Amalan Wanita Ketika Haid (Uzur Syarie)

Bismillah hirrohmanirrohim….

Wanita, dirimu terlalu istimewa. Hargai dirimu.

Beruntunglah seorang wanita kerana terlalu banyak amal ibadah yang boleh dilakukan & mendapat ganjaran sebagai bekalan ke akhirat. Saya sudah kongsikan amalan-amalan ini di laman muka buku saya “Zan Aizan” pada 20 Ramadhan 1441H. Semoga lebih bermanfaat untuk dikongsikan dari blog ini untuk semua para muslimah sejagat.


Saya juga pernah war-warkan amalan-amalan ini untuk wanita-wanita yang uzur syarie atau dengan kata lainnya Allah Bagi Cuti (ABC), ada yang gusar kerana tak dapat melakukan solat hajat atau membaca yaasiin ketika sedang berhajatkan sesuatu yang besar contohnya semasa anak-anak akan menghadapi exam yang besar. Sekarang saya tambah beberapa perkara untuk kesesuaian di bulan Ramadhan.

Yakinlah, Allah ya Rahman ya Rahim…maha pengasih & penyayang kepada semua makhluk, Dialah juga yang maha mengetahui apa yang terbaik untuk kita semua.

Masih banyak amalan yang boleh dilakukan oleh wanita yang uzur syarie di bulan Ramadhan.
Antaranya:
1. Membangunkan ahli keluarga untuk bersahur
2. Menyediakan makanan untuk keluarganya
3. Bersedekah
4. Berselawat
~ Berselawatlah beratus/beribu2 kali dengan niat yang baik untuk anak dan suami kita. Malahan untuk kesejahteraan keluarga juga. Bacalah selawat apa sahaja:

▶️ Yang simple “Allahumma solli ‘ala muhammadin wa’ala ali saiyidina muhammad” ataupun jika mampu,
▶️ Selawat Tafrijiyah/Nariyah – 100x sehari ataupun jika lebih mampu, menghitung sehingga 4444x ataupun 6666x dlm tempoh yang kita mampu ataupun secara berjemaah
▶️ Selawat Azimiyyah, Selawat Kubro atau Selawat Fatih dan lain-lain
▶️ Atau apa-apa sahaja selawat yang biasa ibu-ibu amalkan. Membaca selawat tidak memerlukan kita berwuduk ataupun berada di tikar sejadah. Jadikan amalan, baca dimana-mana sahaja, sambil melakukan apa-apa sahaja kecuali di bilik mandi/tandas. Jika punya waktu yang cukup, secara beradabnya duduk menghadap kiblat dalam keadaan menutup aurat/sopan. Jika tidak, lakukanlah semampunya.

5. Berzikir. Masyaallah…jika dihitung zikir-zikir yang boleh diamalkan, terlalu banyak! Ikutlah kemampuan masing-masing. Asalkan jangan sampai rasa terbeban. Antara zikir-zikir yang biasa & mudah untuk diamalkan ialah:
▶️ Istighfar: Membaca Astaghfirullah berulang-ulang kali
▶️ membaca Astaghfirullah Halilmukmininawalmukminat (Aku mohon keampunan buat diriku & seluruh muslimin & muslimat)
▶️ Hauqolah – La haulawala quwwata illah billaah
▶️ Tasbih, Tahmid, Takbir: Subhanallah walhamdulillah walaa illa haillallah Allahuakhbar
▶️ Tahlil: Laila haillallah
▶️ Membaca Asmaul Husna
▶️ mengulang-ngulang Hasbi Rabbi jallallah….
▶️ Membaca Al Matsurat dan lain-lain

6. Membaca Ratib. Terdapat beberapa ratib yang boleh diamalkan antaranya:
▶️ Ratib Al Haddad : sebaik-baiknya dibaca selepas Maghrib atau Isyak
▶️ Ratib Al Attas : jika berhajat atau untuk kesembuhan penyakit, bacalah sebanyak 41x
▶️ Ratib Alaydrus Al-Akbar
▶️ Ratib Alaydrus Al-‘Adni
Jika amalan membaca Al Mathurat & Ratib ini memang telah dijadikan sebagai rutin harian sejak bertahun-tahun, maka teruskanlah membacanya walaupun dalam keadaan ABC, kerana ayat-ayat Al Quran yang terkandung di dalamnya telah merupakan zikir-zikir yang kita lafazkan setiap hari.

Kalian boleh download PDF pelbagai ratib, zikir & selawat dari link ini: https://www.academia.edu/14854329/Al_Khulasah_by_Habib_Umar

Cuma, apabila sampai dibahagian Ratibul Fatihah , wanita ABC tidak boleh membaca Surah Al-Fatihah, sebaliknya ia digantikan dengan bacaan berikut:

~ Subahanallah wala ila ha illa Allah Allahuakbar (4 kali) diikuti dengan

~ wala haula wala quwwata illa billah hil’aliyyil’azim,  fi kulli lamhatin ‘abada ‘adadakholk(ق)ih, warido nafsih, wazinata ‘arshih, wamidada kalimatih,

7. Membaca Terjemahan Al Quran ataupun ayat-ayat quran yang memang kita hafal & amal setiap hari. Contohnya surah Al Fatihah, 3 Qul atau Ayatul Qursi yang kita baca sebelum tidur, ketika bangun tidur, ketika nak keluar rumah ataupun ketika nak masuk ke dalam rumah. Bahkan juga ketika memasak.

Bagi pelajar-pelajar di madrasah, ada yang meneruskan bacaan hafalan mereka walaupun ketika ABC kerana itu telah menjadi rutin harian mereka.

Ibu-ibu juga boleh bangun di sepertiga malam seperti biasa & duduk di sejadah sambil membaca ratib & zikir-zikir ini dalam keadaan menutup aurat. Tak perlu ambil wuduk.

Inilah serba ringkasnya yang dapat dikongsikan. Jika tak mampu lakukan semuanya, pilihlah mana-mana yang dirasakan mampu. As long as kita berkehendak, Insya Allah Allah swt berikan ganjaran. Setiap amalan ada ganjarannya, mudah-mudahan Allah memberi ganjaran syurga kepada kita semua.

Selain daripada amalan-amalan ini, wanita juga dituntut menjaga aurat, menjaga aib keluarga & mendidik serta mentaklimkan anak-anak dengan pelbagai ibadah yang lain. Yang penting ibadah dilakukan secara istiqomah walaupun sedikit. Supaya apabila ABC kita semua akan tetap dapat melakukan ibadah tersebut kecuali bersolat & berpuasa.

Ilmu & pengetahuan saya yang cetek ini dikongsi bersama hasil dari curahan ilmu dari guru-guru mulia serta kitab-kitab yang berikut:

1. Almarhum Habib Ahmad Semait – Penulis & penterjemah kitab-kitàb arab serta pemilik kilang percetakan Pustaka Nasional (PN) Singapura
2. Ustazah Thahirah Abdur Rahman – Pendakwah, penulis & penterjemah kitab fiqh (Singapore)
3. Habib Abdul Rahman Al Haddad – Pendakwah & pembimbing di Amanah HAK Shah Alam, Malaysia
4. Ustazah Sharifah Hafsah binti Wan Abdul Rahman – Pembimbing Selawat & Zikir Muslimah Pahang
5. Ustazah Fitrah – Tenaga pengajar di Hadraulmaut, Yamen
6. Ustaz Zubair bin Malik – Pengasas Formula Al Hidayah
7. Ustazah Muzayyanah binti Abdullah – Pendakwah bebas, penulis kitab, Pemilik Al Fawwaz Travel & Tours serta Pusat Tahfiz Darul Fawwaz
8. Rujukan kitab – Permasalah Fiqh terjemahan Al Fadhil Ustaz Muhammad Awis Qarni bin Abdul Wahab (Uwais al Qarni) – Mudir Ribat Mustofa & Ribat Az Zahra Kuantan serta pembimbing Pertubuhan Muafakat Ta’lim Pahang (MTP)

Kitab-kitab ini boleh didapatkan dari mana-mana kedai buku atau secara online:



Sebagai penutup, sudi saya ingatkan, saya bukan asatizah. Jauh sekali sebagai insan yang layak untuk membahaskan apa-apa ilmu Fiqh atau Tasawuf. Saya sekadar berkongsi sedikit ilmu yang dipelajari & saya sendiri amalkan. Mudah-mudahan mampu memberi manfaat kepada golongan hawa yang lain. Kaum ibu mempunyai banyak peluang untuk beribadah, maka jangan disia-siakan peluang yang ada.

