Syed Hud & Occupational Theraphy (Part 1)

Anak adalah anugerah dari Ilahi. Jangan sesekali bandingkan anak2 kita atau pilih kasih. Semua anak ada keistimewaan & kekurangan tersendiri. Sama macam mak ayah kita besarkan kita, begitulah juga sepatutnya kita membesarkan anak2 kita. Perhatian yang sama rata kepada setiap satu anak jika kita mempunyai lebih dari seorang anak. Jika mempunyai hanya seorang anak, maka berpada2lah dalam menjadikannya anak emas kita.😍😍

Entri ini agak panjang namun ia adalah untuk dikongsi bersama ibu bapa lain yang mungkin tidak pernah tahu apa itu “Occupational Therapy” (OT) atau Terapi Cara Kerja. Ia sebenarnya adalah terapi untuk pelbagai attitude/behavior terutamanya bagi kanak2. Kanak2 kan banyak ragam & kerenahnya…..each of them need different approach. Kadang kala kita rasa kita tahu how to handle anak kita, ayat yang biasa kita dengar ialah “dia anak saya, saya tahulah macam mana nak handle dia” ataupun “ala….biar jelah, lama2 nanti dia ok lah”. Begitulah selalunya, walhal perkara beginilah yang perlukan pemerhatian. So kita perlukan pakar jika kita gagal kenal pasti masalah anak2 kita. Kami akui kami jua agak lambat mendapatkan khidmat pakar namun its better late than never.

Saya suka berkongsi info kerana saya faham…ramai ibu bapa tidak mahu menerima hakikat apabila diberitahu bahawa anak mereka need special treatment. Lebih ramai lagi yang malu dan tak kurang juga yang marah apabila orang sekeliling keep complaining about their kids. Especially orang melayu (I’m sorry to say this, but this is the fact). Alhamdulillah, kami ibu bapa yang open mind & suka membuka mulut mencari info serta sentiasa bersedia dengan sebarang nasihat & kritikan drpd orang sekeliling. Ketahuilah jika 80% complaint & hanya 20% yang memuji behavior anak kita, yang 20% itu sbnrnya golongan yang sangat baik hati & sentiasa menjaga hati kita. Manakala yang 80% itu adalah golongan yang baik juga & really want to help us.

Untuk info semua, anak ke 3 kami Syed Hud yang berusia 9 tahun sedang menjalani treatment di OT UIA Kuantan dengan kos RM80/session but its free untuk pelajar sekolah kerajaan, actually hospital kerajaan pun ada khidmat ni & its free (ataupun hanya registration yang kena bayar, saya tak pasti) tapi que nya panjang. Kami sebagai ibu bapa yang pernah ada pengalaman membawa anak ke 4 kami dulu ke speech theraphy merasa bersyukur apabila mengenal pasti yang ank ke 3 kami juga perlukan special theraphy before its TOO LATE. Tiada specific kategori for him, hanya lebih kurang dalam kategory kanak2 yang “High Creative Thinking”. Overall dia sama macam kanak2 lain yang normal…tak banyak masalah sejak lahir hingga sekarang. Namun, ada certain part yang perlu diberi perhatian. Antaranya, part pembelajaran akademiknya yang tidak stabil. Kadang kala ada subject yang sangat cemerlang & tiba2 boleh drop jadi fail, begitulah sebaliknya. Kalau dizaman 80an & 90an, kanak2 begini akan diletakkan dikelas corot & tidak lagi mendapat perhatian di sekolah. They will be left out forever atau di labelkan sebagai pelajar nakal di sekolah. Oleh yang demikian, Kami telah membawanya berjumpa pakar psikiatri & Dislexia screening test sebelum mengenalpasti apakah treatment yang sesuai untuknya.

Antara perkara2 yg doktor pakar psikiatri highlight ialah:
1. Bagaimana Proses pembesarannya: dia skip all the proses, tidak meniarap, merangkak atau bertatih. Drpd berbaring selama 7 1/2 bulan, terus boleh bgn berjalan
2. Dia suka dibedung dr lahir hingga berusia 7 bulan. Hingga sekarang sentiasa berselimut wlpn tidak sejuk.
3. Tak banyak bercakap atau mengadu. Lebih suka buat hal sendiri
4. Tak stick to 1 interest. Suka cuba pelbagai perkara.
5. Cepat boring.

