Annusyrah: Testimoni ZABA

Assalamualaikum Warrahmatullah….

Disini saya kongsikan antara keberkatan & keajaiban air ZABA yang pernah berlaku dalam kehidupan saya. Kejadian ini berlaku ketika kami sekeluarga bercuti di di Bandung, Indonesia.

Pada suatu pagi kami telah melawat kawasan Kawah Gunung Berapi di Pergunungan Tangkuban Perahu. Diawal pagi, kelihatan para peniaga sedang mengasapkan (kemenyan) barang2 jualan mereka sambil membaca doa/mentera….Wallahualam, saya kurang pasti tentang apa yang mereka baca. Mungkin itu adalah amalan harian & kepercayaan mereka dalam memulakan perniagaan.

Oleh kerana itu, saya berasa kurang selesa untuk membeli apabila anak saya yang berusia 5 tahun ingin membeli makanan ringan dari seorang peniaga wanita tua. Lalu saya menarik anak saya beredar dari situ. Wanita tua yang sedang mengasapkan barangannya terhenti seketika & merenung anak saya. Dia kemudiannya menjeling tajam ke arah saya. Keadaan itu membuatkan saya berasa lebih takut & segera beredar.

Pada waktu malam, anak saya mulai demam & meracau. Suhu badannya naik secara mendadak & dia meracau sambil menunding2kan jari ke sana sini. Matanya terbuka luas & tidak berkelip. Dalam keadaan duduk berlunjur, dia mengeraskan badannya.

Saya berusaha membaca yaasiin & sementara suami saya membacakan surah Al fatihah, ayatul Qursi & 3 Qul serta menyuruhnya mengikuti bacaan tersebut. Walaupun dia mengikut bacaan tersebut tetapi matanya masih terbuka & cuba melawan suami saya yang memegangnya. Keadaan ini berlarutan lebih daripada 15 minit.

Subhanallah….semuanya dengan izin Allah swt & Dialah yang Maha Mengetahui akan sesuatu….

Kebetulan saya membaza Zaba bersama2 ketika travelling. Saya titiskan Zaba ke dalam segayung air, membacakan Surah Al Fatihah 1x & Selawat ke atas nabi junjungan kita sebanyak 3x lalu melumurkan air tersebut ke seluruh badan anak sambil membaca ayatul Qursi. Selepas beberapa minit, dia melembutkan badannya dan mula berbaring. Kemudian, saya titiskan pula lebihan Zaba ke dalam mulutnya & memaksanya untuk menelan air tersebut.

Sebaik sahaja dia menelan Zaba, matanya mula berkelip & dia seolah-olah baru tersedar dari tidur. Kami menyuruhnya membaca Al Fatihah & 3 Qul….alhamdulillah dia dapat membaca dengan baik & tidak meracau-racau lagi.

Keesokkan harinya anak saya memberitahu bahawa dia ternampak wanita tua di Tangkuban Perahu semalam dalam tidurnya namun tiada apa2 yang berlarutan selepas kejadian tersebut.

Kami bersyukur kerana, dengan adanya Zaba pada saat2 cemas seperti itu & terutamanya sewaktu berada di perantauan. Alhamdulillah…

~Zan Aizan~

Annusyrah: Testimoni Hawa

Assalamualaikum Warrahmatullah….

Ini adalah testimoni diri saya sendiri sebelum saya menjadi stokis Annusyrah Malaysia Sdn Bhd pada tahun 2008.

Pada ketika itu saya dalam ikhtiar untuk mendapatkan anak yang ke 3.

Oleh kerana doktor telah mengesahkan bahawa saya mempunyai rahim yang berkedudukan terbalik maka peluang untuk mengandung akan mengalami sedikit kesukaran. Sewaktu ingin mendapatkan anak kedua, saya menggunakan kaedah pengambilan pil hormon (2x procedure) namun ia telah menyebabkan penambahan berat badan yang mendadak. Dari 56kg hingga mencecah ke 80kg sewaktu mengandung.

