Fly again! To Perth, Australia with love!

Assalamualaikum warrah matullah & hai everyone!

Kali ini saya nak share experience kami sekeluarga with our trip to Perth, Australia recently. Percutian seperti kami ini sebenarnya biasa sahaja…..sesuai untuk golongan yang suka bergerak bebas, tidak terlalu mewah & tidak terlalu kemut 🤣🤣🤣. Kira2nya, percutian yang budget sederhana.

Actually ini adalah trip ke dua kami ke Perth. Bezanya dulu pada tahun 2014 saya & suami fly bersama-sama 3 orang anak kami. Manakala this time, we brought together my mom, mother in law & 2 orang anak berusia 10 thn & 6 thn. So….we have kids & warga emas, the trip should be bersesuaian dengan usia mereka.

This trip agak simple kerana kami tidak menggunakan sebarang khidmat dari mana2 travel agency. Actually, thats what we always did bila melancong. Kami tidak suka terikat dengan masa atau attach dengan aktiviti orang lain. What we did were:

1. Beli tiket awal. Search for the cheappest flight & the right date. To bring 6 persons in a trip, kenalah cari flight yang selesa & better all in. Tengok keadaan cuaca bcoz…..remember, kami membawa warga emas. Cuaca tak boleh too cool atau too hot. Nanti mereka tak sihat, kita tak kan enjoy the holiday. So kami pilih Malindo Air. Return flight was about RM1,200++/person. Bertolak pada 2.3.2018 & balik pada 8.3.2018. 7 days is good enough for us. Jangan lupa…get the visa too. Its online too & cost about RM30.00/person🤗

2. Log in to Airbnb untuk sewa rumah. Kami kan ramai…better to get a house dimana kami boleh memasak & laundry. There we go! Kami dapat sebuah rumah with 3 bedrooms & 3 bathrooms lengkap dengan semua keperluan memasak. Host nya pula seorang yang sangat prihatin. Pada hari yang cuaca agak panas….dia datang untuk refill mineral water dalam fridge kami. What a nice host! Harga? Was about RM300.00/day.

It’s highly recommended for those yang nak sewa rumah ni: Mr. Brian +61435002040 Address: 68A Wicca Street, Kewdale, WA 6106, Australia.

3. Kenderaan. Booked awal-awal & carilah yang boleh pick us at the airport. Mudah kan….we booked a big car which can fix 6 of us. Kereta murah & tak canggih pun tak pe, asalkan selesa. Harga pun lebih kurang RM1,500.00 untuk 7 hari tersebut.

4. Keperluan makanan. Wow! Itu yang ramai orang tak suka buat. Bcoz ramai yang anggap bila bercuti they should be relax. But for us….NO! Kami bawa beras, makanan kering such as mee, biskut, sardin, rempah ratus dan lain2 untuk saya memasak setiap hari. Barang2 basah seperti ayam, sayur & ikan pula boleh dibeli di pasar halal disana. Everyday saya akan mengambil masa 2 ke 3 jam untuk memasak diawal pagi for breakfast & lunch. Kemudian, when we start our journey…kami boleh singgah makan di mana2 sahaja yang kami rasa selesa. Especially di tepi pantai atau tasik. It’s a tradition bagi warga Australia untuk sentiasa picnic di mana2 sahaja yang ada ruang riadah. Bab makan….kami memang jimat sejimat2nya🤣🤣🤣 Lagi pun….confirm halal!

5. Macam mana nak jalan2 di sana? It’s easy as 1 2 3. As long as you can drive & ada driving license, ada internet data (beli sim card once you touch down at the airport) & faham penggunaan bahasa inggeris, no worries mike! Just guna je google search untuk cari tempat2 menarik yang ingin dilawati, then set your google maps on your smart phone. Start the car engine & drive sesuka hati korang. Minyak agak mahal jika di petrol pam yang terletak di bandar, so drive ke luar sikit untuk dapatkan yang cheaper. Mudahkan hahahaha

Antara tempat2 menarik yang kami lawati ialah:

1. Caversham Wildlife Park – pusat haiwan yang terkenal di Perth. Rasanya jika anda ambil mana2 pakej travel, mereka akan bawa anda ke sini juga.