Saya berpegang kepada kata-kata hikmah ini:

“Jangan sekadar menjadi pencatat & pembaca, tetapi jadilah pengamal & sebarkan. Semoga kamu beroleh keberkatan daripada apa yang kamu telah usahakan”

Semoga bermanfaat. Wallahua’lam.

Nukilan ikhlas:
Hamba Allah yang fakir
~ Zan Aizan ~

Jalur Gemilang di Bumi Tehran, Iran

Assalamualaikum warrahmatullah

Sempena hari kemerdekaan ke-63 dengan tema Malaysia Prihatin, aku mengambil kesempatan berkongsi rasa; rasa kasih & bangga sebagai rakyat Malaysia Negara tercinta, Malaysia Tanah Airku. Perasaan sebak dan air mata yang mengalir sebaik sahaja Lagu Negaraku dimainkan serta Jalur Gemilang yang dinaikkan di bumi Tehran, Iran kira-kira 3 tahun dahulu (2017). Sungguh aku akui, Malaysia & seluruh rakyatnya adalah sebuah negara yang prihatin yang aku kira mungkin takkan dapat keprihatinan itu di negara lain.

Sebenarnya perasaan ingin menulis sudah lama timbul tetapi dimatikan apabila bimbang tulisanku mungkin akan disalahertikan oleh sesetengah pembaca. Maklumlah ia berkisahkan anakandaku yang dinobatkan sebagai wakil negara yang juara dalam sukan ekuestrian. Moga-moga Allah swt sentiasa memelihara hati kami agar tidak timbul sebarang perasaan riak & ujub.

Namun, umum mengetahui bahawa aku sememangnya seorang yang suka berkongsi rasa melalui penulisan, maka biarlah niatku ini hanya diantara aku & yang Maha Pencipta sahaja yang mengetahui. Aku yang melaluinya, aku yang berada di tempat kejadian, aku saksi kejayaan wiraku dan akulah yang perlu mencatat segala perjalanan kejayaan kecilnya itu. Agar ia menjadi inspirasi kepada yang lain, mudah-mudahan.

Bagi yang mengenali anakandaku, Syed Nuh bin Syed Burhannuddin, beliau dianugerahkan kemahiran berkuda sejak berusia 4 tahun. Ia anugerah yang digilap, perlahan-lahan & berperingkat-peringkat. Bukanlah sedikit masa yang diambil untuk melahirkan seorang juara. Dan tidaklah sedikit juga pengorbanan masa, tenaga & kewangan yang diiringi doa munajat setiap hari dalam tempoh 11 tahun beliau menceburkan diri dalam ekuestrian. Namun ada satu perkara yang aku sendiri kagum dengan keperibadian anakandaku, beliau seorang yang sangat patuh & hormat kepada gurunya. Tidak pernah ku lihat beliau memandai-mandai atau membantah apa pun arahan gurunya. Walaupun kadang kala aku perhatikan dia akan berlatih perkara yang telah diketahui dan sama setiap hari.

Tambahan pula beliau masih bergelar seorang pelajar di Maahad Tahfiz Negeri Pahang. Bahkan beliau juga pada ketika itu sedang diusahakan untuk bergelar seorang hafiz. Alhamdulillah, akhirnya khatam hafazan pada usia 17 tahun. Terlalu banyak cabarannya dalam membesarkan anak yang sedang menghafal kalam suci Allah sekaligus terlibat dalam dunia ekuestrian. Pergaulan, penampilan & makannya perlu diteliti sehalus-halusnya. Oleh kerana itulah, kami sebagai ibu bapanya tidak pernah menghiraukan tohmahan masyarakat yang sentiasa mengejek atau berkata-kata jelek setiap kali kami turut serta di setiap acara yang beliau sertai. Sebut sahaja ke mana ceruk pertandingan yang beliau sertai…semuanya kami jelajahi. Didalam atau luar negara, kami tak pernah melepaskan beliau dari kerdipan mata kami. Hatta ke Australia sekalipun, selain kami, ustaznya turut serta untuk memastikan tasmiknya terjaga.

Berbalik kepada terkibarnya Jalur Gemilang di Tehran, Iran pada 13 Julai 2017……
kami menerima surat jemputan kira-kira 3 minggu sebelum pertandingan. Iaitu pada pertengahan bulan Ramadhan yang mulia. Oleh itu, perasaan kami adalah 50/50. Persediaan yang kurang serta masa yang tidak mencukupi untuk anakanda Syed Nuh berlatih.

Tempat Pertama Individu (CSI Showjumping 100cm-110cm)

Apabila dirisik-risik dengan pihak Ekuestrian Association of Malaysia (EAM), tidak ada negeri/kelab yang sanggup menghantar wakil ke Iran, mungkin atas faktor keselamatan ataupun kerana pertandingan FEI-CSI Showjumping tersebut diadakan ketika umat Islam seluruh dunia masih dalam mood sambutan Hari Raya Aidilfitri. Akhirnya, kami (Aku, suami, seorang jurulatih & anakanda Syed Nuh) bersetuju untuk menerima pelawaan sebagai wakil Malaysia ke Iran.

Kesibukan ibadah di bulan Ramadhan dan persiapan Aidilfitri menyebabkan kami kurang masa untuk membuat research mengenai tempat asing yang bakal kami kunjungi. Pelbagai berita yang kami terima hanyalah mengenai faktor keselamatan yang kurang baik akibat krisis agama/syiah yang sedang melanda bumi Iran pada ketika itu. Komunikasi diantara aku & pihak Federation Of Iran juga kurang memuaskan. Oleh itu kami tidak mendapat info yang begitu terang & jelas mengenai perjalanan kami. Kos yang perlu dibayar juga hanya diterima kurang dari 24 jam sebelum perjalanan kami. Oleh itu, aku & suami hanya sempat mempersiapkan roaming credit card & bercadang untuk menggunakan bayaran atas talian sahaja.

Aku masih ingat, merayakan hari raya selepas tamat puasa sunat Syawal di Tehran. Kami terbang pada 8 Julai 2017 (14 Syawal 1438H). Kami menggunakan Thai Airways, transit di Bangkok, Thailand sebelum meneruskan perjalanan ke Tehran, Iran. Tiba di Tehran pada jam 8.30pm yang suhunya mencecah 40°C-41°C pada hari ketibaan kami.

Malam pertama di hotel, kami sudah diuji Allah swt. Bermalam di bilik yang mengalami masalah aircond & tidur dilantai untuk mengatasi kepanasan.

9 Julai 2017 (Day 1)

Bermulalah perjalanan kami di bumi Tehran, Iran yang asing. Awal pagi apabila kami turun ke lobi hotel, sudah disediakan seorang Pengawal (Bodyguard) oleh pihak Federation of Iran. Katanya atas faktor keselamatan, setiap team yang datang dari negara luar akan disediakan seorang bodyguard yang akan sentiasa berada di hotel atau mengekori kami walau kemana kami pergi. Oleh kerana masalah bahasa yang kami hadapi (bahasa Parsi), maka kami tidak dapat berkomunikasi dengan baik bersama bodyguard yang kami sebut “Tom Cruise”.