Alhamdulillah, Segalanya dengan izin Allah swt….

Sebaik sahaja saya mencuba produk HAWA sebanyak 2 botol dengan istiqomah iaitu:

1. Menitiskan 7 titis kedalam secawan air

2. Membaca Al Fatihah 1x

3. Membaca Selawat ke atas Rasululullah saw 3x

4. Meminumnya setiap hari sekurang2nya 3x sehari

Saya disahkan mengandung. Apabila di teruskan penggunaan sepanjang tempoh mengandung, saya juga tidak mempunyai sebarang alahan mengandung & bayi selamat dilahirkan secara normal.

Alhamdulillah….anak saya juga dilahirkan sihat walafiat & tiada Jaundis Neonatal (kuning). Disepanjang waktu berpantang juga, dia sangat mudah di uruskan. Jarang sakit & tidak meragam.

Disepanjang tempoh berpantang juga, saya masih meneruskan meminum HAWA untuk menenangkan emosi & memulihkan rahim. Alhamdulillah….disamping berpantang secara traditional, selepas 2 minggu bersalin, apabila saya bertemu doktor & scan rahim, doktor memaklumkan bahawa rahim saya telah bersih. Tiada darah kotor yang melekat di dinding rahim.

Segalanya dengan izin Allah swt. Namun ikhtiar dan yakin dengan ayat2 Al Quran dari produk Annusyrah juga amat membantu. Disamping itu, perbanyakkan juga amalan2 lain & mengamalkan pembacaan Al Quran setiap hari. Yakinlah dengan setiap ayat2 Al Quran yg mana ia adalah mukjizat dari Allah swt.

Semoga bermanfaat. Wassalam.

Nukilan -Zan Aizan-

Syed Hud & Occupational Therapy (Part 8)

Bismillah hirrohmanirrohhim….

Dengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang….

Assalamualaikum ibu bapa yang dikasihi. Kita bersua lagi dalam siri yang ke 8, setelah 3 bulan berlalu dari ke 7 yang lalu.

Saya doakan semua ibu bapa prihatin di luar sana terus istiqomah dalam mendidik & membesarkan anak dengan penuh kasih sayang & tetaplah berada di jalan Allah swt. Salam penuh kerahmatan buat semua pembaca๐Ÿ˜๐Ÿ˜๐Ÿ˜

Dengan perasaan rendah hati, dalam 3 bulan ini saya sedikit tersentak dengan pelbagai perkara yang berlaku kepada anak kami Syed Hud recently. Sedikit sebanyak…ia membuatkan saya give up pada awalnya, sedih & sebak setiap kali mengenangkan dia. Akhirnya…saya juga gagal untuk menulis dalam blog ini. Setiap kali ini memulakan bicara….hati jadi sebak & saya menunggu kekuatan semula untuk meneruskan bicara. Maklumlah….saya memang ibu yang mudah touching ๐Ÿ˜”๐Ÿ˜”

Bagi sesiapa yang mengikuti siri saya dari yang pertama hingga ke 7, saya sentiasa menggambarkan pelbagai perkembangan positif yang berlaku hasil drpd terapi di OT sejak pertengahan tahun lalu (2017). Namun…di awal Mac yang lalu anak kami telah melalui satu fasa kemurungan yang mengakibatkan semua usaha kami dalam menaikkan semangat belajar & keyakinan dirinya hilang sekelip mata. ๐Ÿ˜ญ

Allah huakhbar

Kami mendapat tahu, dia telah di buli & di pukul oleh pelajar tahun 5 di sekolahnya, hanya setelah kejadian tersebut berlarutan selama seminggu. Dia kelihatan tidak happy untuk kesekolah & mengadu sakit dibahagian perut akibat di sepak oleh pelajar tersebut. Namun, disebabkan sifat Syed Hud yang tidak suka mengadu & agak pendiam, dia tidak pernah mengadu kepada saya sehinggalah rakan2 sekelasnya (saksi) melaporkan kepada saya. Bayangkanlah perasaan seorang ibu pada ketika itu ๐Ÿ˜ญ๐Ÿ˜ก๐Ÿ˜ข๐Ÿ˜ฒ๐Ÿค’ . Namun dalam masa seminggu, kami telah cuba menyelesaikan masalah buli tersebut dengan pihak sekolah. Tiada sebarang report polis yang terlibat dalam kes ini๐Ÿ˜Š

Namun Allah swt itu maha Pengasih & maha Penyayang…Dia sentiasa memberi ujian kepada kami sebagai ibu bapa agar menjadi lebih matang & memahami anak kami.

