SYED HUD & OCCUPATIONAL THERAPY (Part 4)

Bismillah hirrohmanirrohim….

Susulan kaedah pembelajaran yang diubah khas untuk dia, Alhamdulillah……kami nampak perubahan dia walaupun tidaklah begitu drastik. Semuanya perlukan kesabaran yang tinggi & tekun. Seluruh ahli keluarga & guru2 memberikan komitmen untuk Syed Hud. Atas nasihat pakar, dia masih perlukan terapi at least for another 4-6 months.

Lihat gambar, wlpn dia masih tidak boleh duduk statik sewaktu belajar membaca Al Quran namun dia mampu membaca at least 3-4 muka surat sehari dalam satu sesi. Di permulaan sesi pembelajaran dia duduk diatas kerusi (gymball dia pecah & saya masih belum sempat menggantikan dgn yg baru. Ada msnya dia duduk diatas gymball)….kerusi pun terbaring juga…& akhirnya dia duduk diatas lantai. Sebelum ini, dia membaca beberapa lampiran juga tetapi secara berterusan. Namun selang beberapa hari, dia lupa & bacaannya perlu diulang lagi. Dia mengambil masa yang lama untuk sampai ke peringkat membaca Al Quran. Bermula dari usianya 4 tahun. Daripada bacaan Iqra…ditukar kepada Al Bagdadi…kemudian Iqra semula. Akhirnya…kami tahu he needs to be treated in a different way. Skrg dia baru shj berada di juzuk 4.

Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi, ustaz yang mengajarnya juga merupakan seorang ustaz yg berpengalaman & sangat penyabar. Ustaz Rahman yang dulu merupakan guru kepada abang & kakaknya juga. (Yg dalam gambar & video tu adalah abangnya Syed Nuh, dia hanya bantu mengajar apbl balik bercuti shj. Tapi kelihatan sabar juga dgn kerenah adiknya tu 🤣🤣🤣)

Kebiasaannya, apabila dia selesai membaca 1 mukasurat, dia akan dibenarkan bermain dahulu atau melakukan sedikit excercise. He needs to release his extra energy. Setelah itu dia akan menyambung bacaan di mukasurat seterusnya. Jika tidak, 2nd page nanti dia tidak akan dapat focus. Begitulah seterusnya…

Suka saya ingatkan parents sekalian…cari punca kenapa ada anak2 yang tidak boleh focus waktu belajar & tangani masalah itu. Pergi kepada yang pakar & jalani terapi yang disarankan. Kenali anak anda. Jadilah ibu bapa yang prihatin.

“Semua yang baik itu dr Allah swt, yg cela itu dr diri kita sendiri. Wallahualam”

*will be sharing again…..😘

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s