Wahai Ibu, Hidupkanlah Ramadhan Mu

Assalamualaikum warrahmatullah ibu-ibu hebat semua๐Ÿ˜๐Ÿ˜๐Ÿ˜ Semoga semuanya dalam rahmat & kasih sayang Allah swt.

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani, saya mulakan bicara, tanpa niat menunjukkan kehebatan diri atau riak. Niat utama perkongsian ini adalah untuk memberi jalan kepada para ibu muda yang seringkali mencari2 jalan untuk mengimarahkan Ramadhan dengan bertadarus atau bersama Al Quran di sepanjang Ramadhan. Bagi kaum bapa….mereka bebas bergerak.

Subhanallah….Maha suci Allah

Sejujurnya saya & suami bukanlah tergolong dalam golongan para ilmuan agama, jauh sekali bergelar ustaz atau ustazah. Namun itu bukanlah asbab untuk kita tidak mampu mencari ilmu, memperbaiki diri sendiri demi mendidik hati kita dan anak2 kita. Malahan, di usia saya 40 tahun ini pun saya masih menuntut ilmu, cuba mempersiapkan diri untuk akhirat & masih belum berjaya menjadikan anak2 saya sebagai seorang Al Hafiz pun. Semuanya masih dalam proses dan mudah2han Allah swt sentiasa memudahkan usaha saya๐Ÿ˜”๐Ÿ˜”๐Ÿ˜”

Tujuan posting ini juga adalah untuk panduan ibu2 seperti saya. Kerana ibu2 yang mendapat pendidikan agama sehingga peringkat tertinggi mungkin tidak lagi memerlukam tips seperti ini. Insyaallah mereka lebih arif bab ini.

Diakui, ramai ibu2 muda yang buntu bagaimana nak membaca Quran atau bertadarus di bulan Ramadhan jika saban tahun tanggungjawab membesarkan anak2 kecil tak boleh di lepaskan kepada orang lain. Namun itu juga ibadah, ye ibu…. jgn mengeluh ok. Saya faham, bukan kerana tidak ada ilmu langsung atau kerana jahil dan sebagainya. Namun kadang2 kekangan masa & kurangnya support dari diri sendiri (self motivation) atau dari suami sendiri.

Di sini saya kongsikan sedikit tips yang mungkin bermanfaat untuk ibu yang baru mendirikan rumah tangga ataupun yang masih berada dalam fasa pertama perkahwinan.

Tips Pertama:

Set mental untuk mendidik diri sendiri dengan ilmu Al Quran sejak dari anda berniat untuk mendirikan rumah tangga ataupun kalau ada yang membaca ni dah terrr…kawin, tak pe lah…masih boleh set minda tu sekarang. Insyaallah Allah swt itukan maha mengetahui & maha pemurah. Ada niat & usaha, insyaallah Allah berikan jalan.

Tips Ke Dua:

Cuba perbaiki diri. Masing2 tahu kelemahan diri sendiri. Carilah ilmu segera. Dalam dunia hari ini kita ada pelbagai pilihan…nak belajar Al Quran secara bertalaqi, nak panggil guru datang ke rumah, nak hadir kuliah di mana2 surau, nak join group2 wassup para mualim/mah dan sebagainya. Malahan di tv pun dah banyak rancangan2 belajar mengaji. Stop watching all the drama2 merepek tu ๐Ÿ˜‹๐Ÿ˜‹๐Ÿ˜‹tontonlah rancangan ilmiah.

Persiapkan diri sebaik2nya sebelum melahirkan anak. Lepas kawin, tak salah untuk ber honeymoon tapi selitkan masa untuk Al Quran. Jika suami boleh ajarkan, Alhamdulillah….itulah sebaik2nya.

Tips Ke Tiga:

Apabila anak sudah lahir, teruskan membaca Al quran. Jadikan Al Quran itu di mata & telinga anak2 sejak dari baby lagi. Alunkan juga bacaan Al Quran dalam rumah sepanjang masa. Pasanglah CD, MP3 atau apa2 sahaja agar ia menjadi halua telinga anak2. Biar ia meresap ke dalam sanubari anak2 & sekaligus melembutkan hati mereka.

Lumrah…anak2 memang sentiasa inginkan perhatian & dimanjakan, sampai umur berapa anda nak dodoikan anak sehingga tertidur? Maaf, saya mungkin agak kejam kerana memang biasa membiarkan anak2 tertido di sisi saya sewaktu saya menggunakan “me time”. Its ok actually. Bukan kita tak sayang anak, tapi we need that quality time.