2. Fremantle Harbour – Kawasan pelabuhan bot2 nelayan & bot2 mewah. Juga tempat makan seafood. Fremantle Market juga menjual pelbagai sayur2ran & buah2han yang murah.

3. Rockingham – Kawasan beachside yang sangat cantik. Kami beberapa kali ke sini untuk aktiviti mandi laut & berkelah. Pada waktu hujung minggu, pantainya dipenuhi pengunjung sehingga anda merasakan kemeriahannya seperti penduduk Perth sedang berpesta. Walhal mereka hanya berehat di hujung minggu bersama keluarga sahaja.

4. Mandurah – Juga kawasan pantai dimana terdapat banyak bot2 mewah. Disini juga disediakan cruise untuk pengunjung yang ingin melihat Dolphin di tengah lautan.

5. Big W – Emmm its just a mall untuk peminat barangan kaca seperti Corelle & Pirex. Harga memang sangat2 murah berbanding di Malaysia. Kelebihannya…mereka menjual pinggan mangkuk secara loose. Anda tak perlu membeli 1 set jika anda rasa anda hanya memerlukam pinggan/piring/cawan sahaja. We don’t have this in Malaysia. Semua kena beli 1 set kan….

6. Cohunu Koala Park – Sebuah zoo yang menempatkan lebih banyak koala berbanding caversham wildlife park. Disini juga terdapat haiwan2 lain yang agak seronok untuk menambah pengetahuan kanak2. Entry fee pun cheaper than Caversham.

7. Penguin Island – Sebut namanya sahaja anda sudah tahu ia tempat apa kan….pada tahun 2014, kami sudah ke sini & berpeluang bermain2 dengan beberapa ekor penguin liar. Namun pada kali ini, mungkin disebabkan keadaan cuaca yang agak panas, tiada penguin yang kami temui. Anak2 hanya berpeluang melihat penguin peliharaan di tempat feeding show sahaja. But it was still fun sebab ada banyak burung & big lizard. Kebetulan pula anak bongsu saya peminat reptiles huhuhu

8. AQUA di Hillary Boat Harbour- lebih kurang macam Aquaria di KLCC. Banyak hidupan laut yang boleh dilihat secara live. Disebabkan saya sudah pernah masuk ke sini dahulu, so saya membawa ibu & ibu mertua saya berjalan di kawasan jualan pakaian & cenderahati di Sorento Quay Board Walk sahaja. Hanya suami & anak2 yang masuk. Save lagi beberapa ratus RM untuk harga tiket kan….hehehehe

9. Margaret River – Terdapatnya Ladang/kebun anggur – Kawasan biasa yang tersenarai dalam senarai favourite place, ia adalah kawasan untuk kita membeli anggur yang fresh dari ladang & ia berhampiran dengan kilang coklat The Margaret River Chocolate Company.

10. Pickering Brook – Ladang epal, pear, peach & sayur2ran…..dan anda dibenarkan memetik buah2han sendiri. Kami sangat enjoy disini. Dengan harga AUD25/baldi kami dapat menggembirakan both mothers & anak2 dengan meng eksplore kebun buah2han. Kebetulan pula terjumpa dengan owner kebun yang merupakan rakyat Malaysia! Jumpa orang sekampung wehhhh….sape tak happy🤣🤣🤣🤣

11. Rumah Allah – Masyaallah….tidak susah untuk bersolat di Perth. Kami singgah di pelbagai Masjid & bertemu dengan pelbagai bangsa orang Islam. Semuanya indah & baik bagi kami. Tiada alasan untuk meninggalkan solat walaupun bermusafir di negara yang agama rasminya bukan agama Islam. Tepuk dada tanyalah iman.

