Lets Drive To Krabi, Thailand

Assalamualaikum Warrahmatullah

Entri saya kali ini just untuk sharing experiences…nothing to show off sebab saya rasa ramai lagi sahabat2 diluar sana yang mempunyai pengalaman hebat dengan percutian masing2.

Saya just suka share experiences kerana saya tak mahu dengar ayat di kemudian hari: “laaaa kenapa ko tak bagitau awal2, bla bla…..” ataupun “kalau aku tahu awal2…..bla bla…” apabila any of my friends mempunyai sebarang masalah dalam trip diaorang. Saya akan menulis dengan ayat2 yang sempoi supaya korang yang membaca entri ini rasa santai & tak susah nak faham apa yang saya nak sampaikan. Its all about our long…long…. long…. journey from Kuantan, Pahang to Krabi, Thailand.

Route kami adalah from Kuantan-Terengganu-Kelantan-Check in di Golok-bermalam 1 night di Hatyai-2 nights di Krabi-Check out di Danok-1 night di Kedah-Penang-Perak-1 night di Shah Alam-drive back to Kuantan. All together lebih kurang 2000km drive. Travelling with 7 adults including 2 orang warga mas & 4 kids. Set mental awal2….its going to be fun along the way if you set your mind, you want to have fun! Tapi kalau anda rasa ia satu perjalanan yang menyusahkan, maka susahlah jadinya. Its all in your mind๐Ÿค—๐Ÿค—๐Ÿค—jgn sesekali spoil kan mood anda!

Before travelling:

1. Cek dulu route perjalanan anda. Tengok traffic dan sebagainya.

2. Cek documentation anda especially passport, lesen memandu, geran original kenderaan kena bawa ye, roadtax & insurans kenderaan anda pastikan masih alive.

3. Buat search mengenai tempat yang anda nak tuju. Cuacanya, waktu peak hours, makanan, penginapan di situ, environment dan apa2 sahaja yang anda rasa berkaitan. Google & tanya rakan2 yang dah pernah ke sana.

4. Bawa semua keperluan yang anda rasa sesuai cthnya tilam/selimut nipis, bekalan makanan & ubat2tan.

5. Apa2 yang patutlah. Dah besar panjang kannnn….takkan saya nak senaraikan semuanya pulak hahaha

๐Ÿš˜Day 1 (Tuesday 19.12.2017)๐Ÿš˜

Kami bertolak dari Kuantan lebih kurang jam 9.30am. 2 buah tritton cukup untuk memuatkan kami seramai 11 orang. Kami (Saya sekeluarga 6 orang, mak saya, mak mertua & adik ipar sekeluarga 3 orang). Kami melalui LPT 2 Kuantan-Terengganu dan terus ke Kelantan. Alhamdulillah….biras saya yang sangat sweet telah menyediakan bekalan untuk kami lunch. So…kat situ banyak jugalah kami save cost untuk lunch. Nasi & ayam masak merah yang marvelous….nyummy! Sape tak makan memang rugi hehehe

Selesai makan & bersolat…kami drive lagi sehingga ke sempadan Golok. Oppsss lupa plak… sempat pulak adik ipar ku renew driving license dia di Kelantan sebab baru perasan yang lesennya dah meninggal hahaha. Dah alang2 tu, suami saya pun tumpang sekaki renew lesen dia pulak๐Ÿคฃ๐Ÿคฃ๐Ÿคฃ

Sebelum melintasi sempadan…pastikan:

๐Ÿ‘‰anda dah isi minyak kereta full tank sebab minyak kat Thailand mahal sikit.

๐Ÿ‘‰Untuk persediaan ibu2 & anak2 kecil….bawa mereka ke tandas siap2. In case of anything, anda tak terkecoh2.

๐Ÿ‘‰tukar sikit wang ringgit kp wang thailand di money exchange. Klu nak tukar selepas cross the border pun boleh juga. Then…custom check & declaration. Procedure biasa bila kita nak masuk mana2 negara pun.

Dah selesai semua tu, kami segera mendapatkan simcard Thailand untuk memudahkan urusan penggunaan internet terutamanya google maps & bank transaction. Kemudian barulah kami mula search for the hotel in Krabi & buat booking. Bukannya apa…incase x selesai di border, kami mungkin akan stay di kelantan dahulu. Itulah plan nya hehehe.

Jam 5.30pm start drive until lebih kurang jam 10.00malam, kami tiba di Hatyai. Masing2 dah penat especially abang2 sado yang dengan tekunnya memandu. So, kami check in di Hatyai sahaja. Cepat2 masuk agoda & booked hotel. Carilah hotel yg murah but convenience. Thats how when you travel with kids & warga mas. Relax & banyak berehat. Enjoy the scenery along the way.

