Ujian Adalah Tanda Kasih Sayang Allah swt

BENARKAH UJIAN KIFARAH DOSA ?
JANGAN MENGHUKUM DIRI BILA DI UJI.
Apabila kita diuji..
Hati berbisik..
Orang sekeliling menasihati..
“Allah uji sebab nak hapus dosa”
Ya betul…. tapi..
Kita makin sedih.. ….
makin kecewa..
makin meratapi dosa..
ALLAH jua diajukan soalan..
Kenapa dan Mengapa…
Kenapa aku…….
kenapa aku.. …kenapa aku….. ??
Wahai kawan……..
berhenti sejenak……..
Tukarkan fikiran kita yang negatif itu..
Allah dah janji,
INNA MA’AL USRI YUSRO..
INNA MA’AL U’SRI YUSRO
INNA MA’AL U’SRI YUSRO
(setiap kesusahan itu BERSAMA kesenangan)
Nabi Muhammad juga diuji.. ….
bahkan lebih hebat daripada kita…….
adakah kerana DOSA ??
(Allahumma solli a’la saiyidina Muhammad)
Nabi Zakaria dipotong badannya, terputus dua.. ……
adakah kerana DOSA ??
Sumayyah dicampak ke dalam parit api,habis sekeluarga.. ……
adakah kerana DOSA ??
Bilal bin Rabah juga terseksa di dunia.. dihenyakkan batu besar diatas dada..
adakah kerana DOSA ????
Bukan.. bukan.. bukan..
Bukan kerana DOSA semata2..
Allah uji untuk MENAIKKAN DARJAT..
ALLAH UJI SEBAB DIA KASIHKAN KITA.. ALLAH RINDU AIRMATA KITA..
bahagianya !!
Manusia tak suka tengok orang menangis..
Tapi ALLAH suka !!
BILA KITA MENANGIS, MALAIKAT TADAH AIRMATA.. SIMPAN DI AKHIRAT.. AIRMATA KEINSAFAN KITA YANG RINDUKAN DAN TAKUTKAN ALLAH MAMPU MEMADAMKAN API NERAKA..
Jangan prejudis pada Allah apabila diuji..
Jangan menghukum diri apabila diuji..
Lebih baik ambil wudhu’.. solat dua rakaat.. lepas salam.. istighfar dan selawat.. senyum memandang ke langit.. biarlah airmata berlinang.. bisik dalam hati sedalam-dalamnya….
“Ya Allaaaaahhhhhh.. terima kasih kerana TIDAK MELUPAKAN aku..”
Allah itu ADIL..
Allah itu PENUH KASIH SAYANG..
Allah itu PENCIPTA kita..
Siapa lagi nak UJI kita kalau bukan Allah ..
Siapa lagi nak SAYANG kita kalau bukan Allah ..
Siapa lagi nak MULIAKAN kita kalau bukan Allah ..
Jangan berhenti MENGGALI kasih sayang Allah…
ALLAH MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG.
Saya kongsikan secebis pengalaman disini:
Baru2 ni sy dijangkiti influenza B. Ramai yg bertanya, bagaimana rsnya influenza ni….🤔🤔🤔

Mula2 sakit tekak…rasa biasa lagi. Makan strepsil…rasa lega sikit. Minum air kosong berliter2 sebab tekak rasa kering. Sehari selepas itu hidung berair…tak boleh control , sentiasa mengalir cecair dari hidung. Badan seram sejuk & panas dalam. Dalam dada start panas. Rasa mcm sauna dalaman. Kemudian tak boleh tido dah…kejap panas kejap sejuk ketar…sakit kepala. Hilang selera makan😔😔

Allah huakhbar….Masa tu ingat Allah swt….Allah nak duga sy…ingat family especially suami, anak2 & mak. Cakap pd diri sendiri…sy kena kuat.💪🏼💪🏼but….tewas juga😩😩

Apabila ke hospital, confirm influenza B & keradangan hati (sebab tu hilang selera makan). Dalam keadaan sakit…hati sedih sbb suami & anak pun sakit pd ms tu…sy x mampu nak jaga mereka😢

Masyaallah…byk sy berishtifar & berselawat utk menenangkan hati. Alhamdulillah….kesedaran cepat muncul. Cepat2 muhasabah diri apbl perkara2 berikut terjadi:

💙Sakit – Anggap sebagai kifarah. Insyaallah apbl kita redho, dosa2 kecil diampunkan

