Kembara Ukhwah Di Bumi Pontianak

Alhamdulillah….dipanjatkan syukur ke hadrat Ilahi diatas segala kurniaan Nya & keberkatan usia yang diberi untuk terus menjejak ukhwah di bumi Pontianak.

Surah Al-Mulk ayat 15.

  • Bbc7Maksudnya: “Dialah yang menjadikan bumi bagi kamu mudah digunakan, maka berjalanlah merata-rata ceruk rantaunya, serta makanlah dari rezeki yang dikurniakan Allah; dan kepada Allah jualah (kamu) dibangkitkan hidup semula.”

Kembara bermula pada 25 Ogos 2017, di hari jumaat yang barakah. Allah swt muliakan perjalanan kami sekeluarga menjelajah bumi Pontianak. Dari Kuantan Pahang, terbanglah kami merentasi angkasaraya ciptaan Allah swt. Maha suci Allah yang mengizinkan & memudahkan perjalanan kami bersama 4 orang anak.

Percutian buat anak2 yang amat berbeza. Tiada penginapan di hotel, tiada swimming pool, tiada shopping mall atau shopping agenda, tiada zoo untuk dilawati atau tiada juga taman tema untuk berhibur. So…..apa yang ada? Ya….sebuah perjalanan yang lebih dalam maknanya untuk rohani kami semua. Jom….kita sama2 hayati kembara kami.

Jumaat 25.8.2017

Tiba di Pontianak pada waktu tengah hari. Dijemput oleh Habib Alidien Assegaf diiringi Pak Osman Assegaf & Pak Yusuf Assegaf. Membawa kami singgah makan tengah hari di sebuah kedai makan yang simple yang mana menu utamanya ialah Ayam Kampung goreng. Hanya nasi putih….tiada masakan panas atau mee. ๐Ÿ˜

Tiba di penginapan kami….sebuah rumah indah yang didiami oleh Pak Osman Al Idrus & zaujahnya Ibu Lily. Bersama 7 orang anak mereka. Subhanallah barakallah….Allah rahmati rumah ini & penghuninya. Rumah yang tenang & indah. Kebetulan pada hari tersebut mereka mengadakan majlis maulid disebelah malamnya. Masyaallah….semua tetamu seolah2 menyambut kami bagai VIP….maha suci Allah menemukan kami dengan saudara seislam yang berhati bersih. Walaupun 1st time bertemu, terasa telah lama mengenali satu sama lain. Majlis meriah dengan alunan maulid yang melembutkan jiwa, diselitkan dengan upacara mencukur jambul bayi mereka yang berusia 40 hari. Syed Abu Bakar nama diberi…Ya Allah….semoga keluarga ini sentiasa dirahmati.

Sabtu 26.8.2017

Sejak kami tiba semalam, rata2 masyarakat disini sudah berebut2 mengaturkan jadual makan sepanjang hari untuk kami. Ya…tujuan permusafiran kami ialah untuk menziarahi waris2 kaum keturunan Habaib & memperkenalkan saudara mara yang jauh kepada anak2. Maka….akurlah kami apabila breakfast di rumah Pak Osman Assegaf & isterinya Kak Rita Assegaf diiringi oleh Habib Alidien Assegaf, penyusun salasilah keturunan habaib. Juga…masyaallah disambut mesra oleh tuan rumah.

Lunch kami pula…dirumah Pak Ibrahim Al Idrus. Sebelum itu sempat juga kami grab beberapa helai pakaian muslim/mah di butik & beberapa kedai. Harganya….emmm puas hati sebab ratusan ribu riban hahaha. Terasa bagai jutawan sekejap. Disini tiada bazar atau market khas seperti Pasar Baru di Bandung atau Tanah Abang di Jakarta. Hanya lot2 kedai biasa seperti yg terdapat di Malaysia. Simple.