๐Ÿš˜Day 2 (Rabu 20.12.2017)๐Ÿš˜

Selepas breakfast di Hatyai…kami sempat naik Tut Tut dalam masa tak sampai 10 minit pun…bayarlah dgn harga 100Bth (RM12.00). Saja nak bagi anak2 happy, merasa naik Tut Tut.

Then…..drive straight to Krabi. 5 jam perjalanan….stop untuk solat & isi minyak. As usual, bila travel bersama warga mas & kanak2 you must expect akan banyak pit stop, tambahan pulak MIL saya adalah pengidap diabetes.

Kami tiba di Krabi jam 3.30pm. Cari makan di sekitar pantai Ao Nang. Banyak makanan halal di situ. Sambil2 makan tu, kami looking for a villa yang boleh memuatkan kami semua. Alhamdulillah kami dapat sebuah villa 3 bilik with a private pool melalui airbnb. Harga sebuah villa adalah RM550.00/malam. Check in lewat petang & berehat.

Kami pengusaha homestay. Sebab itu kami lebih suka memilih untuk sewa homestay berbanding hotel. Daripada situ, kami boleh timba ilmu & melihat cara kendalian homestay di luar negara. Guess what….homestay yang kami dapat ni turut ambil wang cagaran berjumlah RM300.00. Di Malaysia, ramai pengusaha homestay yang tak ambil deposit & rakyat Malaysia pula masih ramai yang belum familiar dengan homestay style.

Sebelum check out….make sure kena kemas rumah dulu ye….

Malamnya kami keluar ke Tesco utk membeli barang2 masakan dan berjalan2 di Ao Nang Muslim Street berdekatan Masjid Ao Nang Al-Munuawarah. Banyak barang souvenir dijual disepanjang jalan dengan harga yang murah.

Disitu juga kami singgah ke sebuah travel agensi untuk menyewa sebuah bot bagi destinasi kami esok. Kami menyewa sebuah private bot dengan harga 7500Bth just sebuah bot yang memuatkan family kami sahaja. Bot akan ke destinasi yang kami pilih & menyediakan lunch pax. Ia bukanlah sebuah bot besar yang mewah but sesuailah utntuk kami sekeluarga. Bak kata husband saya “as long as we are together” ๐Ÿค—๐Ÿค—๐Ÿค— Actually untuk penyewaan bot tu, ada pelbagai pilihan lain…so pandai2lah anda membuat pilihan sendiri.

๐Ÿš˜Day 3 (Khamis 21.12.2017)๐Ÿš˜

Our journey start at 8.30am dr villa menuju ke pantai. Menaiki bot ke Pulau Koh Hong lebih kurang dalam 1/2 jam. Puas dilambung ombak & basah dgn limpahan air laut. Laut agak bergelora but it was fun for our kids. Sampai di lagoon yang sepatutnya ada ikan berkeliaran tetapi pada hari tersebut….tiada ikan pun di lagoon tersebut.๐Ÿ‹๐Ÿฌ๐ŸŸ๐Ÿณ

So…we move to Pulau Lao Lading, Nong Thale. Disitu tiada apa2 sangat yang menarik, hanya tempat berehat & makan bekalan yang dibawa. Alhamdulillah saya mendapat biras yang sangat rajin & pandai memasak. Selain daripada lunch pax yang disediakan oleh pihak agensi, kami juga membawa bekalan makanan sendiri. Sosej goreng, spegetti goreng dan biskut untuk bekalan sepanjang hari. Thanks to my darling Aizura Badrul yang bangun awal pagi untuk sediakan bekalan makanan untuk kami semua. ๐Ÿ˜—๐Ÿ˜—

Kemudian kami bergerak ke National Park di Pulau Koh Hong (bahagian hadapan lagoon tadi). Saya suka dengan penetapan oleh pihak pelancongan kerajaan Thailand kerana, di situ terdapat signboard larangan membawa minuman keras & alkhohol ke pantai tersebut. Walaupun 70% pengunjung terdiri daripada yang bukan beragama Islam tetapi, larangan tersebut tetap dipatuhi. Hatta cafe yang terdapat di pulau itu juga tiada menjual minuman keras. Alangkah baiknya jika di Malaysia juga mengamalkan cara sebegini di kawasan peranginan kita.