Akibat daripada kejadian buli tersebut, kanak2 seperti Syed Hud yang dahulunya memang tidak pernah mempunyai keyakinan diri, baharu sahaja mula positif, turn 360ยฐ๐Ÿ˜ฃ๐Ÿ˜ฃ๐Ÿ˜ฃ. What was happened? Dia…..

1. Bersikap pendiam. Tidak lagi petah berkongsi cerita apabila pulang dari sekolah.

2. Berasa rendah diri. Apabila ada kawan2 yang bergurau berlebih-lebihan dengannya dia akan menjauhkan diri dari mereka. Mula bersendirian seperti dahulu.

3. Menangis tiba2….tak tahu apa yang difikirkannya. Dia akan menangis keseorangan. Kadang2 menatap gambar2 bersama rakan2 sekolah lama, dan termenung sendirian.

4. Cepat merajuk & sangat sensitif.

5. Berasa takut nak ke sekolah terutamanya nak ke tandas. Mula menahan diri dari membuang air di sekolah kerana bimbang di buli di tandas.

6. Merasakan bahawa kami tidak sayangkannya, kerana menukarkan sekolah & memisahkan dia dari kawan2 lamanya.

Sedih…..thats was a very sad moment untuk kami sehingga sebulan lamanya.

Saya telah mula berasa risau & sedih dengan keadaan itu. Segala usaha kami selama setahun seolah2 lenyap begitu sahaja. Namun kami tahu, Allah swt itu sayangkan kami. AturanNya sebaik2nya. Kebetulan, tarikh appointmnent untuk Syed Hud bertemu Doktor Hanisah, pakar psikiatri di Hospital UIA telah tiba. Disepanjang pertemuan dengan doktor, Syed Hud tidak bersuara. Tidak ramah seperti biasa dengan doktor & kelihatan stress.

Hasilnya….setelah hampir 1 jam dalam sesi tersebut, dia bersuara “Saya suka sekolah lama”. Itu sahaja. Doktor memandang saya dengan pandangan yang sukar untuk saya jelaskan๐Ÿค”๐Ÿค”๐Ÿค”

Subhanallah, walhamdulillah walaa illah haillallah Allah huakhbar

Bertasbih & bertasmiklah saya sebaik sahaja doktor memberitahu, dia masih dalam proses perubahan tetapi disebabkan ada gangguan buli, itu menjadikan dia sedikit kemurungan. Usianya masih terlalu kecil untuk menerima banyak perubahan dalam hidupnya. Namun doktor tidak mencadangkan untuk dia kembali ke sekolah lamanya. He has to fight his fear & grow mature. Masalah dia ialah:

1. Semua kawan2 adalah baru
2. Semua subject & silibus adalah baru. Dahulu dia belajar silibus Singapore & Islamic but all are in English. Sekarang di sekolah baharu, dia belajar mengikut KBSM & all are in Malay. Actually kami faham, its too heavy untuk dia.

3. Kesemua 18 subject adalah subject baharu bagi dia. Honestly, saya memang kesian & terasa beban yang di pikulnya. Tidak hairanlah apabila result exam suku tahunnya menunjukkan dia hanya mampu mendapat 1B 1C 1D 10E & TH untuk 5 subject kerana kami berada di luar negara ketika exam.