Disebelah petangnya pula kami menyelusuri sungai pontianak menyaksikan kehidupan dipersisir sungai. Masih kelihatan yang mandi manda di sungai, tersusunnya meriam untuk berlawan tembak dengan kampung seberang, anak2 kecil yang terjun bak atlet renang olimpik dan belia2 yang bermain layang2. Masyallah….subhanallah….semua tu saya lihat kira2 20 tahun yang lepas di kampung saya. Anak2 rasa teruja kerana mereka tidak pernah menyaksikan semua perkara tersebut.

Makan malam…..dirumah Pak Yusuf Assegaf & zaujahnya Kak Mai Assegaf. Pengusaha Gaharu….indah rumahnya….damai….semoga rezeki tuan rumah akan lebih melimpah ruah. Segala puji bagi Allah yang menyusun segala2 perancangan buat umatnya. Semua orang baik kami ketemui disini.

Ahad 27.8.2017

Hari pertabalan Sultan Kubu. Antara tujuan utama kami tiba di Pontianak adalah atas jemputan untuk majlis pertabalan ini. Hanya suami & anak sulung yang berangkat mengikuti rombongan. Perjalanan & aturcara memakan masa 1 hari. Dimaklumkan…untuk sampai ke Pulau yang mana majlis pertabalan dijalankan mengambil masa 2 jam dengan menaiki feri. Oleh yang demikian, saya & 3 orang anak tinggal dirumah. Disinilah peluangnya untuk kami beramah mesra dengan tuan rumah yang ayu….Ibu Lily. Manusia yang berhati bersih. Dibibirnya sentiasa menitipkan hanya kata2 yang baik & doa. Masyaallah….sentiasa senyum & tenang orangnya.

Bagi anak2 pula……inilah peluang bermain bersama2 kanak2 sekeliling. Kanak2 disini masih bermain permainan traditional “baling selipar”, menangkap ikan di parit & lumba basikal keliling kampung/perumahan. Subhanallah….what a perfect environment untuk anak ke 3 kami, Syed Hud.

Malam….dinner with Nasi Padang Sederhana. Salah satu nasi padang yang terkenal di Indonesia.

Isnin 28.8.2017

Breakfast….sekali lagi kami ke rumah Pak Ibrahim Al Idrus. Kali ini rumahnya ramai penghuni. Saudara mara dari Banjar menginap di situ bagi menghadiri majlis pertabalan semalam. Beginilah tradisi mereka. Ukhwah dijaga. Saudara mara disambut baik untuk menginap. Tidak hairanlah tidak banyak hotel yang terdapat di Pontianak ini. Sempat pula dia menitipkan sebungkus kopi asli pontianak buat buah tangan kami pulang ke Malaysia. Masyaallah…semoga Allah murahkan rezeki beliau sekeluarga.

Kemudian kami singgah ke kandang kambing. Ya Allah….segala yang baik dari Allah. Dilimpahkan rezeki buat kami untuk membeli seekor kambing untuk korban. Kambing yang besar & sihat dengan harga RM600.00 seeekor. Jauh lebih murah daripada harga kambing di Malaysia. Semoga ibadah korban kami diterima Allah swt.

Pengembala kambing, Pak Osman al Idrus… (nama2 mereka di sini semuanya sama sahaja…sudah ada 3 Osman setakat ini๐Ÿคฃ๐Ÿคฃ๐Ÿคฃ) sentiasa menyebut2 kalimah Allah & selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad saw. Qasidah & bacaan Maulid tidak lepas dari bibirnya. Begitu juga dengan pekerja2 buruh binaan yang kami jumpa di tepian jalan….masyaallah. Mp3 mereka juga hanya kedengaran alunan2 indah itu.

Disinilah kami timbulkan rasa keinsafan buat anak2 & diri kami sendiri. Menyelusuri rumah2 kampung yang kecil dan agak rendah tahap kebersihannya untuk sampai ke kandang kambing. Saya bertanya kepada anak2…sanggupkah kamu tinggal ditempat seperti ini? Semuanya menggelengkan kepala. Saiz ruang tamu mereka hanya boleh diduduki oleh 4 orang tanpa sebarang perabot. Ada rumah2 yang langsung tidak bertikar apatah lagi carpet. Kanak2 tidak berbaju…yang berbaju pun agak lusuh & koyak disana sini. Bekalan air….saya tak pasti namun melihat kepada kedhaifan tersebut, saya andaikan mereka masih belum mendapat bekalan air bersih disini.