Di sinilah kami bersnorkling & bersuka ria di laut sepuas2nya. Kami habiskan masa lebih kurang 1 jam 30 minit di situ. Sampai anak2 semuanya dah sun burnt walaupun pakai sun block ๐Ÿ˜†๐Ÿ˜†๐Ÿ˜†. As long as everybody happy….akhirnya pulang kembali ke daratan pada jam 3.30pm. Anak2 dan bapa2 continue swimming di private pool di villa pula. Such a very fun day!

Disebelah malamnya pula….kami merayau2 di sekitar pantai Ao Nang. Anak2 saya pula sempat ber ‘fish spa’.

๐Ÿš˜Day 4 (Jumaat 22.12.2017)๐Ÿš˜

Kami check out sebaik sahaja selesai breakfast. Kelebihannya menyewa villa ialah, kami boleh memasak. Roti telur, telur separuh masak, roti bakar & sosej goreng menjadi juadah pagi kami untuk hari itu. Believe me or not, biras saya siap bawa toaster tau. How caring she is hehehe. But once we start our journey, singgah juga ke kedai mencari nasi kerabu bagi memuaskan hati ibu mertua saya. Pulut mangga memang famous di sini. Rata2 kedai makan ada dijual walaupun kedai untuk makanan breakfast. Its my anak2 punya favourite.

Kami drive balik heading to Danok. Disepanjang perjalanan kami singgah bila rasa nak singgah. Sempat singgah beli nenas dengan harga 100Bth (RM12.00) untuk 7 biji nenas. Murah gilerrrr kannnn & singgah juga beli ikan masin. Singgah solat sewaktu mengisi minyak kereta dan meneruskan perjalanan ke Danok, sempadan Thailand & Kedah.

Alhamdulillah, ada pula sahabat dari Kedah yang turut bercuti di Danok & berbesar hati belanja kami makan di Danok sebelum cross the border. Mudah2han dimurahkan rezeki sahabat kami itu. Jalan2 one round di sekitar Danok & menyaksikan replika2 panda dll. Yang penting, ambik gambar banyak2๐Ÿคฃ๐Ÿคฃ๐Ÿคฃ

Namun, agak leceh semasa nak check out keluar di imegresen Danok. Kereta beratur panjang & setiap penumpang perlu turun sewaktu nak cop passport.๐Ÿคฆ๐Ÿคฆ

Kami tiba di Alor Setar lebih kurang jam 9.00pm. Penat. So check in lagi di hotel. Masuk pula booking.com untuk mendapatkan rate yang murah hehe. Walaupun pada awalnya saya tersalah tarikh untuk check in tapi alhamdulillah akhirnya, kami dapat juga ‘family room’ untuk setiap orang pada malam tersebut di Hotel Seri Malaysia dengan harga RM160.00/room. Untuk keluarga kami, kami perlukan 3 bilik.

๐Ÿš˜Day 5 (Sabtu 23.12 2017)๐Ÿš˜

Drive lagi….bergerak dari Alor Setar menuju ke Pulau Pinang. Nak cari cendol, pasembur & jeruk Pak Ali je pun ๐Ÿคฃ๐Ÿคฃ๐Ÿคฃ. Pada asalnya, kami bercadang nak bawa kenderaan menaiki feri merentasi laut tapi disebabkan GPS kami dah terlepas simpang masuk ke jeti, so kami ter drive terus di atas jambatan Pulau Pinang hehehe.

Selepas lunch di Penang, kami drive pula ke Perak. Dalam perjalanan, anak2 ternampak signboard Zoo Taiping. Its hard to say no to them bila sampai bab zoo ni sebab everybody loves animals. Maka….singgah pula layan2 anak2 masuk zoo walaupun ini adalah kali ke 3 kami ke sini. Selepas maghrib barulah kami drive menuju ke Pahang. Oppsss….sebelum sampai ke Pahang, jam dah almost 9.30pm & husband saya dah tak boleh buka mata๐Ÿ˜ด๐Ÿ˜ด๐Ÿ˜ด. We stop at R&R Tapah & menikmati A&W sementara our drivers take a nap. Kat sini jugalah mak mertua saya terjumpa jirannya yang mengikuti rombongan kejiranan mereka on the way balik dari Langkawi๐Ÿ˜…๐Ÿ˜…๐Ÿ˜… haha….whats a small world!