12. Kings Park & Botanic Garden – Anda boleh melihat keindahan bandar Perth dari puncak bukit ini.

13. Elizabeth Quay – Menyediakan cruise dari bandar Perth ke Fremantle & kawasan riadah yang indah. Disepanjang sungai juga terdapat hotel2 kecil & motel yang selesa jika ingin menginap di bandar.

14. Kedai souvenir – Yang murah adalah yang terdapat di Pusat Bandar Perth. Pelbagai barangan boleh didapati untuk dijadikan hadiah ataupun kenangan. Jika anda ingin membeli souvenir, elakkan membeli di pusat2 pelancongan tertentu kerana harganya agak mahal.

15. Oleh kerana suami saya peminat Harley Davidson….kami juga tidak melepaskan peluang visit ke outlet terbesar di Perth iaitu di Woodside Look, Beckenham. Walaupun motor harley dah tiada namun minat dah tertanam di sanubari🤣🤣🤣

Banyak lagi tempat2 menarik yang kami singgah disepanjang perjalanan. Maklumlah kami kan drive sendiri…. rasa nak singgah atau berpatah balik, bukan masalah bagi kami. Yang penting kami gunakan sepanjang hari untuk berjalan2. Keluar dari rumah sebaik sahaja selesai bersolat dhuha & akan balik selewatnya pada waktu maghrib. Malam….kami hanya berehat di rumah. Ibadah jangan lupa walaupun kita jauh diperantauan!

Begitulah perjalanan kami selama 7 hari diperantauan. Yang pasti saya & suami berpuas hati kerana kami dapat melihat cahaya kegembiraan yang terpancar di wajah kedua ibu kami. Maklumlah ini 1st time mereka menjejakkan kaki ke negara OMPUTIH 😎😗😎😗😎😗

Satu perkara lagi….tips untuk nak save money: selain daripada masak sendiri & don’t go for shopping….kami juga wrap beg kami sendiri. Jika di airport, it will cost you about AUD11.00/bag. So pegi je lah mana2 supermarket, beli wrapping paper dengan harga AUD1.40 lepas tu rajin2kan diri untuk wrap bag anda for safety purposes. Mudah kan😃😃😃

Kami berharap agar perkongsian trip ini dapat dimanfaatkan oleh pembaca yang ingin membawa kedua ibu bapa makan angin tetapi bimbangkan keselesaan atau pun mereka mungkin tidak sesuai mengikut trip yang terikat dengan masa. Apa yang anda perlukan ialah keberanian, wang (off course 😅😅) & paling penting ialah toleransi dengan pasangan.

Namun jika anda memang seorang jutawan @ hartawan….silakan untuk mengikuti sebarang private trip yang everything disediakan untuk anda.

Apa yang penting bagi saya & suami dalam setiap trip yang kami rancang ialah: kami happy & akan lebih happy jika dapat berbakti & menggembirakan hati orang tua kami. Hargai kedua ibu bapa sementara mereka ada. Jika tidak mampu bermusafir secara mewah, cubalah berbelanja seadanya.

Just a friendly reminder……Masa kita kecil, ibu bapa tak pernah berkira untuk bawa anak2 berjalan2 jika mampu….ataupun jika tak mampu sekali pun mereka bawa juga. Kita ni, kadang kala terlalu berkira2 dengan mereka walaupun kita mampu😢😢😢

Ustaz saya pernah berpesan “setiap kali bermusafir, niatlah dalam hati bahawa bermusafir itu juga adalah sunnah. Insyaallah ada ganjarannya apabila kita berjalan di bumi Allah swt yang luas ini.” Begitulah pesanan Ustaz Zubair Bin Malik yang saya sematkan dalam ingatan saya. By the way….sape tak suka melancong kan? Hehehehe

Sekian dari saya buat kali ini. Saya doakan rakan2 pembaca akan dimurahkan rezeki untuk menjelajah dunia suatu hari nanti.

See you in next trip!

Assalamualaikum✈🛩✈🛩✈🛩

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s