7 Golongan Yang Akan Di Naungi Arasy: Tausiah Oleh Hubabah Ummu Salim

Assalamualaikum Warrahmatullah…..

Salam sayang buat semua muslimin & muslimah๐Ÿ’–๐Ÿ’–๐Ÿ’–

Alhamdulillah…dengan izin Allah swt yang memberi kemudahan & ruang kepada ana serta beberapa orang ahli keluarga untuk hadir ke majlis ilmu bersama Hubabah Nur (Zaujah Habib Umar Al Hafidz) atau dikenali sebagai Ummu Salim Bin Hafidz dari Darr Az-Zahra, Hadraulmaut Yemen pada 25.10.2017 di Pusat Komuniti HAK (PKHAK) Sg Penchala, Wilayah Persekutuan KL. Tausiyah ini telah diterjemahkan oleh Ustazah Fatimah Jindan.

Diantara bait-bait nasihat yang disampaikan oleh hubabah adalah, kita digalakkan untuk memperbanyakkan berzikir & berselawat selain daripada amalan2 harian yang lain.

Hubabah juga memberi peringatan mengenai 7 golongan yang akan dinaungi arasy Allah swt pada saat ketibaan hari kiamat.

Namun sebelum itu, Hubabah menceritakan perihal Allah swt yang telah berbicara dengan syurga.

– Ramai penghuni syurga yang menyesal & ingin meningkatkan darjat kedudukannya di syurga walaupun telah berada di syurga.

– Ramai manusia yang berada di syurga menyesal kerana tidak banyak berzikir semasa didunia.

Allah swt bertanya kepada syurga:

๐Ÿ”ŽKenapa mereka menyesal?

๐Ÿ“Kerana semasa didunia mereka telah membiarkan 1 saat tanpa zikir kepada Allah swt. Darjat manusia di syurga ditentukan melalui berapa banyak zikirnya semasa di dunia.

๐Ÿ’–๐Ÿ’–๐Ÿ’–๐Ÿ’–๐Ÿ’–๐Ÿ’–๐Ÿ’–๐Ÿ’–๐Ÿ’–๐Ÿ’–๐Ÿ’–๐Ÿ’–๐Ÿ’–๐Ÿ’–๐Ÿ’–

– Ketahuilah, dengan mendengarkan (belajar) ilmu, kita akan mengetahui cara beribadah yang betul.

– Allah swt berfirman, jika seseorang itu berniat & inginkan kebaikan, maka Allah swt akan memberikan kefahaman dalam agama kepadanya.

– Manakala, syaitan itu pula akan sentiasa membuatkan kita berasa amalan kita sudah cukup bagus. Sekiranya kita mempunyai perasaan sedemikian maka hancurlah/sia-sia amal kita.

– Orang yang tahu & faham mengenai agama (Islam) akan tahu cara untuk memerangi dirinya sendiri

Hubabah berpesan lagi,

– Apabila kita mendengar nama nabi Muhammad saw disebut, bersegeralah kita berselawat kepada nabi junjungan kita. Kita akan tergolong dalam golongan orang yang lokek jika tidak berselawat kepada nabi saw.

– Jika seseorang insan itu memahami agama Islam yang sebenar, dia akan menyaksikan Allah swt setiap saat & sentiasa khusyuk dalam solatnya.

๐Ÿ’Ÿ๐Ÿ’›๐Ÿ’Ÿ๐Ÿ’›๐Ÿ’Ÿ๐Ÿ’›๐Ÿ’Ÿ๐Ÿ’›๐Ÿ’Ÿ๐Ÿ’›๐Ÿ’Ÿ๐Ÿ’›๐Ÿ’Ÿ๐Ÿ’›

– Allah swt bertanya kepada lagi kepada syurga:

๐Ÿ”ŽUntuk apa kamu disediakan?

๐Ÿ“ Lalu Syurga menjawab: ‘aku disediakan untuk orang yang kusyuk dalam solat’

Ditanya lagi….

๐Ÿ”ŽMaka….dimana letaknya khusyuk itu?

๐Ÿ“ Khusuk itu tempatnya dihati. Ketika seseorang itu sedang kusyuk, akan mengalirlah air matanya. Manakala orang yang tidak khusyuk pula membuktikan bahawa orang itu adalah orang yang celaka di sisi Allah swt. Sebagaimana disebut dalam hadith: ‘jika seseorang menangis kerana takut kepada Allah swt, maka keluarnya setitis air mata adalah lebih baik daripada dia bersedekah segunung emas’.