Perjalanan sukar kami bermula apabila kami tidak dibenarkan melangkah keluar dari hotel tanpa kebenaran pihak federation. Dalam kedaaan yang amat sukar untuk berbincang kerana Tom Cruise tidak tahu berbahasa Inggeris manakala kami pula tidak pandai berbahasa Parsi, maka kami bertegang urat laksana “ayam & itik”. Akhirnya, kami berjaya menghubungi pihak federation dan mendapatkan penjelasan.

Namun, ia tidak berakhir di situ. Apabila seorang tourist agent pula datang ke hotel & memperkenalkan diri sebagai pengurus perjalanan kami bagi keseluruhan tempoh kami berada di Tehran. Kami dimomokkan dengan keadaan perang & krisis yang sedang melanda Iran. Katanya keadaan adalah tidak selamat untuk kami keluar tanpa tourist guide. Kami diminta untuk membayar sejumlah wang bagi tujuan tersebut. Sedangkan kami tidak diberitahu akan hal itu sebelum kedatangan kami ke Tehran. Seingatku untuk keseluruhan servis & penginapan, kami dikehendaki membayar lebih daripada RM10,000.00 secara tunai. Walhal aku pada ketika itu tidak punya cash dalam tangan. Manakala suamiku juga tidak punya wang tunai sebanyak itu. Sesungguhnya kami tidak tahu bahawa kerajaan Iran telah menyekat semua transaksi on9 dari negara luar. Separuh hari kami habiskan di lobi hotel, berbincang yang macam bergaduh, minta kurang dan sebagainya kerana semuanya diluar pengetahuan kami & kami tidak bersetuju mengenai beberapa perkara terutamanya caj perkhidmatan bas yang akan berulang alik ke tempat pertandingan. Kami berterusan diminta/paksa membayar pendahuluan sebelum membenarkan kami melangkah keluar dari hotel tersebut.

Masalah timbul apabila pihak negara Iran tidak membenarkan sebarang transaksi on9. Penggunaan Kad Kredit dari negara lain juga tidak dibenarkan. Bayangkanlah…buntu juga apabila memikirkan, dari manakah kami perlu dapatkan wang tunai sebanyak itu? Kami tiada kenalan di Tehran. Penggunaan aplikasi FB juga disekat di Iran. Rupa-rupanya mereka aktif dalam penggunaan aplikasi viber berbanding whatsapp.

Kami cuba menghubungi staff kami di Malaysia, malangnya perbezaan waktu membataskan urusan perbankkan. Akhirnya…suamiku membayar sedikit wang yang ada ditangan sebagai menamatkan perbincangan yang tiada kesudahan. Kami minta ehsan agar sedikit wang berbaki untuk bekalan kami berbelanja & makan.

Maka…selepas tengah hari kami dibenarkan berjalan keluar dari hotel tetapi tetap di escort oleh Tom Cruise. Berjalan laksana pelarian, tiada wang untuk berbelanja & otak ligat berfikir bagaimana jalan terbaik untuk keluar dari masalah ini. Kami bersependapat untuk membatalkan hasrat menyertai pertandingan dan ingin pulang ke Malaysia. Namun, setelah melihat kos penerbangan, kami batalkan hasrat. Tambahan pula kami tidak boleh membuat sebarang bayaran atas talian.

Berjalan dan terus berjalan, melangkahkan kaki di bazar-bazar Tehran, bukan untuk membeli belah tetapi bertanya dari kedai ke kedai, siapakah yang sanggup swepkan kad kredit suamiku & menukarkan transaksi tersebut agar kami boleh mendapat wang tunai. Ada juga yang mencadangkan kami terbang ke Dubai untuk mengeluarkan wang tunai dari bank di sana. Oh…kos penerbangan ke Dubai pula yang harus difikirkan.

Masyaallah…aku masih ingat, sebelum aku memulakan perjalanan, aku mohon restu & doa dari guruku. Katanya “Zan…jangan tinggalkan amalanmu (mengumpul bacaan Selawat Tafrijiyyah sebanyak 4444x). Yakin dengan apa yang kamu amalkan. Ingat, mohon perlindungan dari Allah swt dalam setiap helaan nafasmu. Baca Ratib Al Attas setiap hari” Itulah yang menjadi penguat semangatku. Dari mula perjalananku, aku iringi dengan kalimah Selawat Tafrijiyyah sepanjang perjalanan sehingga ke saat aku dalam kegusaran. Terima kasih Guru!

Maka dengan izin Nya…tak semena-mena kami dipertemukan dengan seorang peniaga yang fasih berbahasa Inggeris dan menyarankan kami agar meminta bantuan di Kedutaan Malaysia. Beliau turut memarahi Tom Cruise yang tidak membantu pelancong seperti kami. Malahan membuatkan kami rasa tidak selamat berada di Tehran, Iran.

10 Julai 2017 (Day 2)

Pagi itu kami berkobar-kobar untuk ke Kedutaan Malaysia. Suamiku telah berjaya menghubungi sahabatnya di Kementerian di Putrajaya dan pihak kerajaan Malaysia telah memaklumkan kedatangan kami kepada pihak Kedutaan Malaysia di Tehran. Bersegera kami bersiap. Namun malangnya Tom Cruise, tourist agent & pihak federation terlebih dahulu bersedia di lobi hotel. Lebih malang lagi, pihak hotel juga menahan passport kami. Mereka meminta bayaran penuh sebelum kami meninggalkan hotel. Ataupun hanya suami ku sahaja yang dibenarkan ke kedutaan manakala aku, anakku & jurulatih hendaklah tetap berada di hotel sebagai cagaran yang suamiku akan pulang semula ke hotel bersama wang tunai bagi melunaskan segala bayaran. Pertengkaran demi pertengkaran berlaku di lobi hotel.

Aku…menangis dalam menyebut kalimah Allah…Allah…Allah😢😢 La haulawalaa quwata illa billah….serah semuanya pada Allah sahaja

Ya Allah ya Muhaimin…

Dalam kekalutan itu, air mataku bagai hujan turun dalam cuaca panas yang melanda Iran. Sambil lidah tidak pernah berhenti dengan selawat. Rasanya semakin laju & banyak aku berselawat sehingga akhirnya aku sudah tidak terkira akan selawatku lagi. Sehinggalah suamiku berjaya mendapatkan passport kami, setelah menghubungi pihak kedutaan & memaklumkan masalah kami. Namun, kami tetap di escort juga oleh Tom Cruise ke kedutaan.

Setibanya di Kedutaan Malaysia….

Masyaallah….ku kira atas keberkatan selawat & anakandaku yang menjaga segala kalam Allah dalam dadanya, kami disambut baik oleh pihak kedutaan. Feels like home! Air mata syukur mengalir, terasa tidak mahu balik lagi ke hotel tersebut.