💙Isolation – Saya diasingkan…apbl doc/nurse/pelawat dtg kena pakai mask. Bayangkan keadaan apbl kita meninggal dunia nnti…langsung x kan boleh bersama org yg kita kenal lagi….ddk sorang2 dlm kubur😫😫 takkan boleh balik ke dunia utk bersama orang tersayang lagi, think positif, alhamdulillah sy hy diasingkan & mereka semua hanya pakai mask…kami msh blh berbual2 sprti biasa. No heart feeling✌🏼

💙Dipisahkan dr anak2 kecil krn bimbang jangkitan – Sedih & kasihan kp anak2…sayu hati yg dah sedia radang😢😢cepat2 muhasabah diri. Allah duga dgn perpisahan bbrp hr shj, bukan selama2nya. Bayangkan betapa sedihnya org yg tiba2 kehilangan anak2 depan mata secara tiba samada akibat sakit/mati lemas/tercekik susu dll.😔

💙Panas dalam dada – masyaallah….sgt2 x selesa rsnya. Namun segera terbayang azab dialam barzakh atau sebelum ke syurga nnti😩😩bagaimanalah panasnya neraka…jika kulit yg dahulunya pernah terbuka aurat, disiat2 & dicucuh api…lebih dahsyat lg panasnya🔥bersyukur krn Allah bg sy rs sedikit kepanasan skrg.

💙Hilang selera makan – Allah sedang mendengar permintaan sy. Kdg kala terlalu control mkn krn bimbangkan kesihatan atau kacau diet. Allah tarik seketika sgl nikmat makanan. Mampu telan sesudu nasi shj😔😔makan apa pun rs x sedap pd ms tu.

Namun….dlm sgl yg sy lalui itu…byk nikmat lain Allah bagi. Masyaallah….kasihnya Allah kp sy😭

❣Allah htr insan2 baik yg bkn saudara mara pun utk meringankan beban sy. Ada rakan yg sudi ambilkan anak dr hostel & bw dia ziarah sy. Ada yg dr jauh kirimkan bunga2/belon/coklat utk menceriakan sy…ada yg dtg bw kopi kegemaran sy…buah2han jgn disebutlah….bilik hsptl boleh jd kedai buah2han🍏🍎🍑🍈🍒🍋🍇🥑🥝

❣Allah htr jiran2 yg baik…yg x putus2 menyediakan mknn buat anak2 kecil sy d rumah. Smpi mknn di rmh pun x termakan juga😃

❣Allah titipkan rakan2 & saudara mara yg mendoakan sy dr pelbagai sudut. Ada yg bw air selawat/yaasiin, supplement dll…masyaallah…terharu rsnya

❣Allah bg kesembuhan & kesegaran segera buat anak perempuan sy yg dijangkiti denggi….dia yg jg sy di hospital, temankan sy dibilik & paksa sy makan💝💝 (mula2 sy risau sy x blh jg dia😬😬)

Alhamdulillah…semua tu mmbuatkan sy bersemangat utk sihat kembali🎉🎊Allah swt maha pengasih & penyayang telah memberi kesembuhan kp sy😍😍

Kesimpulannya di sini….kita mesti redho dgn sgl ketentuan Allah swt. Apa yg Allah susunkan utk perjalanan hidup kita semuanya dgn tujuan yg baik. Apbl musibah menimpa kita…cepat2lah muhasabah diri & kembali kp Allah. Gandakan doa kita & yakin yg Allah swt itu maha mendengar. Segala ujian Allah kp kita itu adalah setimpal dgn kemampuan kita & ada org yg ujiannya lebih dahsyat dr kita. Kdg kala:

1) ada org yg sihat, x pernah sakit, tiba2 meninggal. Diharapnya org sebegitu adalah golongan yg sentiasa bertaubat kpNya.

2) ada org yg sakit bertahun2….byk dia bertaubat & mengingati mati. Akhirnya sihat kembali

3) ada org yg sakit bbrp hari shj, sempat bertaubat tetapi berasa tidak puas krn byk lg yg hendak dilakukan sblm dijemput ilahi. Namun Allah tidak lg memberi peluang kpnya

4) ada org yg meninggal tanpa warning. Contohnya accident atau dibunuh. Keluarga turut menjadi trauma😩

Oleh itu, bersyukurlah dgn sgl kurniaan Allah kp kita. Jgn cepat melatah & putus harapan. Insyaallah ada hikmahnya diatas sesuatu kejadian/musibah. Sentiasa memandang org yg ditimpa musibah yg lebih teruk drpd kita, barulah kita akan rs yg kita still beruntung. Sama2 kita muhasabah diri & saling ingat mengingati antara satu sama lain.

Wallahualam😊

💝Zan Aizan💝

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s