10.30pm….kereta bergerak meninggalkan Tapah. Disebabkan masing2 dah penat, maka pada malam tersebut kami semua bermalam di Shah Alam, Selangor. Tips jimat & menyambung silaturrahim: jika anda sampai di sesuatu tempat yang ada rumah saudara mara rapat & anda selesa dengan mereka, minta izin bermalam di rumah mereka walaupun dah lewat malam. Kerana itulah salah satu cara merapatkan silaturrahim & memberi peluang kepada anak2 anda untuk mengenali saudara mara. So…pada malam itu kami check in di rumah ibu saudara di Shah Alam. Save cost for the accomodation kan…๐Ÿค—๐Ÿค—๐Ÿค—๐Ÿข๐Ÿข

๐Ÿš˜Day 6 (Ahad 24.12.2017)๐Ÿš˜

Awal pagi….kami keluar cuci mata ke Pasar Tani Shah Alam. Saja2 layan mak & mak mertua yang nak cari tudung/scarf. Kami seronok melihat mereka gembira dengan perjalanan ini. Yang penting, kami bertuah kerana sentiasa diberi peluang untuk bersama2 ibu kami.

After zohor….kami bergerak ke Kuantan. Walaupun dalam hati masing2 masih belum terasa nak balik, tapi kami set mind jugak untuk balik. Dalam perjalanan balik, singgah pula di Karak untuk makan durian. Emmm everybody was enjoying the durian except me. Saya tak makan durian huhuhu

Akhirnya….kami tiba juga di Kuantan, Pahang lebih kurang pada jam 7.00pm.

Alhamdulillah….mudah2han perjalanan kami diberkati Allah swt. Terima kasih kepada adik ipar & isteri serta ibu mertua yang sudi meluangkan masa, tenaga & wang dalam perjalanan yang indah ini. Saya suka melihat kegembiraan yang terpancar di wajah mak mertua saya disepanjang perjalanan ini kerana kedua2 anak lelakinya sangat bertanggungjawab terhadap ummi mereka.

Saya juga sangat berpuas hati kerana mampu membawa mak saya dalam perjalanan ini. Insyaallah, kami akan merancang perjalanan yang lain jika diizinkan Allah swt. Semoga kami semua dipanjangkan usia untuk bermusafir bersama lagi.

Ibnu Qudamah Al-Maqdisi berkata ,

ูˆู…ู† ูƒุงู† ููŠ ุงู„ุณูุฑ ุขุฐู‰ ู‡ูˆ ู…ุธู†ุฉ ุงู„ุถุฌุฑ ุญูุณู†ูŽ ุงู„ุฎู„ู‚ุŒ ูƒุงู† ููŠ ุงู„ุญุถุฑ ุฃุญุณู† ุฎู„ู‚ุงู‹ .ูˆู‚ุฏ ู‚ูŠู„ : ุฅุฐุง ุฃุซู†ู‰ ุนู„ู‰ ุงู„ุฑุฌู„ ู…ุนุงู…ู„ูˆู‡ ุจู‰ ุงู„ุญุถุฑ ูˆุฑูู‚ุงุคู‡ ููŠ ุงู„ุณูุฑ ูู„ุง ุชุดูƒูˆุง ููŠ ุตู„ุงุญู‡ .

โ€œBarangsiapa yang ketika bersafar (bermusafir) mengalami kesusahan dan keletihan ia tetap berakhlak yang baik, maka ketika tidak bersafar ia akan beraklak lebih baik lagi. Sehingga dikatakan, jika seseorang dipuji muamalahnya ketika tidak bersafar dan dipuji muamalahnya oleh para teman safarnya, maka janganlah engkau meragukan kebaikannya.โ€ (Mukhtashar Minhajul Qashidin 1/39, Syamilah)

Sekian, nukilan saya untuk entri ini. Terima kasih kepada mak mertua saya Sharifah Nadzrah, adik ipar saya Syed Khalid & isteri tercintanya Aizura Badrul diatas segala kerjasama kalian dalam bermusafir bersama kami. Mohon di maafkan apa jua khilaf kami & halalkan segala2nya disepanjang permusafiran kita.

Love is all around. I love my family๐Ÿ˜™๐Ÿ˜™๐Ÿ˜™๐Ÿ˜™

Wassalam.

4 thoughts on “Lets Drive To Krabi, Thailand

  1. So sweet ceritanyaaa.. serius x puas, rindu dah semuaaa.. rindu buat2 bz d kitchen masa d krabi๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚ rindu tgk anak2 d pool, rindu semuaaaa.. rindu rindu rinduuuuu๐Ÿ˜˜๐Ÿ˜˜๐Ÿ˜˜๐Ÿ˜˜ terima kasih k zan, abg an, syg i, ummi, ma dan semuanyaaa.. anak2 ku syg.. love korang keketaddd.. nak pegi lagikkkkkk

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s