Pihak kedutaan bersungguh-sungguh membantu kami agar kami berjaya membuat transaksi pemindahan wang tunai dari Malaysia ke Iran, melalui akaun kepunyaan seorang rakyat Iran yang pernah bekerja di Malaysia. Oleh itu, beliau mempunyai akaun Maybank yang membolehkan staff kami memasukkan wang ke akaun beliau & beliau mendahulukan wangnya kepada kami. Tidak semena-mena, jiranku yang juga seorang rakyat Iran telah meminta pertolongan kakaknya yang kebetulan berada di Iran untuk menghantarkan sejumlah wang tunai kepada kami setelah aku berjaya berkomunikasi dengan beliau melalui whatsapp. Pihak kedutaan juga telah menghubungi pihak Federation of Iran agar membebaskan kami dari di escort oleh Tom Cruise. Mereka memberi jaminan bahawa Tehran adalah tempat yang selamat untuk kami lawati. Pergolakan hanyalah berlaku jauh di luar Tehran & tidaklah extreme seperti yang digembar-gemburkan oleh media barat. Akhirnya…setelah seharian dilayan seperti raja di Kedutaan Malaysia, kami dapat bergerak bebas. Kami juga diberikan penginapan yang lebih baik & kenderaan yang akan memindahkan kami dari hotel ke homestay tersebut. Tabarakallah. Syukur, Ya Allah.

Bukankah sudahku katakan….rakyat Malaysia sangat prihatin!

Subhanallah…

11 Julai 2017 (Day 3)

Kami diperkenalkan kepada para peserta dari negara lain. Agak menggerunkan kerana masing-masing memperkenalkan diri sebagai wakil-wakil negara yang hebat beserta tayangan-tayangan video kejayaan masing-masing. Manakala anakandaku pula, tidak berbual dengan sesiapa pun bahkan melarangku mempertontonkan sebarang videonya beraksi di mana-mana sekalipun. Aku akur dengan kehendak anakandaku kerana aku faham, itu adalah sifat semulajadinya.

Kemudian kami dibawa ke tempat pertandingan untuk undian kuda. Ketika ini, aku serahkan segala hal kepada jurulatih, Cikgu Paiza Md Dom & anakandaku. Sedangkam suamiku masih bertungkus-lumus meminta pengurangan caj ke atas kami sebagai ibu bapa yang mengiringi “rider” iaitu anak kami yang masih di bawah umur. Sekali sekala aku menjadi translater diantara suamiku dan tourist agent serta pihak federation. Keadaan masih tegang dengan ketegasan tourist agent yang enggan bekerjasama, manakala pihak federation pula cuba untuk lepas tangan. Akhirnya, tiada kata sepakat yang dipersetujui pada hari tersebut.

12 Julai 2017 (Day 4)

Pertandingan pertama dimulakan. Pertandingan secara gandingan berpasukan bersama rider Iran. Kuda yang telah diundi semalam dikeluarkan oleh penjaga kuda. Sebagai rider atau tetamu, peraturan terlalu ketat, kami tidak dibenarkan untuk melihat atau bermesra dengan kuda terlebih dahulu. Anakanda Syed Nuh juga hanya dibenarkan mencuba kuda tersebut sehari sebelum pertandingan dalam tempoh 20 minit sahaja. Kami akur semua peraturan yang ditetapkan.

Cuaca semakin panas, dan aku tiada pergantungan lain selain Allah swt. Apabila anakku mula beraksi, ketika itulah juga kamera ku rosak. Tak mengapalah, aku gunakan handphone sahaja untuk merakam. Manakala mulutku terkumat kamit dengan membaca kalimah dari Surah Yasin Ayat 82 berulang-ulang kali disepanjang pertandingan.

إِنَّمَا أَمْرُهُ إِذَا أَرَادَ شَيْئًا أَنْ يَقُولَ لَهُ كُنْ فَيَكُونُ

Innama Amruhu Idza Arada Syaian An Yaqula Lahu Kun Fayakun

Artinya :
Sesungguhnya urusannya-Nya apabila Dia menghendaki sesuatu hanyalah berkata kepadanya, Jadilah, Maka jadilah ia.

Kerana apa? Kerana kuda yang jauh lebih besar dari kuda di Malaysia, cuaca yang panas & anakandaku beraksi di tempat yang baru & asing. Manakala pihak federation pula kelihatannya tidak begitu mesra dengan kehadiran kami yang mencetuskan pelbagai kontrovesi sebelum pertandingan bermula. Amat terasa seperti kami tidak dialu-alukan di arena tersebut.

Alhamdulillah….petang itu air mata kami sama-sama tumpah apabila anakandaku Syed Nuh berjaya meraih kedudukan di tempat ke tiga dalam acara berpasukan. Kami sudah terasa seolah-olah ingin pulang ke Malaysia pada petang itu juga, kerana sambutan dingin yang kami terima dari pihak penganjur & tourist agent yang mengelola perjalanan dari hotel ke arena pertandingan. Namun, semangat masih kuat membara. Masing-masing meneruskan munajat dimalam hari, mohon Allah swt berterusan membantu kami & memberikan kejayaan buat anakandaku.

Tempat ke-3 Acara berpasukan

13 Julai 2017 (Day 5)

Sebaik tiba diarena, tiada lagi pertegangan urat pada hari ini. Pihak federation telah bersetuju untuk membatalkan beberapa bahagian pembayaran kepada kami. Manakala suamiku telah melunaskan bayaran kepada pihak pengurusan. Aku terasa sedikit tenang & lega. Namun tidak akan sesekali lupa untuk meneruskan doa & selawat ke atas junjungan besar Nabi s.a.w.

Walaubagaimanpun, kami kehairanan kerana anakandaku kehendaki mengundi semula, kami dimaklumkan ada pihak yang tidak berpuas hati dengan undian yang sebelumnya. Maka kuda anakandaku telah bertukar dari kuda asal yang telah diundi kelmarin. Tawakkal kepada Allah swt….Dia yang mengaturkan segalanya, yakinkan anakandaku bahawa segala aturan Allah itu adalah yang terbaik. Maka, jangan gentar! Perjuangan belum berakhir! Yakin yang kamu adalah rider yang mampu menggunakan apa sahaja kuda yang diberikan. Kekuatan atas dirimu, bukan bergantung kepada kudamu yang bagus sahaja!
Begitulah peranannya ibu & ayah disisi, walaupun kami sendiri berdebar tetapi terpaksa memberi kata semangat kepada anak muda berusia 15 tahun itu.

Subhanallah….dengan izin Nya, inilah hari paling bersejarah bagiku apabila akhirnya anakandaku Syed Nuh dinobatkan sebagai juara dalam acara individu menewaskan semua wakil-wakil negara asia yang lain, Syria & Iran sebagai tuan rumah.

Lagu Kebangsaan di Tehran, Iran

Aku benar-benar menangis tersedu-sedan tatkala mendengar laungan Lagu Negaraku di bumi Tehran. Sebak seolah-olah tidak boleh bernafas menyaksikan Jalur Gemilang dinaikkan di tiang bendera manakala anakandaku Syed Nuh berlari bersama kudanya membawa Jalur Gemilang mengelilingi arena sebaik segalanya selesai diraikan. Begini rupanya perasaan apabila Lagu Negaraku dimainkan di negara orang. Tatkala itu, kami dihampiri oleh Duta Iran, pihak Federation of Iran & para media untuk bergambar & liputan media. Puteri-puteri Raja Syria juga turun untuk meraikan kejayaan Malaysia. Masing-masing tidak putus-putus mengucapkan tahniah. Ucapan tahniah dari Equestrian Association of Malaysia, Majlis Sukan Pahang & rakyat Malaysia juga bertalu-talu masuk ke handphone ku.  Tangisan demi tangisan, hanya aku yang lalui…hanya aku yang tahu, sujud syukur juga entah berapa kali. Syukur Alhamdulillah…. Engkau berikan ujian & kepayahan kepada kami selama beberapa hari tetapi akhirnya Engkau jua yang memberikan ganjaran terbaik kepada kami, sebagai wakil membawa nama Negara. Dan paling utama, demi agama kerana setahu aku, anakandaku Syed Nuh merupakan rakyat Malaysia , Melayu & Islam pertama yang meraih kejayaan sebagai juara dalam sukan ekuestrian di luar negara. Terima kasih Ya Allah!