4. Environment yang dia masih belum selesa dari segi cara budak2 di sekolah baru bergurau dgn perkataan2 yg dia tak biasa, especially kata2 kesat & lucah. ๐Ÿ˜ข๐Ÿ˜ข๐Ÿ˜ขDia selalu bertanya kepada saya apa maksud perkataan2 tersebut apabila balik ke rumah๐Ÿ˜”.Ya Allah, ampunkan ibu bapa di luar sana, yang anak2nya begini. Semoga kita mampu mendidik anak2 kita agar mengeluarkan kata2 yang baik sahaja.

5. Dia lambat pick up apa yang diajar di dlm kelas, menjadikan dia berasa lebih rendah diri.

โคAdvice Doc: Kanak2 juga ada kemurungan, especially kanak2 special case seperti Syed Hud. Pantau dia & bantu dia buat sementara ni. Leave all the academic probs a side & focus untuk happy kan dia semula. Bagi dia masa at least another 6 months untuk tenangkan diri & sesuaikan diri dengan semua keadaan ini. Insyaallah, sama2 kita doakan agar Syed Hud berjaya menempuhi semua ini.โค

Bagaimana perasaan ibu2 yang membaca setakat ini?

Saya penat & saya juga menangis dengan semua ini. Saya bersujud pada Allah swt, mohon Allah swt ampunkan dosa2 saya & bantu permudahkan segala urusan Syed Hud. Masyaallah….berhari2 saya memikirkan apa yang harus saya lakukan untuk bantu pulihkan semangat anak saya…..

Akhirnya, kami sekeluarga bersama2 dalam menangani hal ini:

1. Saya stop kan kelas Eye Level nya untuk kurangkan stress dalam penumpuan kepada akademik.

2. Saya masukkan dia ke kelas memanah untuk eye treatment & bantu focusnya kerana matanya memang perlukan terapi. Dia ok kerana archery lebih santai.

3. Kami hubungi kawan2 dari sekolah lamanya dan minta keizinan ibu bapa mereka untuk benarkan anak2 bermalam di rumah kami. Kami ingin Syed Hud tahu yang ramai kawan2 yang baik masih wujud di sekelilingnya & he can meet his best friend at any time. Not only at school.

4. Saya hubungi Cik Aina, Therapist di OT & minta bantuannya untuk Syed Hud meluahkan perasaan dengannya kerana Syed Hud sangat selesa bercerita bersama therapist di OT. Di OT, therapist memberikan lukisan secara scatch untuk menenangkan emosi Syed Hud sambil melayan semua luahan hatinya.

5. Suami saya mengambil peranan untuk sentiasa mendampinginya……beraktiviti bersamanya contohnya bermain golf atau membaiki sebarang perkakas rumah yang rosak. Bagi dia peluang untuk dia rasa dia ada peranan dalam keluarga kami.

6. Anak sulung kami mengambil peranan mengajar adiknya Syed Hud bermain catur agar dia boleh bermain bersama kawan2nya di sekolah nanti. Kami ingin dia tahu, bahawa dia tidak semestinya bijak dalam akademik sahaja di sekolah. Dia ada kemahiran lain yang perlu di gilap.

7. Every day….saya repeat kata2 semangat untuk dia “be a brave boy”, “face your fear”, “defends yourself but do not harm people” dan lain2.

8. Saya juga minta bantuan ibu2 dari rakan sekelasnya untuk anak2 mereka membantu Syed Hud di sekolah. Neither the Class Teacher, Cikgu Intan. She encourages students to accompany Syed Hud to the gents.

Subhanallah…..Tabarakallah

Segala Puji Bagi Allah….

Akhirnya hampir 2 bulan berlalu….sedikit demi sedikit Syed Hud kelihatan bersemangat kembali untuk ke sekolah atau dengan kata lainnya… move on!

