Assalamualaikum warrahmatullah…. Susulan daripada artikel part 1 & 2 sebelum ini…. Selain daripada menjalani terapi di OT, aktiviti fizikal yang lain juga perlu untuk kanak2 yang high creative thinking & over energy like him. Untuk calm down & mendidik dia focus sebentar, kami diberitahu agar dia diberikan slime atau tanah liat. Saya pernah melihat therapist di UIA menyembunyikan 8 biji guli didalam tanah liat & meminta Syed Hud untuk mengeluarkan kesemua guli2 tersebut. Dalam masa beberapa minit, dia focus dengan tenang mengeluarkan guli2 itu. Begitu juga apabila dia bermain slime, dia lebih focus & relax (berhati2 sebab takut slime jatuh & hancur). Dia juga berjaya memasukkan kembali slime ke dalam botol yang mana saiz lubangnya agak kecil (ada kanak2 lain yang gagal berbuat demikian). Kami juga diberitahu both aktiviti are good for motoring system kanak2 (I need to study more on this part, I don’t really understand hehe). Untuk aktiviti fizikal, swimming adalah senaman terbaik untuknya. You can see how calm he is bila berada didalam air setelah mengeluarkan seluruh tenaganya berenang berulang alik beberapa kali. I know, he’s not sleeping on the water but he can do that for several times. Tidak hairanlah dalam Islam juga menggalakkan anak2 kita diajar berenang. Selain daripada ia baik untuk paru2 & pembentukkan muscle, ia juga terapi untuk calm down.