๐Ÿ•Œ๐Ÿ•‹๐Ÿ•Œ๐Ÿ•‹๐Ÿ•Œ๐Ÿ•‹๐Ÿ•Œ๐Ÿ•‹๐Ÿ•Œ๐Ÿ•‹๐Ÿ•Œ๐Ÿ•‹๐Ÿ•Œ๐Ÿ•‹

Selanjutnya….Hubabah Nur menceritakan mengenai 7 orang yang akan dinaungi arasy Allah swt pada hari kiamat.

– Dalam hitungan Nabi saw, ada 7 orang yang akan dinaungi arasy Allah pada hari kiamat nanti:

1. Imam yang adil & termasuk wanita yang adil

โœ…Golongan wanita yang termasuk dalam imam yang adil adalah:
โžกwanita yang berzikir kepada Allah swt lalu keluar air mata yang deras dari matanya.

โžกPemuda/pemudi yang tumbuh ketaatan dalam dirinya & imam yang adil: wanita yang memimpin rumah tangganya & merupakan imam setelah ketiadaan suaminya, wanita yang menguruskan kewangan rumah tangganya, serta menjaga pandangan daripada memandang yang haram (cthnya menonton tv, melihat aksi pelakon yang membuka aurat), manakala wanita yang membiarkan tayangan aurat akan dilaknat Allah swt.
โžกSeorg ibu yang menjaga zikir, solat 5 waktu, menjaga rumah tangga untuk sentiasa berselawat kepada Nabi saw, menjaga bacaan Al Quran di dalam rumah, maka rumah tersebut akan dipandang seperti bintang & diliputi rahmat Allah swt. Akan diturunkan malaikat2nya serta Allah turunkan ketenangan. Malaikat juga turun berkumpulan2 sampai ke arash langit, akan turun juga rahsia2 kebesaran dari Allah swt.
โžก wanita digalakkan memperbanyakkan didalam rumahnya membaca ‘Lailahaillallah’.

Hubabah turut menyentuh berkenaan dengan iman:
๐Ÿ”ŽDimana letaknya iman?

๐Ÿ“Jawapannya: Iman itu tempatnya dihati

๐Ÿ”Ž Siapa orang yg beriman:

๐Ÿ“Jawapannya: Orang yang ketika disebut nama Allah swt, akan timbul rasa takut didalam hati mereka & ketika dibaca nama Allah swt akan bertambah rasa takutnya, sentiasa mendirikan solat, berinfak dengan nama Allah swt sehingga apa yg di infakkan oleh tangan kanannya tidak diketahui oleh tangan kirinya, menjauhi hal2 yang membatalkan solat & berusaha untuk kusyuk dalam solat. Apabila mendapat rezeki yang diberi kepada mereka (wanita), mereka akan berinfak tanpa menghitung rezeki tersebut.

โžกBahkan diceritakan didalam hadith, seorang budak (hamba) yang tidak memiliki sesiapa dalam tanggungannya (anak & isteri), akan ditanya tentang apa yang dia pimpin…ditanya tentang hatinya, lisannya, tangannya, kakinya & kemaluannya. Maka jawapannya, dia merupakan pemimpin kepada jasadnya sendiri.

โžกPerbanyakkanlah menginfak.

Diantara contoh infak:

– Menginfakkan kereta. Apa yang dimaksudkan dengan menginfakkan kereta? Membiarkan orang yang susah menaiki kereta untuk ke tempat yang baik adalah termasuk daripada zakat kereta.
– Manakala Infak Maknawi ialah seperti melibatkan diri & berkhidmat dengan majlis2 ilmu ataupun memberi kepada orang yang kurang bermampuan dan mengajarkan ilmu kepada orang yang kurang ilmu (bodoh).

Haqqo

Apa makna haqqo (berhak)?

Haqqo ialaha ada orang mukmin yang diberi keampunan oleh Allah swt. Org mukmin yang hakiki memilik darjat yang tinggi di sisi Allah swt & darjat yang tinggi. Hanya hamba yang betul2 berhak mendapat keredhaan Allah ialah mereka (ุญู‚)..

Haqqo ( ุญู‚) ialah = berhak โ˜บ

โžกMemperbanyakkan bacaan Al Quran.