Perjalanan diteruskan dengan makan tengah hari di rumah Pak Obek & isterinya Hikmah As Segaf. Pak Obek berasal dari Palembang. Rasa bersalah serta merta muncul apabila kami tiba ke rumah beliau. Rumah yang sederhana namun sambutan & penyediaan makanan untuk kami bagaikan kami ini tetamu besar mereka. Masyaallah tabarakallah….mereka betul2 faham konsep ukhwah & kekeluargaan.

Selepas juadah makan tengahari, dihidangkan pula ’empek-empek’, sejenis kuih gorengan yang berintikan telur rebus. Dimakan dengan sos๐Ÿ˜Š๐Ÿ˜Š

Diperkampungan ini, bekalan air masih belum dirawat. Semuanya mengepam air sendiri secara direct dari sungai. Warna air laksana kopi gula cair namun tiada bau yang kurang menyenangkan & katanya air tersebut bewarna hitam akibat akar pokok yang terendam didalam sungai. Yakin lillah hitaala….airnya suci untuk digunakan. Mudah2han…

Kami pun tanpa ragu2 menggunakan air tersebut untuk berwuduk.

Selesai makan nasi & kuih muih tradisi hidangan Ibu Hikmah Assegaf….kami bergerak ke Istana Sultan Pontianak. Ia terletak berhampiran dengan Masjid Pertama yang dibina di Pontianak.

Kami ke masjid terlebih dahulu. Seusai bersolat jamak qasar Zuhur & Asar kami mengambil kesempatan bergambar di sekitar masjid. Masyaallah….kali ini kami menyaksikan bagaimana kanak2 di sekitar kampung ini mencari duit saku dengan hanya menyusun kasut diluar masjid. Berebut2 menyusun & siap ada ‘abang kawasan’ lagi.

Saya sengaja memerhatikan gelagat kanak2 tersebut. Ada seorang kanak2 kecil yang menyusun kasut. Kemudian datang beberapa orang kanak2 yang lebih besar mengusirnya dari situ. Kemudian, apabila jemaah selesai bersolat, duit sedekah diambil oleh kanak2 yang lebih besar. Menangislah si kecil. Lalu saya menghulurkan wang kepada sikecil yang sedang kesedihan itu. Kasihan…..terasa belas di hati dengan kedaifan hidup mereka. Anak perempuan saya juga turut menjadi saksi kejadian. Moga2 Allah swt membuka pintu hati anak2 saya untuk sentiasa bersyukur dengan nikmat hidup yang mereka kecapi.

Bergerak ke Istana…..

Istana lama yang masih mengekalkan segala ciri2 tradisi. Ia tidak besar & mewah namun masih dijaga rapi dengan sagala perhiasan dalamannya.

Nothing much to tell about here….anda boleh google untuk mengetahui sejarah istana ini.

Lewat petang sewaktu dalam perjalanan balik ke rumah, kami singgah untuk makan durian di tepi jalan. Masyarakat di sini hanya menjual durian bermula pada waktu petang hingga ke malam. Ya Allah….limpahan rezeki yang tidak ternilai. Jika di Malaysia kita dihebohkan dengan harga durian yang melambung naik & ada yang menyifatkan ia hanya makanan orang kaya, namun di Pontianak ini harga sebiji durian hanya RM10-RM15 sahaja. Suami & anak2 saya makan sepuas2nya walaupun hari hujan lebat pada ketika itu. Saya…..oppsss saya tak makan durian huhu. Sedikit rugi disitu ๐Ÿ™‚

Kepenatan & kekenyangan…..kami pulang & masing2 tidur awal pada malam terakhir kami di sini.