Bagaimana kami mengesan yang dia perlukan treatment:
1. Hasil drpd laporan beberapa orang guru, dia cepat hilang fokus dalam kelas.
2. Suka bermain bersendirian – ada comfort zone sendiri contohnya selesa berada dalam selimut walaupun tidak sejuk semasa menonton tv & sentiasa membuat sempadan kawasannya sendiri untuk bermain didalam rumah.
3. Mengasingkan diri dr kwn2 jika tidak selesa ada rakan yg memerhatikan dia buat sesuatu.
4. Boleh duduk setempat tetapi kelihatan tidak selesa selepas 20-30minit. Bermasalah untuk habiskan waktu belajar dalam kelas. Kelihatan resah gelisah.
5. Tidak suka membaca & kadang2 berpura2 tidak tahu membaca😬😬walaupun kurang lancar membaca pada usia 8thn namun dia pandai mencipta pelbagai permainan elektronik menggunakan pelbagai barangan yang terpakai. Sekarang dia dah lancar membaca.
6. Cepat lupa tentang apa yang dipelajari setiap hari (akibat tidak fokus).
7. Tidak suka dikawal. Apabila bersukan tidak suka terikat dengan sebarang tatatertib. Oleh itu dia paling suka swimming sebab boleh bergerak bebas dalam air.
8. Terlalu curious dengan tempat atau suasana baru. Akan survey sekeliling untuk pastikan keadaan selamat atau apa yang ada dikawasan tersebut.
8. Tidak terlalu attached dengan kawan2.
9. Aktif tetapi bukan hyper. Sentiasa berlari & melompat tetapi tidak mengusik/merosakkan barang2 orang lain.
10. Masih confius dengan huruf ‘b’ & ‘d’.
11. Confident level yang kadang kala rendah. Tidak suka persaingan.

Apa kelebihan2 yg dikenalpasti:
1. Boleh menghafal surah2 Al Quran dengan hanya mendengar bacaan tanpa melihat Al Quran. Apabila membaca Al Quran dengan cara melihat Al Quran, agak susah baginya.
2. Cenderung melakukan pelbagai experimen sains contohnya pelbagai permainan elektronik berlampu & bermotor.
3. Sangat independent. Jarang meminta bantuan untuk pengurusan kendiri.
4. Bermain outdoor. Kami anggap ianya istimewa kerana pada zaman ini kanak2 cenderung bermain play station atau gadget tetapi dia masih cenderung berbasikal atau berlari disekeliling taman perumahan kami.
5. Sentiasa cergas & bertenaga kerana otak kanannya aktif. Sentiasa berfikir…what’s next should be done🤔🤔🤔Dia seorang yang sentiasa sibuk😃😃banyak projek nak buat
6. Rajin melakukan kerja2 rumah contohnya membersihkan rumah kerana dia ada banyak energy. Tetapi tidak ingin dilihat oleh orang lain sewaktu membuat kerja2 tersebut. So, kadang2 dia mencuci rumah di tengah malam sewaktu semua orang sedang tidur.
7. Sangat kreatif dengan pelbagai barangan recycled cthnya botol, penutup botol, kotak & dll.
8. Akan asyik dengan origami. Berkemahiran membuat pelbagai origami dengan idea sendiri.

Apakah terapi yang dijalankan di OT:
1. Latihan membaca, menulis & mengira
2. Akan berikan masa beberapa minit untuk dia bermain sebelum start another assignment.
3. Tanah liat yang didalamnya diletakkan beberapa biji guli & dia dikehendaki mengeluarkan guli2 tersebut. He will get calm to take out semua guli tersebut.
4. Beri masa untuk bercerita tentang hobinya.
5. Sentiasa monitor one to one dengan setiap latihan 3m yang tersebut dlm no.1 diatas.