Tips Ke Empat:

Hantar anak2 mengenal Al Quran terlebih dahulu sebelum belajar ABC, nyanyi lagu twinkle2 little star, kenal frozen, ultraman & segala bagai man avengers dll. Alhamdulillah…Allah swt yang maha pengasih lagi maha penyayang memberikan hidayah kepada anak & saya untuk memulakan pelajaran Al Quran secara formal kepada anak sulung saya seawal usianya 3 tahun. Selain dari membaca Muqaddam (dulu belum ada iqra’) kami masukkan dia ke sek KAFA yg menerima kanak2 berusia 3thn (awal tahun 2005). Kemudian, ia menjadi trend untuk adik2nya yang lain.

**Gambar anak2 khatam, semasa majlis khatam, kakak & abang bantu untuk menjadi Naqibah**

Oleh itu, seawal usia mereka 8 thn atau 10 thn, mereka sudah khatam Al Quran. Mereka juga di biasakan untuk menghafal surah2 lazim & doa2 harian.

Dengan cara itu, anak2 yang lebih besar boleh bantu menyemak bacaan Al Quran adik2nya pula.

Subhanallah wallahamdulillah wala illa haillallah Allah Huakhbar……

Suka saya ingatkan sekali lagi, saya bukan ustazah neither suami saya seorang bukan ustaz. Kami orang awam yang sedang cuba membaiki diri๐Ÿ˜”๐Ÿ˜” Doakan kami….

Oleh sebab itu, saya tidak menekankan sangat kepada hafazan kerana pada saya…..saya ulang! pada saya ye…..anak2 perlu betul2 faham hukum tajwid, makhraj & tanda2 bacaan serta teknik membaca Al Quran dengan betul sebelum memulakan hafazan secara formal. Kerana itu saya didik mereka untuk membaca Al Quran dengan sempurna sambil2 memulakan hafazan surah2 lazim terlebih dahulu. Bagi ibu2 yg lain…terpulanglah kepada cara masing2. Its up to you!

Tips Ke Lima:

This is the best part in my life!

Alhamdulillah….apabila mereka sudah pandai mengaji, didik mereka untuk bertadarus sekerap mungkin bersama kita di bulan Ramadhan. Waktu yang biasa saya gunakan ialah selepas bersahur….supaya mereka tidak tidur selepas sahur diikuti dengan solat subuh berjemaah & mereka bersiap ke sekolah. Oh! Indahnya zaman itu….๐Ÿ˜—๐Ÿ˜—๐Ÿ˜—๐Ÿ˜—

Saya percaya ibu2 yang ada lebih dari 1 atau 2 anak, ada anak2 kecil yang lain juga, so agak sukar untuk di bawa bertadarus ke surau/masjid. Lagi2 kalau para ibu yang ada anak kembar๐Ÿคฃ๐Ÿคฃ๐Ÿคฃ๐Ÿคฃ Ataupun mungkin, ada yang tidak mendapat keizinan suami untuk keluar bersendirian untuk bertadarus. It’s ok dear….. bertadaruslah bersama suami & anak2. Ibu/bapa boleh jadi Naqibah atau anak yang lebih mahir juga boleh di beri penghargaan untuk menjadi Naqibah. Insyaallah….ibu2 dapat peluang bertadarus walaupun hanya berada di rumah sahaja.

Ok….selesai bab tadarus๐Ÿ•ฏ๐Ÿ•ฏ

But….please jangan berhenti di sini sahaja๐Ÿ‘‡๐Ÿ‘‡๐Ÿ‘‡

Tips Ke Enam:

Lazimkan untuk sentiasa menghidupkan Al Quran dalam rumah. Kepimpinan melalui teladan adalah lebih mudah daripada menghantar anak2 ke sekolah yang mahal & bagus tetapi tiada praktik di rumah. Lazimkan anak2 di beri peluang membaca doa atau menjadi imam dalam keluarga. Supaya kita tahu tahap bacaan anak dan sekaligus mewujudkan keyakinan diri kepada mereka.