One day…he came back from school and said “Semalam Hud kejar budak yang buli Hud dulu. Hud dapat tangkap dia tapi terlepas & dia lari. Hari ni dia nampak Hud, dia lari”

Full Stop! & saya…..speechless. Dalam hati hanya mampu berkata…Alhamdulillah, syukur padamu Ya Allah๐Ÿ˜ข๐Ÿ˜ข๐Ÿ˜ข

Untuk 2 minggu yg lalu juga, dia kelihatan seronok di sekolah kerana katanya rakan2 sekelasnya semua baik terhadapnya. Ada yg menemankan dia ke tandas dan tak kurang juga yang belanja di makan di kantin. Alhamdulillah….akhirnya saya nampak senyuman kegembiraan di wajahnya.๐Ÿ˜๐Ÿ˜

Buat masa ini, Syed Hud masih lagi dengan terapi di OT & aktiviti experimen nya berjalan seperti biasa. Tetapi kami telah mula mengembangkan kepandaiannya kepada perkara2 yang lebih matang. Memandangkan dia sangat suka dengan elektronik & aktiviti mematri, so jika ada kerosakan barangan dalam rumah, kami bagi penghargaan kepadanya untuk membaikpulih barang2 tersebut. Contohnya menukar tempat duduk tandas, membaiki basikal, mematri sangkar2 haiwan yang rosak, mengizinkan dia memasak makanan kegemarannya sendiri dengan pemantauan saya sendiri di dapur dan lain2. Do you realize…….what is his real capability as a 10 years old boy?

As yesterday……saya melihat kertas soalan Bahasa Arab bagi Ujian Kafa minggu lepas. From E masa suku tahun, now dia lulus to C. That was good enough for me & he seems very happy with that.๐Ÿ‘๐Ÿ‘๐Ÿ‘๐Ÿ‘

A

yat 13 yang diulang sebanyak 31x di dalam Surah Ar-Rahman yang berjumah 78 ayat:

ููŽุจูุฃูŽูŠู‘ู ุขู„ุงุกู ุฑูŽุจู‘ููƒูู…ุง ุชููƒูŽุฐู‘ูุจุงู†ู

โ€œMaka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kau dustakan?โ€

(ar-Rahman: 13).

So…..nikmat apa lagi yang perlu saya persoalkan? Bukankah janji Allah itu pasti? Subhanallah…..

๐Ÿ˜Œ๐Ÿ˜Œ๐Ÿ˜Œ๐Ÿ˜Œ๐Ÿ˜Œ๐Ÿ˜Œ๐Ÿ˜Œ๐Ÿ˜Œ

Setakat ini dahulu nukilan saya pada kali ini. Saya berharap para pembaca dapat membuka minda dengan luas dengan apa yang saya post di sini.

Kenali anak anda, bekerjasamalah dalam keluarga untuk menangani setiap masalah. Jangan sesekali menunding jari kepada orang lain jika berlaku permasalahan dalam keluarga, sebaliknya kembali kepada diri sendiri & mohon ampun dengan Allah swt.

Yakinlah, Allah swt menganugerahkan anak kepada kita bukan untuk di sia2kan, Allah jua memberikan dugaan & ujian yang setimpal dengan setiap kemampuan kita. Sama2 kita muhasabah diri๐Ÿ˜Œ

Wallahualam.

Wahai Ibu, Hidupkanlah Ramadhan Mu

Assalamualaikum warrahmatullah ibu-ibu hebat semua๐Ÿ˜๐Ÿ˜๐Ÿ˜ Semoga semuanya dalam rahmat & kasih sayang Allah swt.

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani, saya mulakan bicara, tanpa niat menunjukkan kehebatan diri atau riak. Niat utama perkongsian ini adalah untuk memberi jalan kepada para ibu muda yang seringkali mencari2 jalan untuk mengimarahkan Ramadhan dengan bertadarus atau bersama Al Quran di sepanjang Ramadhan. Bagi kaum bapa….mereka bebas bergerak.