Syed Nuh di Podium


14 Julai 2017 (Day 6)

Kami berpindah dari hotel ke homestay yang disediakan oleh pihak Kedutaan Malaysia. Sebelum berpindah, masih berlaku sedikit pergolakan diantara kami & pihak hotel apabila tidak dibenarkan masuk untuk mengambil barang2 anakanda dari biliknya. Akhirnya, dengan escort by security, kami berjaya membawa keluar semua luggage kami. Bermalam di situ selama 2 hari, menikmati keindahan kota Tehran & seterusnya pulang ke Malaysia dengan selamat.


Bohonglah jika aku katakan tidak ada sedikitpun perasaan bangga yang wujud di saat anakandaku dinobatkan sebagai juara, wakil negara. Tetapi perasaan itu terpaksa ku kawal & tidak perlu bermegah-megah kerana semua itu hanya ujian dari Allah swt. Harus diingat, kejayaan & kekayaan merupakan ujian terbesar kepada manusia.

Mudah-mudah hati kami sentiasa terpelihara dan tidak berbolak balik.

Sebaik pulang ke tanah air, anakanda Syed Nuh di rai & mendapat liputan media walaupun ia tidaklah se gah sukan Asia ataupun Olimpik. Umum mengetahui, sukan ekuestrian bukanlah sukan yang popular di Malaysia. Namun bagiku, itulah sebenarnya tapak permulaan untuk umat Islam membuktikan bahawa sukan berkuda sememangnya sukan sunnah yang patut diterapkan dalam masyarakat kita sejak dari kanak-kanak. Tiadalah niat kami untuk membuktikan apa-apa kepada masyarakat tetapi cukup sekadar membuka minda masyarakat bahawa pelajar tahfiz juga mampu bersaing diperingkat antarabangsa dalam sukan ekuestrian yang dikatakan sukan elit.

Link berita akhbar: https://www.thestar.com.my/metro/scoreboard/2017/08/08/equestrian-rider-turning-heads-after-winning-medals-in-iran/


Apa yang ingin ku sampaikan ialah, sesungguhnya aku bersyukur dengan segala kurniaan Allah swt. Walaupun perit & payahnya perjalanan kami di bumi Tehran, tapi Allah swt tidak pernah meninggalkan kami. Sentiasalah bersangka baik dengan Allah swt.

Lantas, apa maksud dari kalimat ini dan ditujukan untuk siapa hingga diulang sampai 31 Kali dalam surah Ar Rahman:

فَبِأَيِّ آَلَاءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ

“Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan”

Akhir kata…jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam kejayaan anakanda Syed Nuh mengharumkan nama negara secara langsung atau tidak langsung:
1. Juru latih Cikgu Paiza Md Dom, Wan Mohd Nasrullah, Iman Zairi, Firdaus Ghazali, Zul Khairi, Izad Rusdhi dan semua yang terlibat di Tg Lumpur Equin Club
2. Pihak Yayasan Pahang
3. Pihak Maahad Tahfiz Negeri pahang
4. Pihak Equestrian Association of Malaysia (EAM)
5. Kerajaan Negeri Pahang
6. Majlis Sukan Negeri Pahang

7. Federation Of Iran

8. Kedutaan Malaysia di Iran
9. Staff Skybo yang terlibat (Nur Ain, Nor Fazira, Rosfazilah & Nur Zakiyyah), guru yang aku muliakan Ustazah Sharifah Hafsah binti Wan Abdul Rahman, Kaum Keluarga & semua yang mendoakan serta semua yang terlibat

Anugerah Yayasan Pahang 2019



Semoga Allah swt rahmati kalian & memberikan ganjaran diatas segala kebaikan kalian. Yang baik datangnya dari Allah swt & kita jadikan teladan, yang buruk dari khilafku sendiri & kita jadikan sempadan.


Jazakumullah hukairan
Wassalam.

Kenangan anakanda Syed Nuh bersama kudanya Skybo As Sakaf ketika beliau berusia 11 tahun

Hamba Allah yang fakir: Zan Aizan

Kelebihan & Fadhilat Surah Yassin

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ Bismillahirrahmanirrahim

Nabi SAW dalam sebuah Hadis yang diriwayatkan oleh Sahabat Anas : ( Maksudnya ) : ” Sesungguhnya setiap sesuatu itu ada jantung hatinya. Jantung hati AL-QUR’AN adalah surah Yasin. Sesiapa yang membaca surah ini, maka Allah swt akan menetapkan ( pahala ) baginya seperti membaca Al- Qur’an sepuluh kali. ” ( Al-Hadist ) .

Ramai diantara kita sudah tahu pelbagai kelebihan & fadhilat membaca surah yassin. Bukan sahaja dibaca pada malam jumaat atau pada hari/masa tertentu tetapi surah ini amat baik jika dibaca setiap hari. Kelebihan-kelebihan yang banyak itu bolehlah tuan puan cari dari buku-buku atau blog-blog yang lain. Insyaallah….ada banyak rujukan yang baik untuk dilayari.

Dalam entri kali ini saya ingin berkongsi pengalaman saya sendiri dengan surah ini. Surah yassin adalah antara surah favourite saya kerana, umumnya kita sudah biasa mendengar bacaan yassin dalam majlis-majlis atau di surau-surau sejak kita kecil lagi. Secara tidak langsung ia menjadikan kita mudah untuk membacanya malahan ramai orang yang mampu menghafalnya.

Throwback pengalaman saya pada tahun 2005:

Semasa nak melahirkan anak ke 2, kedudukan baby adalah dalam keadaan songsang tahap 4 (kedudukan baby berdiri tegak) di minggu ke 39. Mengikut kata tuan doktor, memang impossible utk saya bersalin secara normal. Bila scan, kaki baby tidak langsung berada di jalan keluar. So doktor pun terus set tarikh untuk melakukan pembedahan (ceaser).

Doktor juga berpesan agar saya tidak sekali-kali mencuba sebarang urutan tradisional & sebagainya. Katanya di minggu ke 39 itu, kedudukan bayi memang tidak akan berpusing lagi akibat ruang yang sudah padat. Jika kita dengan sengaja memaksa bayi untuk berpusing dengan cara urutan, dibimbangi tali pusat akan membelit/menjerut leher bayi. Itulah nasihat doktor kepada saya.

Pada ketika itu, dengan ilmu yang sangat cetek, apa yang terlintas di benak fikiran saya ialah membaca surah yassin. Ini kerana apa yang pernah di pesan oleh ustazah saya masa sekolah dulu, membaca surah yassin mampu membantu memudahkan sebarang urusan. Oleh kerana itu, kami disuruh menghafal surah yassin. Alhamdulillah…keberkatan ilmu itu dibawa ke alam rumah tangga.

Lalu saya mula membaca surah yassin setiap kali selesai solat maghrib, selama 7 hari berturut-turut & minum serta mandi menggunakan air yassin tersebut. Sebelum baca, berniat & berdoa bersungguh-sungguh, mohon agar Allah swt memberikan bantuan & apa sahaja keajaiban agar saya boleh bersalin dengan normal & baby dalam kandungan sihat walafiat.

Amazingly, dengan izin Allah swt, pada hari saya dijadualkan warded untuk ceaser (minggu ke 40), segalanya dibatalkan kerana baby telah berpusing dalam kedudukan bersedia untuk dilahirkan secara normal. Kepalanya telah berpusing ke bawah & bersedia untuk keluar pada bila-bila masa.

Subhanallah….Maha Suci Allah! Doktor pun sangat terkejut & berkali-kali menyoal saya samada ada pergi berurut atau tidak. Saya hanya memaklumkan amalan saya sahaja. Terpulanglah pada tuan doktor tersebut untuk mempercayainya ataupun tidak. Alhamdulillah 2 hari selelas itu, sy bersalin secara normal.