Membaca Al Quran boleh memperbaharui iman. Jika Seorang wanita menerapkan hal2 yang diatas tadi…serta menambahkan bacaan didalam rumah & sentiasa mendirikan qiamulail & tidak meninggalkan solat fardu, solat berjemaah diwaktu isyak (dia akan tidur dalam jagaan Allah swt) & subuh, solat dhuha, zikir2, Allah swt akan sentiasa ingat kepadanya. Jika seseorang itu lupa untuk berzikir, maka orang tersebut akan dikuasi syaitan & sepanjang hari syaitan merupakan penemannya.

Pesan hubabah lagi…..
โžกBacalah ‘Laila hailallah al malikul haqqulmubin’ sebanyak 100x sehari. Insyaallah kita akan bebas dari kemunafikan & bebas siksa kubur.

Wanita juga di ingatkan agar….

โžกBersolat sunat 4 rakaat sebelum & selepas solat zohor. Ganjarannya, akan dijauhkan dari api neraka.
โžกManakala solat sunat 4 rakaat sebelum asar, ganjarannya pula ialah wanita akan tergolong dalam golongan imam yang adil
โžกMelazimkan diri & keluarga mendekatkan diri kepada Allah swt kerana itu merupakan tanggungjawab seorang wanita.

Seterusnya…..

Berikut pula adalah diantara 6 lagi golongan yang dinaungi arasy Allah swt:

2. Seseorang yang duduk (berkhalwah/ zikir) sendirian lalu menangis apabila mengingati Allah
3. Pemuda yang beribadah kepada Allah swt
4. Dua orang yang saling mencintai kerana Allah swt
5. Orang yang menginfakkan hartanya ke jalan Allah tanpa tangan kirinya mengetahui akan hal tersebut
6. Lelaki yang apabila di ajak berbuat perkara2 yang tidak baik, lalu menolaknya dan berkata ‘sesungguhnya aku takut kepada Allah swt’
7. Seseorang yang hatinya terikat dengan masjid

๐Ÿ’Ÿ๐Ÿ’›๐Ÿ˜ข๐Ÿ’Ÿ๐Ÿ’›๐Ÿ˜ข๐Ÿ’Ÿ๐Ÿ’›๐Ÿ˜ข๐Ÿ’Ÿ๐Ÿ’›๐Ÿ˜ข๐Ÿ’Ÿ๐Ÿ’›๐Ÿ˜ข

Hubabah juga turut menambah penceritaan saat tibanya hari kiamat:

Dan ketika datangnya hari kiamat, semua benda yang berada di muka bumi akan hancur & bumi bersaksi akan kekuasaan Allah swt. Pada ketika itu, matahari adalah redup(gelap) tetapi bahang panas terasa sewenang2nya. Matahari semakin dekat dengan manusia tetapi keadaan semakin gelap. Namun, akan ada manusia yang ada nur/cahaya iaitu 7 golongan yang disebutkan tadi.
– Ketahuilah….Allah swt maha mendengar semuanya, Allah swt itu sebenarnya sangat dekat dengan kita. Hatta Allah swt maha melihat warna semut walaupun di dalam gelap. Namun, yakinlah…. Allah tidak akan pernah mengecewakan hamba2nya.

– Pada ketika itu, keringat manusia menitis sehingga ada yang mencapai paras 1/2 betisnya, ada yang sampai ke lututnya, pusatnya, dadanya, mulutnya malahan ada yang tenggelam didalam keringatnya sendiri. Tahap terkumpulnya keringat tersebut adalah tergantung kepada berapa banyak dosanya.

๐Ÿ’7 golongan ini ketika yang lain terendam dengan keringat, dia akan dikurniakan nur. Keadaan pada ketika itu adalah 1 hari bersamaan dengan 50 ribu tahun.

– Pada ketika itu juga, orang2 kafir meminta/merayu agar mereka segera dimasukkan ke neraka kerana tidak tahan dengan kepanasan pada waktu itu.

Makanya…..
Perbanyakkanlah amalan.

Insyaallah mudah2han kita semua tergolong dalam golongan yang dinaungi arasy Allah swt.

Sama2 kita doakan agar hubabah juga dilanjutkan usia, diberi kesihatan yang baik serta diberikan rezeki datang ke Malaysia lagi untuk menyampaikan ilmu & membawa barakah kepada kita semua.

Wallahu a’lam.

Catitan dari:

Hamba Allah Yang Fakir,

~Zan Aizan~

25 Oktober 2017

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s