Subhanallah….Maha suci Allah

Sejujurnya saya & suami bukanlah tergolong dalam golongan para ilmuan agama, jauh sekali bergelar ustaz atau ustazah. Namun itu bukanlah asbab untuk kita tidak mampu mencari ilmu, memperbaiki diri sendiri demi mendidik hati kita dan anak2 kita. Malahan, di usia saya 40 tahun ini pun saya masih menuntut ilmu, cuba mempersiapkan diri untuk akhirat & masih belum berjaya menjadikan anak2 saya sebagai seorang Al Hafiz pun. Semuanya masih dalam proses dan mudah2han Allah swt sentiasa memudahkan usaha saya๐Ÿ˜”๐Ÿ˜”๐Ÿ˜”

Tujuan posting ini juga adalah untuk panduan ibu2 seperti saya. Kerana ibu2 yang mendapat pendidikan agama sehingga peringkat tertinggi mungkin tidak lagi memerlukam tips seperti ini. Insyaallah mereka lebih arif bab ini.

Diakui, ramai ibu2 muda yang buntu bagaimana nak membaca Quran atau bertadarus di bulan Ramadhan jika saban tahun tanggungjawab membesarkan anak2 kecil tak boleh di lepaskan kepada orang lain. Namun itu juga ibadah, ye ibu…. jgn mengeluh ok. Saya faham, bukan kerana tidak ada ilmu langsung atau kerana jahil dan sebagainya. Namun kadang2 kekangan masa & kurangnya support dari diri sendiri (self motivation) atau dari suami sendiri.

Di sini saya kongsikan sedikit tips yang mungkin bermanfaat untuk ibu yang baru mendirikan rumah tangga ataupun yang masih berada dalam fasa pertama perkahwinan.

Tips Pertama:

Set mental untuk mendidik diri sendiri dengan ilmu Al Quran sejak dari anda berniat untuk mendirikan rumah tangga ataupun kalau ada yang membaca ni dah terrr…kawin, tak pe lah…masih boleh set minda tu sekarang. Insyaallah Allah swt itukan maha mengetahui & maha pemurah. Ada niat & usaha, insyaallah Allah berikan jalan.

Tips Ke Dua:

Cuba perbaiki diri. Masing2 tahu kelemahan diri sendiri. Carilah ilmu segera. Dalam dunia hari ini kita ada pelbagai pilihan…nak belajar Al Quran secara bertalaqi, nak panggil guru datang ke rumah, nak hadir kuliah di mana2 surau, nak join group2 wassup para mualim/mah dan sebagainya. Malahan di tv pun dah banyak rancangan2 belajar mengaji. Stop watching all the drama2 merepek tu ๐Ÿ˜‹๐Ÿ˜‹๐Ÿ˜‹tontonlah rancangan ilmiah.

Persiapkan diri sebaik2nya sebelum melahirkan anak. Lepas kawin, tak salah untuk ber honeymoon tapi selitkan masa untuk Al Quran. Jika suami boleh ajarkan, Alhamdulillah….itulah sebaik2nya.

Tips Ke Tiga:

Apabila anak sudah lahir, teruskan membaca Al quran. Jadikan Al Quran itu di mata & telinga anak2 sejak dari baby lagi. Alunkan juga bacaan Al Quran dalam rumah sepanjang masa. Pasanglah CD, MP3 atau apa2 sahaja agar ia menjadi halua telinga anak2. Biar ia meresap ke dalam sanubari anak2 & sekaligus melembutkan hati mereka.

Lumrah…anak2 memang sentiasa inginkan perhatian & dimanjakan, sampai umur berapa anda nak dodoikan anak sehingga tertidur? Maaf, saya mungkin agak kejam kerana memang biasa membiarkan anak2 tertido di sisi saya sewaktu saya menggunakan “me time”. Its ok actually. Bukan kita tak sayang anak, tapi we need that quality time.

Tips Ke Empat:

Hantar anak2 mengenal Al Quran terlebih dahulu sebelum belajar ABC, nyanyi lagu twinkle2 little star, kenal frozen, ultraman & segala bagai man avengers dll. Alhamdulillah…Allah swt yang maha pengasih lagi maha penyayang memberikan hidayah kepada anak & saya untuk memulakan pelajaran Al Quran secara formal kepada anak sulung saya seawal usianya 3 tahun. Selain dari membaca Muqaddam (dulu belum ada iqra’) kami masukkan dia ke sek KAFA yg menerima kanak2 berusia 3thn (awal tahun 2005). Kemudian, ia menjadi trend untuk adik2nya yang lain.