Sesekali atau sebaik2nya setiap minggu, buat tahlil & bacaan yasiin untuk arwah ibu bapa kita & saudara mara yang lain di rumah. Tidak susah sebenarnya. Semuanya complete ada dalam Buku2 Surah Yaasiin. Tujuannya…agar anak2 tahu apa yang perlu mereka lakukan apabila kita sudah kembali menemui Sang Pencipta kelak. Suami Isteri perlu ada kerjasama dalam hal ini. Persiapkan anak awal2.๐Ÿ˜ข๐Ÿ˜ข

Tabarakallah…..segala puji bagi Allah

Tips ke Tujuh

Alhamdulillah…..akhirnya anak2 sudah besar & menginjak remaja. Di saat ini, ibu2 sudah punya banyak masa untuk mendalami ilmu Akhirat bahkan boleh hadir ke mana2 kelas pengajian Al Quran dengan lebih kerap. Tiada lagi anak2 kecil yang kita bimbangi untuk di tinggalkan di rumah. Selepas 12 tahun perkahwinan, anak2 mungkin sudah ke sekolah berasrama atau sudah cukup besar untuk menjaga adik2 yang lain.

Gunakanlah peluang ini sebaik2nya untuk bertadarus di surau/masjid atau bersama jemaah dalam komuniti kita. Insyaallah…pada usia yang lebih matang, kita akan merasa lebih teruja untuk mencari redho Allah swt & mempersiapkan diri untuk dunia lain yang menyusul pada bila2 masa.

Namun begitu….suka saya ingatkan, kita jangan sesekali merenggangkan hubungan dengan anak2. Saat remaja lagi banyak dugaannya. Oleh itu, lazimkanlah untuk sentiasa melibatkan anak2 dengan setiap aktiviti kita. Biar mereka sentiasa rasa ibu2 perlukan mereka sebagai peneman atau penguat semangat. Samada anak lelaki atau anak perempuan.

Alhamdulillah, setakat 17 tahun perkahwinan, anak2 saya memang sentiasa saya bawa untuk dimana2 sahaja majlis tadarus yang saya join. Biar mereka faham, belajar Al Quran bukan setakat untuk lulus periksa, memenangi pertandingan tilawah/hafazan dan lain2. Sebaliknya Al Quran ialah untuk pegangan hidup.

Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Begitulah fitrahnya manusia…..maka, wahai ibu2 janganlah mencari2 alasan lain pula untuk tidak menambahbaikkan diri sendiri dalam kita mendidik anak2.

Di akhirnya saya menyusun sepuluh jari, memohon ampun & maaf dari para pembaca sekiranya ada yang kurang senang dengan tulisan ini. Lillah hitaala…niat saya hanyalah memberi jalan kepada ibu2 muda yang tercari2 cara untuk meluangkan masa dengan Al Quran & bagaimana ingin mendidik anak2 agar cintakan Al Quran.

Memandangkan pada hari ini, ramai ibu2 yang mengeluh & bersedih kerana mereka tidak berpeluang menghidupkan Ramadhan dengan Al Quran, kerana mereka fikir mengaji/bertadarus mesti di lakukam surau/masjid sahaja. Yakinlah dengan Allah, segala yang Allah swt aturkan dalam hidup kita adalah yang terbaik, malahan lebih baik daripada apa yang kita impikan.

Semoga bermanfaat buat ibu2 yang berkehendak. Jika posting ini bermanfaat, saya mohon doakan saya agar saya akan terus berjaya mendidik anak2 saya di jalan Allah bagi melahirkan seorang Hafiz/zah yang akan menarik ibu mereka yang tidak sempurna ini ke syurga๐Ÿ˜ญ๐Ÿ˜ญ๐Ÿ˜ญ Sesungguhnya saya bukan ibu yang sempurna, masih terlalu banyak yang perlu diperbaiki dalam diri sendiri. Semoga Allah swt sentiasa menjaga khilaf & aib saya serta para ibu sekalian.
Sabda Nabi : Sinarilah rumah kalian dengan membaca Al Quran. Carilah balasan dari rumah kalian dengan shalat kalian. Janganlah kalian menjadikannya kuburan sebagaimana telah dilakukan oleh orang-orang Yahudi dan Nasrani. Sesungguhnya rumah yang didalamnya disebut nama Allah akan menyinari penduduk langit sebagaimana bintang menyinari penduduk bumiโ€ (H R Abu Sufyan)

Wallahualam๐Ÿ˜”

Nukilan saya ~Zan Aizan~

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s