Lebih menerujakan lagi….pada hari saya ingin melahirkan, doktor lelaki yang biasa melakukan check up tidak sempat untuk datang & dia digantikan pula dengan seorang doktor wanita. Masyaallah…..itulah keajaiban yang Allah swt tunjukkan atas doa2 yang selama ini saya titipkan. Maklumlah, nawaitu untuk bersalin dengan bantuan doktor perempuan itu sentiasa wujud sejak dari awal mengandung lagi.

Kun fa ya kun….

Begitulah mukjizatnya jantung Al Quran ini jika kita istiqomah membacanya dengan yakin & berserah sepenuhnya kepada kuasa Allah swt. Tiadalah daya kita sebagai hamba ke atas sesuatu, melainkan Allah swt jualah yang maha berkuasa.

Selain daripada itu,

Ayat 82:

إِنَّمَا أَمْرُهُ إِذَا أَرَادَ شَيْئًا أَنْ يَقُولَ لَهُ كُنْ فَيَكُونُ

Innama Amruhu Idza Arada Syaian An Yaqula Lahu Kun Fayakun

Artinya :
Sesungguhnya urusannya-Nya apabila Dia menghendaki sesuatu hanyalah berkata kepadanya, Jadilah, Maka jadilah ia. Qs. Yasin : 82

Merupakan ayat yang paling kerap saya amalkan sebagai doa harian ataupun apabila berhajatkan sesuatu. Just baca berulang-ulang kali. Insyaallah dengan izin Allah swt yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani, segala hajat kita akan dikabulkan.

Begitulah sedikit sebanyak pengalaman yang dapat saya kongsikan. Saya sekadar menyampaikan satu ayat agar bermanfaat untuk semua. Semoga entri ini bermanfaat untuk semua orang yang berkehendak mendapatkan ilmu & mengamalkannya.

Wallahualam

Anakanda Sharifah Zahraa’ Al Khered yang selamat dilahirkan pada tanggal 23 Oktober 2005.

What is Schizophrenia (Ibundaku Skizofrenia)

Assalamualaikum Warrahmatullah……

Dengan rahmat dan limpah kurnia dari Ilahi, syukur alhamdulilah aku dapat mencoretkan nukilanku ini. Moga2 perkongsian ini membuka minda lebih ramai masyarakat mengenai penyakit psikologi.

Wahai ibu…..

Kasihmu tidak bertepi. Tidak mungkin dapat ku balas walau sebesar zarah sekalipun pun. Mudah2han Allah swt ampunkan segala dosa2ku terhadapmu dan mudah2han Allah s.w.t sentiasa memeliharamu samada di dunia mahupun di akhirat. Sayangnya aku terhadap dirimu tidak akan mampu tandingi kasih sayangmu terhadapku.

Duhai ibu…..maafkan anakmu yang kadang kala gagal memelihara hatimu agar sentiasa tenang & gembira.

Teman2 yang dimuliakan, coretan ku ini hanyalah sekadar perkongsian perjalanan hidup aku bersama ibuku. mungkin juga ia boleh dijadikan perkongsian yang baik buat teman2 diluar sana atau sekurang2nya, jika ada yang senasib dengan ku maka ia dapat dijadikan perkongsian ilmu bersama.

Ibu ratu hatiku…..sentiasa cantik dihatiku. Walau berapa pun usianya.

Alhamdulillah aku diberi peluang untuk tinggal sebumbung bersama ibuku sejak 22 tahun lalu (1997 hingga sekarang) selepas tamatnya alam persekolahan.

Syukur kehadrat Ilahi kerana menganugerahkan aku seorang suami yang berhati mulia kerana membenarkan ibuku tinggal sebumbung bersama kami dan memenuhi segala keperluan ibu tanpa sedikit pun kekurangan.

Ibu pengidap Skizofrenia.

Ia berpunca daripada kegagalan rumah tangga dan kurang sokongan dari keluarga sendiri, hati yang terluka memakan diri. Walaubagaimana sedih pun aku mengenangkan nasibnya namun tiada daya ku untuk membantunya apatah lagi memulihkan keadaan pada ketika itu kerana aku masih terlalu kecil.

Apa yang berlaku kepada ibu?

Cukup sekadar aku tuliskan, dia melalui penderaan mental & fizikal daripada sebuah perkahwinan yang gagal serta tidak mendapat sokongan dari keluarga setelah berpisah dari anak2nya.

Definisi : Skizofrenia adalah gangguan psikologi/kejiwaan yang disebabkan oleh kelainan secara kimiawi pada otak, yang pada akhirnya mengganggu fungsi sistemik dan impuls saraf otak. Kondisi ini mengakibatkan kegagalan fungsi otak dalam mengolah informasi dari otak dan ke panca indera, sehingga timbul reaksi yang tidak sepatutnya.
Ciri-ciri umum penderita skizofrenia :
– Munculnya halusinasi baik secara visual, pendengaran atau ingatan masa lalu, dll
– Tingkah laku abnormal & berdasarkan naluri

– Delusi adalah keyakinan bahwa seseorang seolah-olah mengalami sesuatu (alam khayal)

– Komunikasi kacau, suka menyendiri dan tidak dapat dikontrol.

– Sentiasa rasa tidak selamat terutamanya ditempat baru atau bersama kenalan baru

Buku Rekod Temujanji Pakar Psikiatri Sejak 2001

– Baca selanjutnya di sini mengenai skizofrenia di link ini 👇👇👇

http://www.abualbanicentre.com/artikel/10-penyakit-gangguan-kejiwaan-yang-paling-berbahaya

Ya…begitulah keadaan ibu sebelum ini…ia bermula lebih kira-kira 30 tahun yang lalu.

Aku percaya Allah swt itu maha Adil. Setiap kejadian itu sudah pasti ada pelbagai hikmahnya. Dan yang pasti ujian itu diturunkan kepada manusia setimpal dengan kemampuan manusia tersebut.

Bagaimana aku menguruskan ibu?

Aku membawanya berjumpa pakar psikiatri di Hospital Tg. Ampuan Afzan Kuantan Pahang mengikut appoinment yang ditetapkan & sentiasa menjaga emosi ibu, aku juga sentiasa alunkan bacaan Al Quran serta zikir2 di rumah untuk suasana yang tenang.

Ibu yang dahulunya aktif & tidak dapat dikawal, kini telah 85% normal.

Berdiam diri di rumah, tidak lagi keluar merayau-rayau atau membaling batu terhadap kenderaan orang. Dia juga tidak lagi marah2 jika ada tetamu yang bertandang ke rumah. Kes terakhirnya ialah pada penghujung tahun 2001. Dimana di pernah memukul tetamu pada waktu malam sewaktu tetamu sedang lena diulit mimpi. Semua itu berpunca daripada halusinasi yang dialaminya.

Sekarang tidak lagi.

Makan minumnya ku jaga sebaik mungkin. Kami hidup dengan bahagia dan beliau mampu menjadi penghibur & peneman anak2ku. Aku dibantu oleh kakak ku yang tinggal berdekatan. Boleh dikatakan hampir setiap hari kakak datang melawat ibu. Dialah juga yang menawarkan diri untuk mengambil tanggungjawab untuk membawa ibu berulang alik ke hospital untuk sebarang appointment bersama pakar perunding psikologi di hospital. ketika ketiadaan ku atas urusan luar, kakak jugalah yang menguruskan segalanya tentang ibu.

Manakala kakak yang lainnya pula sentiasa memenuhi keperluan ibu yang lain terutamanya bab pakaian & sentiasa datang melawat ibu untuk menggembirakan ibu. Begitu juga abangku yang datang menziarahi ibu untuk mengubati rindu.