**Gambar anak2 khatam, semasa majlis khatam, kakak & abang bantu untuk menjadi Naqibah**

Oleh itu, seawal usia mereka 8 thn atau 10 thn, mereka sudah khatam Al Quran. Mereka juga di biasakan untuk menghafal surah2 lazim & doa2 harian.

Dengan cara itu, anak2 yang lebih besar boleh bantu menyemak bacaan Al Quran adik2nya pula.

Subhanallah wallahamdulillah wala illa haillallah Allah Huakhbar……

Suka saya ingatkan sekali lagi, saya bukan ustazah neither suami saya seorang bukan ustaz. Kami orang awam yang sedang cuba membaiki diri๐Ÿ˜”๐Ÿ˜” Doakan kami….

Oleh sebab itu, saya tidak menekankan sangat kepada hafazan kerana pada saya…..saya ulang! pada saya ye…..anak2 perlu betul2 faham hukum tajwid, makhraj & tanda2 bacaan serta teknik membaca Al Quran dengan betul sebelum memulakan hafazan secara formal. Kerana itu saya didik mereka untuk membaca Al Quran dengan sempurna sambil2 memulakan hafazan surah2 lazim terlebih dahulu. Bagi ibu2 yg lain…terpulanglah kepada cara masing2. Its up to you!

Tips Ke Lima:

This is the best part in my life!

Alhamdulillah….apabila mereka sudah pandai mengaji, didik mereka untuk bertadarus sekerap mungkin bersama kita di bulan Ramadhan. Waktu yang biasa saya gunakan ialah selepas bersahur….supaya mereka tidak tidur selepas sahur diikuti dengan solat subuh berjemaah & mereka bersiap ke sekolah. Oh! Indahnya zaman itu….๐Ÿ˜—๐Ÿ˜—๐Ÿ˜—๐Ÿ˜—

Saya percaya ibu2 yang ada lebih dari 1 atau 2 anak, ada anak2 kecil yang lain juga, so agak sukar untuk di bawa bertadarus ke surau/masjid. Lagi2 kalau para ibu yang ada anak kembar๐Ÿคฃ๐Ÿคฃ๐Ÿคฃ๐Ÿคฃ Ataupun mungkin, ada yang tidak mendapat keizinan suami untuk keluar bersendirian untuk bertadarus. It’s ok dear….. bertadaruslah bersama suami & anak2. Ibu/bapa boleh jadi Naqibah atau anak yang lebih mahir juga boleh di beri penghargaan untuk menjadi Naqibah. Insyaallah….ibu2 dapat peluang bertadarus walaupun hanya berada di rumah sahaja.

Ok….selesai bab tadarus๐Ÿ•ฏ๐Ÿ•ฏ

But….please jangan berhenti di sini sahaja๐Ÿ‘‡๐Ÿ‘‡๐Ÿ‘‡

Tips Ke Enam:

Lazimkan untuk sentiasa menghidupkan Al Quran dalam rumah. Kepimpinan melalui teladan adalah lebih mudah daripada menghantar anak2 ke sekolah yang mahal & bagus tetapi tiada praktik di rumah. Lazimkan anak2 di beri peluang membaca doa atau menjadi imam dalam keluarga. Supaya kita tahu tahap bacaan anak dan sekaligus mewujudkan keyakinan diri kepada mereka.