Selasa 29.8.2017

Awal pagi seusai subuh…kami sekeluarga beriadah dikawasan perumahan. Kebetulannya memang terdapat kawasan riadah tidak jauh dari rumah yang kami inap. Begitulah kami, sentiasa mengekalkan aktiviti riadah sekeluarga walau dimana kami berada.

Kawasan perumahan ini merupakan tanah2 lot yang dijual. Masih banyak tanah2 lot yang belum terjual & kosong. Masih ada padi2 yang hidup subur ditanah kosong tersebut. Ada juga yang digunakan untuk menanam pokok jambu batu. Hebat….mereka sentiasa berbudi kepada tanah.

Hari ini sekali lagi kami menziarahi Istana kerana kami akan mengadap Sultan Pontianak, Sultan Mahmud Al kadrie yang mengetuai Kesultanan Pontianak Al Kadriah sekarang. Emmmm mudahkan dapat mengadap sultan disini hehehe. Ini kerana Sultan Pontianak masih belum mendapat pengiktirafan dunia atas faktor2 sejarah mereka. Mereka sedang berusaha untuk mendapatkannya semula. Kisah sejarah ini juga anda boleh search sendiri….everything dihujung jari. Tidak perlu saya huraikan disini.

Perjalanan seterusnya ialah ke sebuah pasentren. Ponpes Habib Sholeh Al Haddad. Masyaallah…Allah Hurabbi. Sebuah pasentren yang besar, menempatkan hampir 900 lebih orang pelajar. 400 lebih adalah pelajar perempuan manakala yang selebihnya adalah pelajar lelaki. Pasentren ini dahulunya dibuka oleh Habib Sholeh Al haddad & sekarang diteruskan legasinya oleh anak beliau Habib Hassan Al haddad (berkain pelikat dalam gambar dibawah). Beliau mengembangkan pasentren ini sebaik sahaja menamatkan pengajian di hadraulmaut, Yamen. Kebanyakkan pelajar disini mempelajari taklim & membuat persediaan untuk melanjutkan pelajar ke Hadraulmaut, Yamen. Sejuk mata memandang anak2 disini.

Segala2nya diuruskan dengan baik walaupun jumlah mereka ramai. Insyaallah kambing korban kami akan disembelih disini.

Seterusnya…..

Perjalanan kami sudah hampir sampai ke penghujungnya๐Ÿ˜ข๐Ÿ˜ข๐Ÿ˜ข

Kami pulang ke rumah & packing untuk berangkat pulang ke tanah air tercinta. Perasaan tiba2 jadi sayu….terasa masih belum puas bermesra bersama keluarga disini. Tumpah juga titisan jernih dari bening mataku sewaktu didakap erat oleh saudaraku Lily. I love you sis! Insyaallah….moga2 Allah swt merahmati ukhwah kita & mempertemukan kita sekali lagi dilain masa.

Akhirnya….pada lewat petangnya kami terbang merentasi Laut China Selatan & tiba di KLIA jam 9.00pm. Setibanya di rumah…kami membuka bungkusan kiriman Kak Rita Assegaf….masyaallah segala puji bagi Allah….pelbagai jenis makanan asli Pontianak dititipkan buat kami. Terharu rasanya hati….jauh disudut hati juga rasa malu kerana kami tidak sempat membalas budi semua saudara mara di Pontianak ๐Ÿ˜ข๐Ÿ˜ข

Begitulah sebuah perjalanan indah yang tidak dapat kami lupakan. Segala aturan Allah swt itu adalah yang terbaik buat kami. Semoga ukhwah kekal terjalin. Semoga Allah swt limpahkan segala rahmat & kebaikan buat semua keluarga di pontianak. Makmurkan bumi pontianak & mudah2han perjalanan ini memberi makna yang mendalam buat kami sekeluarga.

Amin Ya Rabbal A’lamin.

2 thoughts on “Kembara Ukhwah Di Bumi Pontianak

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s