Apa nasihat pakar untuk terapi di rumah/sekolah:
1. Biarkan dia bebas bermain untuk melepaskan tenaganya yang banyak. Selagi dalam kawalan & tidak bermain benda2 yang bahaya.
2. Gunakan gym ball sebagai pengganti kerusi sewaktu dia duduk untuk menyiapkan kerja2 sekolah. Gym ball bergerak2, suite for him yang tak boleh duduk statik.
3. Layan xtvt experimennya…its good for his future. Jika di luar negara he may become like Albert Eistien but…this is Malaysia, sijil akademik je yg org pandang😩😩😩and we don’t have a special school untuk kanak2 berkemahiran seperti ini.
4. Utk lebih selesa, letakkan blanket/beg atas riba semasa belajar. Dia rasa lbh selamat apabila ada sesuatu yang attached to his body.
5. Elakkan banyak benda disekeliling yg boleh distract dia sewaktu belajar. Contohnya bunyi bising, permainan elektronik, rakan2 yang suka bercakap dll. Semua tu akan buat dia hilang fokus.
6. Belajar 20-30 minit kemudian lepaskan dia bermain atau melompat diatas trampolin 100x kemudian sambung belajar kembali.
7. Belajar di luar kelas/bilik. ‘Open air’
8. Excercise sebelum belajar.
9. Galakkan (reward) apabila dia berjaya siapkan sesuatu latihan.
10. Membaca one to one dgn lebih kerap.
11. Latihan menulis
12. Berikan dia tanah liat atau slime sebagai terapi penenang.

Tentu ramai pula yang tertanya2…why at the edge of 9 baru kami nak bawa terapi?

Actually sebelum ini kami telah cuba buat pelbagai perkara. Antaranya:
1. Tuisyen untuk perbaiki akademik. At the beginning he was ok but dia jadi bosan kerana teknik yang sama diguna pakai disekolah harian. (Dia kan needs special techniques 😆😆)
2. Hantar ke Eye level untuk seimbangkan otak kanan & kiri (masih hantar sampai sekarang).
3. Berkuda
4. Swimming seminggu sekali
5. Panggil ustaz mengajar mengaji di rumah one to one
6. Soccer kids untuk dia mengasah bakat & bergaul. At certain stage, he stopped.
7. Sentiasa pantau homework & hafazan surah2 lazim di rumah
8. Pelbagai supplement contohnya coklat minda & farmina.
9. Personal tuisyen di rumah

Yang pasti, doa kami tidak pernah putus. Begitu juga dengan ikhtiar kami. Sehinggalah kami tahu mengenai OT ini. Oleh itu, untuk ibu bapa yang lain, saya berharap entry ini sedikit sebanyak dapat membuka minda kalian mengenai pentingnya terapi cara kerja oleh pakar OT untuk anak2 yang ada extra kelebihan.

Sentiasalah ambil positif setiap kritikan & teguran orang sekeliling mengenai anak2 kita. Setiap anak ada kelebihan & keistimewaan sendiri. Bukan kecemerlangan akademik semata2 yang menentukan kejayaan masa depan anak2. Buka minda & step out of the box. Bawa anak untuk treatment bukan bermakna anak kita cacat atau bermasalah. We just need those knowledge. Jangan malu & segan untuk bercerita tentang kekurangan anak2 anda kerana anda tidak tahu sebenarnya mereka semua ada kelebihan tersendiri.

Saya bersyukur kerana diberi peluang berada dalam Persatuan Ibu Bapa Anak Istimewa (PIANIS) yang membolehkan saya sentiasa berkongsi info bersama ibu bapa yang lain dan doktor2 pakar dari UIA. Ramai ibu bapa lain yang lebih besar dugaannya apabila anak2 mereka mengalami Down Sindrome, ADHD, Autism, Dislexia dan pelbagai masalah lain. Terima kasih juga kepada semua tenaga pengajar di Intergrated Islamic School especially Teacher Salmiah yang banyak membantu di sekolah. Alhamdulillah Allah swt sentiasa membuka jalan bagi orang yang berusaha.

Sekali lagi saya maklumkan disini…saya suka berkongsi info, bukan setakat info tentang kecemerlangan anak sahaja namun permasalahan & cara penyelesaian anak juga saya kongsikan agar ia sekurang2nya membuka minda ibu bapa lain. Tidak rugi jika kita sama2 manfaatkan ilmu yg ada. Salam sayang dari saya buat semua ibu bapa hebat diluar sana.

Semoga bermanfaat. Wallahualam.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s