Sesekali atau sebaik2nya setiap minggu, buat tahlil & bacaan yasiin untuk arwah ibu bapa kita & saudara mara yang lain di rumah. Tidak susah sebenarnya. Semuanya complete ada dalam Buku2 Surah Yaasiin. Tujuannya…agar anak2 tahu apa yang perlu mereka lakukan apabila kita sudah kembali menemui Sang Pencipta kelak. Suami Isteri perlu ada kerjasama dalam hal ini. Persiapkan anak awal2.๐Ÿ˜ข๐Ÿ˜ข

Tabarakallah…..segala puji bagi Allah

Tips ke Tujuh

Alhamdulillah…..akhirnya anak2 sudah besar & menginjak remaja. Di saat ini, ibu2 sudah punya banyak masa untuk mendalami ilmu Akhirat bahkan boleh hadir ke mana2 kelas pengajian Al Quran dengan lebih kerap. Tiada lagi anak2 kecil yang kita bimbangi untuk di tinggalkan di rumah. Selepas 12 tahun perkahwinan, anak2 mungkin sudah ke sekolah berasrama atau sudah cukup besar untuk menjaga adik2 yang lain.

Gunakanlah peluang ini sebaik2nya untuk bertadarus di surau/masjid atau bersama jemaah dalam komuniti kita. Insyaallah…pada usia yang lebih matang, kita akan merasa lebih teruja untuk mencari redho Allah swt & mempersiapkan diri untuk dunia lain yang menyusul pada bila2 masa.

Namun begitu….suka saya ingatkan, kita jangan sesekali merenggangkan hubungan dengan anak2. Saat remaja lagi banyak dugaannya. Oleh itu, lazimkanlah untuk sentiasa melibatkan anak2 dengan setiap aktiviti kita. Biar mereka sentiasa rasa ibu2 perlukan mereka sebagai peneman atau penguat semangat. Samada anak lelaki atau anak perempuan.

Alhamdulillah, setakat 17 tahun perkahwinan, anak2 saya memang sentiasa saya bawa untuk dimana2 sahaja majlis tadarus yang saya join. Biar mereka faham, belajar Al Quran bukan setakat untuk lulus periksa, memenangi pertandingan tilawah/hafazan dan lain2. Sebaliknya Al Quran ialah untuk pegangan hidup.

Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Begitulah fitrahnya manusia…..maka, wahai ibu2 janganlah mencari2 alasan lain pula untuk tidak menambahbaikkan diri sendiri dalam kita mendidik anak2.

Di akhirnya saya menyusun sepuluh jari, memohon ampun & maaf dari para pembaca sekiranya ada yang kurang senang dengan tulisan ini. Lillah hitaala…niat saya hanyalah memberi jalan kepada ibu2 muda yang tercari2 cara untuk meluangkan masa dengan Al Quran & bagaimana ingin mendidik anak2 agar cintakan Al Quran.

Memandangkan pada hari ini, ramai ibu2 yang mengeluh & bersedih kerana mereka tidak berpeluang menghidupkan Ramadhan dengan Al Quran, kerana mereka fikir mengaji/bertadarus mesti di lakukam surau/masjid sahaja. Yakinlah dengan Allah, segala yang Allah swt aturkan dalam hidup kita adalah yang terbaik, malahan lebih baik daripada apa yang kita impikan.

Semoga bermanfaat buat ibu2 yang berkehendak. Jika posting ini bermanfaat, saya mohon doakan saya agar saya akan terus berjaya mendidik anak2 saya di jalan Allah bagi melahirkan seorang Hafiz/zah yang akan menarik ibu mereka yang tidak sempurna ini ke syurga๐Ÿ˜ญ๐Ÿ˜ญ๐Ÿ˜ญ Sesungguhnya saya bukan ibu yang sempurna, masih terlalu banyak yang perlu diperbaiki dalam diri sendiri. Semoga Allah swt sentiasa menjaga khilaf & aib saya serta para ibu sekalian.
Sabda Nabi : Sinarilah rumah kalian dengan membaca Al Quran. Carilah balasan dari rumah kalian dengan shalat kalian. Janganlah kalian menjadikannya kuburan sebagaimana telah dilakukan oleh orang-orang Yahudi dan Nasrani. Sesungguhnya rumah yang didalamnya disebut nama Allah akan menyinari penduduk langit sebagaimana bintang menyinari penduduk bumiโ€ (H R Abu Sufyan)

Wallahualam๐Ÿ˜”

Nukilan saya ~Zan Aizan~