Syed Hud & Occupational Theraphy Part 6

Assalamualaikum Warrahmatullah…

Salam sayang buat semua ibu bapa hebat yang bersungguh-sungguh membesar & mendidik anak dengan penuh kasih sayang. Semoga semuanya sentiasa diberi kesabaran yang tinggi dalam menangani apa jua dugaan yang Allah swt berikan.

Bertemu lagi kita diruangan ini untuk mengikuti perkembangan terkini anak kami Syed Hud yang masih lagi mengikuti Terapi Cara Kerja (OT) beserta dengan pelbagai aktiviti lain untuk perkembangan & keseimbangan daya berfikir beliau.

Semakin hari Syed Hud menunjukkan perkembangan yang positif walaupun agak perlahan. Selain daripada meneruskan appointment dengan pihak OT, dia juga di hantar untuk mengikuti kelas “Eye Level” yang mana merupakan salah satu cara menyeimbangi otaknya yang didiagnoskan sebagai terlebih aktif dibahagian kanan. Dia telah berada dalam kelas ini lebih kurang 6 bulan untuk memahirkan otaknya berfikir secara spontan dalam menyelesaikan permasalahan matematik.

Ujian pertama dijalankan keatas kemahiran berfikir Syed Hud untuk menyelesaikan masalah matematik simple & critical thinking. Hasil ujian pertama: skornya hanya 9/35 bagi bahagian A (simple calculation) & betul semua di bahagian B (critical thinking: penyesuaian gambar rajah & mix/match).

2 bulan selepas itu, untuk test yang ke dua…markahnya meningkat kepada 31/35 dibahagian A & still betul semua di bahagian B.

Pada hari ini….dimana artikel ini di tulis, Syed Hud baru sahaja selesai menduduki ujian Eye Level (level 6) dengan skor 98%. Yang mana menunjukkan dia hanya salah satu dibahagian A & still betul semua di bahagian B. Sebagai ibu bapa yang banyak berusaha & berdoa…alhamdulillah, kami bersyukur & berasa gembira dengan pencapaian Syed Hud, anak ke 3 kami yang sangat kami kasihi.

Namun…..tidak hanya dengan itu, dia juga sentiasa digalakkan untuk melakukan apa sahaja aktiviti yang kami rasa berfaedah & sesuai dengan minatnya. Banyak aktiviti yang dilakukan adalah lebih menjurus kepada kreativiti beliau dalam reka cipta. Antaranya….Syed Hud akan menonton beberapa video di YOUTUBE dan mencuba aktiviti tersebut. Kami sentiasa menyokong minatnya kerana kami tahu dia bukanlah kanak2 yang ketagihan gadget atau televisyen. Beliau lebih banyak menghabiskan masa dengan mengayuh basikal atau bermain outdoor.

Membuat slime menggunakan sabun pencuci tangan dan ubat gigi.

Video menunjukkan Syed Hud mencipta sebuah bot daripada barang2 recycle.

Selain daripada itu, kami juga menghantar beliau mengikuti bengkel robotik & agak mengagumkan apabila kami diberitahu dia merupakan pelajar pertama yang berjaya menyiapkan robot yang mempunyai connection secara bluetooth kepada komputer. Walaupun pada hakikatnya, beliau bukanlah seorang yang biasa menggunakan komputer/laptop.

Namun begitu…segala2nya masih dipantau oleh Doktor Pakar di Jabatan psikiatri UIA. Kami membawanya berjumpa doktor setiap 5 bulan sekali bagi mendapatkan khidmat nasihat yang sewajarnya untuk perkembangan beliau, selain meneruskan rawatan di OT, 2 minggu sekali.

Alhamdulillah….segala yang baik itu datangnya dari Allah swt dan yang lemah itu dari diri kita sendiri. Kami berharap, anak kami akan menunjukkan perkembangan yang lebih baik lagi selepas ini terutamanya dalam pelajarannya. Mudah2han tahun 2018 merupakan tahun yang lebih baik buat Syed Hud kerana kami membuat pelbagai perubahan baru untuk persekolah & aktiviti kokurikulumnya.

Doakan usaha kami ini berjaya.

Salam sayang buat semua ibu bapa penyayang diluar sana. Mudah2han bertemu lagi di siri yang ke 7 di tahun 2018.

Wassalam

2 thoughts on “Syed Hud & Occupational Theraphy Part 6

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s