc: Kanak2 juga ada kemurungan, especially kanak2 special case seperti Syed Hud. Pantau dia & bantu dia buat sementara ni. Leave all the academic probs a side & focus untuk happy kan dia semula. Bagi dia masa at least another 6 months untuk tenangkan diri & sesuaikan diri dengan semua keadaan ini. Insyaallah, sama2 kita doakan agar Syed Hud berjaya menempuhi semua ini.❀

Bagaimana perasaan ibu2 yang membaca setakat ini?

Saya penat & saya juga menangis dengan semua ini. Saya bersujud pada Allah swt, mohon Allah swt ampunkan dosa2 saya & bantu permudahkan segala urusan Syed Hud. Masyaallah….berhari2 saya memikirkan apa yang harus saya lakukan untuk bantu pulihkan semangat anak saya…..

Akhirnya, kami sekeluarga bersama2 dalam menangani hal ini:

1. Saya stop kan kelas Eye Level nya untuk kurangkan stress dalam penumpuan kepada akademik.

2. Saya masukkan dia ke kelas memanah untuk eye treatment & bantu focusnya kerana matanya memang perlukan terapi. Dia ok kerana archery lebih santai.

3. Kami hubungi kawan2 dari sekolah lamanya dan minta keizinan ibu bapa mereka untuk benarkan anak2 bermalam di rumah kami. Kami ingin Syed Hud tahu yang ramai kawan2 yang baik masih wujud di sekelilingnya & he can meet his best friend at any time. Not only at school.

4. Saya hubungi Cik Aina, Therapist di OT & minta bantuannya untuk Syed Hud meluahkan perasaan dengannya kerana Syed Hud sangat selesa bercerita bersama therapist di OT. Di OT, therapist memberikan lukisan secara scatch untuk menenangkan emosi Syed Hud sambil melayan semua luahan hatinya.

5. Suami saya mengambil peranan untuk sentiasa mendampinginya……beraktiviti bersamanya contohnya bermain golf atau membaiki sebarang perkakas rumah yang rosak. Bagi dia peluang untuk dia rasa dia ada peranan dalam keluarga kami.

6. Anak sulung kami mengambil peranan mengajar adiknya Syed Hud bermain catur agar dia boleh bermain bersama kawan2nya di sekolah nanti. Kami ingin dia tahu, bahawa dia tidak semestinya bijak dalam akademik sahaja di sekolah. Dia ada kemahiran lain yang perlu di gilap.

7. Every day….saya repeat kata2 semangat untuk dia “be a brave boy”, “face your fear”, “defends yourself but do not harm people” dan lain2.

8. Saya juga minta bantuan ibu2 dari rakan sekelasnya untuk anak2 mereka membantu Syed Hud di sekolah. Neither the Class Teacher, Cikgu Intan. She encourages students to accompany Syed Hud to the gents.

Subhanallah…..Tabarakallah

Segala Puji Bagi Allah….

Akhirnya hampir 2 bulan berlalu….sedikit demi sedikit Syed Hud kelihatan bersemangat kembali untuk ke sekolah atau dengan kata lainnya… move on!

One day…he came back from school and said “Semalam Hud kejar budak yang buli Hud dulu. Hud dapat tangkap dia tapi terlepas & dia lari. Hari ni dia nampak Hud, dia lari”

Full Stop! & saya…..speechless. Dalam hati hanya mampu berkata…Alhamdulillah, syukur padamu Ya Allah😒😒😒

Untuk 2 minggu yg lalu juga, dia kelihatan seronok di sekolah kerana katanya rakan2 sekelasnya semua baik terhadapnya. Ada yg menemankan dia ke tandas dan tak kurang juga yang belanja di makan di kantin. Alhamdulillah….akhirnya saya nampak senyuman kegembiraan di wajahnya.😍😍

Buat masa ini, Syed Hud masih lagi dengan terapi di OT & aktiviti experimen nya berjalan seperti biasa. Tetapi kami telah mula mengembangkan kepandaiannya kepada perkara2 yang lebih matang. Memandangkan dia sangat suka dengan elektronik & aktiviti mematri, so jika ada kerosakan barangan dalam rumah, kami bagi penghargaan kepadanya untuk membaikpulih barang2 tersebut. Contohnya menukar tempat duduk tandas, membaiki basikal, mematri sangkar2 haiwan yang rosak, mengizinkan dia memasak makanan kegemarannya sendiri dengan pemantauan saya sendiri di dapur dan lain2. Do you realize…….what is his real capability as a 10 years old boy?

As yesterday……saya melihat kertas soalan Bahasa Arab bagi Ujian Kafa minggu lepas. From E masa suku tahun, now dia lulus to C. That was good enough for me & he seems very happy with that.πŸ‘πŸ‘πŸ‘πŸ‘

A

yat 13 yang diulang sebanyak 31x di dalam Surah Ar-Rahman yang berjumah 78 ayat:

ΩΩŽΨ¨ΩΨ£ΩŽΩŠΩ‘Ω ؒلاِؑ Ψ±ΩŽΨ¨Ω‘ΩΩƒΩΩ…Ψ§ ΨͺΩΩƒΩŽΨ°Ω‘ΩΨ¨Ψ§Ω†Ω

β€œMaka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kau dustakan?”

(ar-Rahman: 13).

So…..nikmat apa lagi yang perlu saya persoalkan? Bukankah janji Allah itu pasti? Subhanallah…..

😌😌😌😌😌😌😌😌

Setakat ini dahulu nukilan saya pada kali ini. Saya berharap para pembaca dapat membuka minda dengan luas dengan apa yang saya post di sini.

Kenali anak anda, bekerjasamalah dalam keluarga untuk menangani setiap masalah. Jangan sesekali menunding jari kepada orang lain jika berlaku permasalahan dalam keluarga, sebaliknya kembali kepada diri sendiri & mohon ampun dengan Allah swt.

Yakinlah, Allah swt menganugerahkan anak kepada kita bukan untuk di sia2kan, Allah jua memberikan dugaan & ujian yang setimpal dengan setiap kemampuan kita. Sama2 kita muhasabah diri😌

Wallahualam.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s