Kami sayang Ibu/Tok

Dipermulaannya…ketika aku mula membawa ibu tinggal bersamaku, usiaku 19 tahun. Masih menuntut & bekerja part time untuk menyara ibu. Kadang kala, terus terang aku katakan yang aku juga pernah hilang sabar dengan kerenahnya namun selepas berishtifar dan mengucap kalimah shahadah, aku sedar yang dosaku terlalu besar untuk diampunkan.

Akhirnya, aku mengambil langkah muhasabah diri. Perbetulkan imanku dan meningkatkan kesabaran ku dengan senantiasa mengingati Allah s.w.t. Sentiasa tanamkan dalam hati, yang aku terpilih oleh Allah s.w.t untuk berbakti kepada ibuku.

Syukur Ya Allah…..

Sedikit demi sedikit….tahun demi tahun, semakin lama menghampirkan diri kepada Allah aku mampu mengawal emosi ku walaupun aku akui…ia bukan 100% dan sehingga ke hari ini kau masih berusaha memperbaiki imanku. Setiap kehendak ibu aku ikuti selagi ia bukan benda yang salah.

Atas saranan doktor juga, adalah lebih baik jika ibuku dibiarkan sibuk bersama cucu2nya kerana ibu mempunyai sifat penyayang terhadap darah dagingnya sendiri (tidak untuk orang luar). Ibu sentiasa gembira bersama 4 orang anak2ku serta cucu2nya yang lain.

Disamping itu….ku hantar ibu mendekati diri kepada Allah s.w.t. Untuk beberapa tahun dia mengikuti kelas pengajian Al Quran….berkawan & menceritakan hal anak2 sesama rakan sebayanya. Aku sentiasa membayangkan, begitulah ibu pada permulaan dia menghantarku ke tadika. Sehingga dia khatam pengajian Al Qurannya….aku ambilkan pula ustazah untuk datang mengajarnya dirumah. Dia kelihatan lebih tenang.

Bagaimana suasana rumah kami? Aku biasakan suasana rumah dengan alunan Ayat-Ayat Suci Al Quran. Kerana padaku… ia mampu mengubah molekul makanan/minuman dan mampu mengubah emosi menjadi lebih tenang juga. Apabila kami berada dirumah kami sentiasa menjadikan amalan solat berjemaah dirumah, bertahlil, bertasmik & bertasbih bersama suami, ibu & anak2ku. Jika kami ke masjid/surau untuk sebarang acara terutama solat terawih, ibu juga ku bawa sekali.

Setiap minggu ku bawa ibu hadir ke kelas Selawat & Ratib, belajar melazimi lidah dengan bacaan pelbagai zikir untuk pengisian rohani. Bukan untuk ibu sahaja, malahan untuk diriku jua.

Hatta kami juga pernah membawanya menunaikan Umrah pada tahun 2007. Alhamdulillah…segalanya telah ku amalkan sejak 17 tahun yang lalu.

Percayalah…ibu banyak berubah sekarang. Walaupun tidak dapat dinafikan bahawa dengan pemakan ubat penenang yang teratur & terkawal ia juga adalah faktor penyumbang kesembuhan ibu. Tapi sokongan keluarga amat penting. Aku jauhi ibu dari segala kenangan pahitnya. Aku menyusun sepuluh jariku terhadap ahli keluarga & sahabat handai ibu kerana membawa ibu jauh dari kalian. Tujuannya ialah supaya ibu tidak terkenang2 akan sejarah silamnya yang pahit.

Aku sentiasa mengingatkan anak2ku agar menyayangi nenek mereka kerana nenek mereka sangat istimewa. Alhamdulillah….setakat ini semuanya berhasil.

Ibu banyak tidur….mungkin atas faktor kesan sampingan ubat yang diambilnya. Dan dia perlu mengambilnya untuk seumur hidup. Rutin hariannya juga sangat teratur & tetap. Setiap satu rutin mestilah dilakukan pada waktu yang sama setiap hari. Contohnya waktu mandi petang, tetaplah dia akan mandi pada jam 7pm setiap hari manakala waktu tidur adalah pada jam 10pm setiap malam. Dan padaku, ia sesuatu yang normal. Yang penting, dia tidak mengganggu kehidupan orang lain.

Setakat aku menjaga ibu, aku dan suami memberi perhatian kepadanya sama seperti kami menjaga anak2 kami. Jika kami bercuti…maka ibu juga kami bawa, boleh dikatakan ibu sentiasa dihadapan mata kami. Alhamdulillah kerana aku juga mendapat ibu mertua yang amat memahami. Suamiku juga amat menitik beratkan segala perihal ibunya sendiri. Most of the time, ibu mertua juga terlibat dengan kehidupan harian kami, Terima kasih ummi.

Jika dilihat dari mata kasar, ibu sihat. Pakaiannya terurus….tiada tanda2 dia penghidap skizofrenia.

Alhamdulillah…Allah swt ciptakan manusia sebaik2nya. Aku gembira dengan keadaan ibuku sekarang. Syukur kehadrat Ilahi diatas segala2nya.

Terbaru….aku lepaskan ibuku melancong tanpa kami ke Balkan selama 13 hari. Alhamdulillah, ibu mampu bersosial dengan rakan2 barunya & tidak menimbulkan sebarang masalah kepada orang lain.

Ibu bersama rombongan Wira Saujana Travels & Tours ke Balkan

Untuk rakan2ku yang senasib denganku….jangan putus asa. Allah swt hanya ingin menduga kita. Allah swt hanya ingin kita sentiasa ingat kepadaNya. Bukan semua orang diberi peluang untuk berbakti kepada kedua ibu bapa mereka. Setiap apa berlaku, terima dengan Redha, perbaiki diri kita sendiri dahulu agar kita mampu membantu orang lain memperbaiki diri mereka. Sayangi ibu kita walau apa pun keadaan mereka. Insyaallah….Allah permudahkan segala urusan kita & murahkan rezeki kita.

Salam sayang buat ibuku…..Hajah Kamaliah Binti Hj. Mat Zin.

Wassalam.

Prolapsed Intervertebral Disc (PID)

Pernah dengar mengenai PID? Atau Slip Disc? Ramai orang sangat takut dengan penyakit ini…ada yang mampu menahan sakit & ada yang tidak.😊

Alhamdulillah…..

7 tahun telah berlalu since the operation held on 3.12.2012 & keadaan sy beransur2 ke arah yang positif. Setakat hari ini boleh saya katakan operation bagi masalah PID & tulang belakang yang patah (telah dibetulkan dengan memasukkan skru) yang dijalankan oleh Pakar Orthopaedic Dr. Yong Teng Choy dari Kuantan Specialist Hospital adalah saya anggap 95% successful.

However, sebelum menjalani operation saya telah mendapatkan rawatan & opinion dari doktor2 di Kuatan Medical Centre (KMC) & Selangor Medical Hospital.

📍Apa masalah saya?

Masalahnya ialah PID & patah tulang belakang.

📍Punca?

Susah nak dijelaskan, kemungkinan akibat kemalangan ketika remaja, mengangkat barang berat dengan cara yang salah (dulu pernah kerja di kilang percetakan), bermain badminton, jatuh ketika sedang sarat mengandung dan lain2…

Apa2 pun, saya bersyukur kerana Allah swt membuka pintu hati saya & memberi keberanian kepada saya & keluarga (terutamanya suami) untuk memilih menjalankkan operation ini sebelum ia menjadi lebih parah. Maklumlah, dalam masyarakat kita hari ini, terdapat 10001 mitos mengenai mengenai pembedahan tulang belakang.

Apa yang ingin dikongsikan disini hanyalah sedikit pengalaman & pengetahuan melalui pengalaman yg saya alami sendiri.

Saya bukanlah ditauliahkan sebagai doktor @ tidak mempunyai sebarang sijil dlm bidang perubatan pun, cuma sekadar berkongsi info buat teman2 semua, yang kadang kala mendengar pelbagai mitos mengenai sakit & rawatan tulang belakang.

Diakui setiap pesakit itu mempunyai tahap kecederaan yang berbeza2, begitu juga tahap daya tahan menahan sakit. Oleh itu kita tidak boleh samakan rawatan yang harus diterima tanpa merujuk kepada doktor pakar.

Antara simptom2 awal semasa saya mengalami masalah sakit belakang ialah:
1) sakit belakang yang sekali sekala sahaja bila saya duduk dalam 1 posisi terlalu lama. Walaupun tulang dah patah (tanpa perasan bila ia patah), tidak bermakna kita akan terus jatuh terkulai & tidak boleh berjalan. Saya masih boleh memandu kereta bersendirian ke hospital sewaktu kaki saya tiba2 kebas & tidak mampu berdiri. Selepas x-ray, baru saya tahu bahawa tulang belakang saya telah patah.
2) kaki/tangan yang kadangkala kebas tanpa sebab
3) kaki kejang secara tiba2 tidak mengira masa, terutamanya waktu tidur @ sedang memandu
4) kadangkala sakit tengkuk & kepala
5) kaki menjadi sembab akibat duduk terlalu lama especially when travelling
6) kerosakan saraf juga boleh menjejaskn pergerakan mana2 bahagian badan samada kiri @ kanan (saya mengalami kerosakan di bahagian kiri). Saya gagal mengawal air mata kiri, ia sentiasa mengalir & ada masanya tangan menjadi kebas/serban.

Tetapi anda tidak perlu risau mengenai pelbagai perkara yang mungkin berlaku selepas operation di jalankan. Semuanya bergantung kepada kekuasaan Yang Esa, disamping kepakaran doktor & semangat diri anda sendiri. Keyakinan diri perlu tingi & perlu yakin bahawa apa2 pun result nya, ia adalah ketentuan & kehendak Ilahi.

Berdoa & bertawakkallah! Yakinlah, yang memberi kesembuhan itu hanyalah Allah swt.

It was a major operation which took about 7-8 hours time.😴😴

Amazingly, Selepas 3 hari saya telah mula berjalan perlahan2 & seterusnya ikutlah nasihat doktor. Disambung pula dengan kerajinan untuk bersenam hampir setiap hari bagi menguatkan kembali otot & membaiki saraf yg terjejas. Saya mengikuti fisio terapi selama 6 bulan, kemudian meneruskan apa yg diajar oleh therapist di rumah. Jaga makan agar berat badan tak bertambah. Insyaallah…secara keseluruhannya it takes about 2 yrs to recover.

(Gambar MRI Selepas Dimasukkan Skru)

Maaf jika saya katakan, terdapat beberapa mitos yg membuatkan ramai orang takut untuk menjalankan operation & memilih untuk rawatan alternative. Alhamdulillah sekiranya ada yang telah betul2 sembuh slps mendapatkan rawatan alternative @ traditional (sy juga pernah tetapi tidak berhasil utk diri saya) Saya juga akan turut tumpang gembira.

Terdapat beberapa mitos mengenai apa yang berlaku selepas pembedahan:
1) terasa nyilu apabila ada petir/kilat
2) ada yang kata, kemasukan skru boleh mengakibatkan kita mudah disambar kilat kerana skru itu adalah pengalir haba. Masyaallah…its actually titanium 😁😁, bukan besi.
3) terpaksa menggunakan tongkat/wheel chair utk seumur hidup
4) terasa sangat nyilu/sakit bila hujan(sejuk)
5) tidak boleh membongkok

Apa yg dimaklumkan oleh doktor kepada saya, bahan yang di gunakan untuk membuat skru tersebut adalah titanium & disc yg rosak juga digantikan dengan titanium disc. Oleh itu, setakat hari ini semua mitos yang saya nyatakan diatas tidak berlaku. Malahan tiada bunyi pun yang kedengaran ketika melintasi custom checking di airport (ramai yg bertanyakn hal ini).

Oleh itu, kesimpulannya….proses penyembuhan memanglah memakan masa yang lama. Saya sendiri pun masih dalam proses penyembuhan & telah menghentikan xtvt lasak contohnya bermain badminton, roadbike cycling, jongging atau hiking. Pendek kata, semua xtvtyg ada hentakan adalah dilarang. Antara excercise yang baik ialah swimming, static cycling & berjalan kaki. Lebih baik juga berjalan kaki di dalam swimming pool (Hidro Therapy) utk menguatkan otot pinggang.

Namun, yg penting saya cuba membuka minda rakan2 agar memandang serius tentang kesihatan & sentiasalah melakukan pemeriksaan kesihatan. Dapatkan nasihat doktor pakar sebelum anda menerima sebarang rawatan samada di hospital @ rawatan alternative. Jangan mudah terpengaruh denggan sebarang mitos tanpa ada bukti sahih.

To Love someones you must Love yourself 1st.

(Gambar April 2019 di Interlaken Switzerland: Travel Abroad, Snow & kesejukkan tidak memudaratkan my back)

Redho dengan apa sahaja yang Allah swt tentukan untuk kita & tingkatkan keimanan kita.

حَسْبِيَ اللَّـهُ لَا إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ۖ عَلَيْهِ تَوَكَّلْتُ ۖ وَهُوَ رَ‌بُّ الْعَرْ‌شِ الْعَظِيمِ

“Cukuplah Allah bagiku (yang menolong dan memeliharaku), tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) selain daripada-Nya. Hanya kepada-Nya aku bertawakal, dan ial ah yang mempunyai Arasy yang besar.”

(Surah at-Taubah ; Ayat 129)

Sesungguhnya Allah swt akan memberikan ujian setimpal dengan kemampuan kita.

Doakan saya terus sihat walafiat & terima kasih diatas semua doa & sokongan dari semua ahli keluarga & rakan2. I love U all!

Semoga kita semua akan terus sihat & mampu membuat lebih banyak ibadah dengan kesihatan yang dikurniakan ini.

Wallahualam.

Ayat Pelembut Hati

Alhamdulillah pada hari Jumaat yang barakah, 2 Ogos 2019, saya telah kongsikan posting berkenaan ayat ini di FB saya Zan Aizan.

Suka saya kongsikan berkenaan ayat 19 dari surah As Syura, kerana ia sangat mujarab & saya tidak perlukan testimoni dari orang lain. Saya yang amal, saya yang faham.

Sekadar berkongsi pengalaman sendiri & memanjangkan ilmu yg ciput. Yang mana ilmu ini saya dpt dari seorang sahabat yg juga seperti saya, orang awam, bukan para asatizah atau ilmuan yang tinggi ilmu agama. Tapi….walaupun sepotong ayat, ia tetap ilmu. Malahan beliau merupakan seorang mualaf. Terima kasih kekandaku Kak Ain Thung, sayanggg😘😘😘

Saya teruja untuk kongsikan kerana kemujarabannya jika diamalkan secara istiqomah & sudah tentulah dengan izin Allah swt, semuanya terhasil.

Ayatnya 19 Surah Ay Syura:
اللَّهُ لَطِيفٌ بِعِبَادِهِ يَرْزُقُ مَنْ يَشَاءُ ۖ وَهُوَ الْقَوِيُّ الْعَزِيزُ

Maksud ayat:

“ِAllah maha lembut tadbirNya (serta melimpah-limpah kebaikan dan belas kasihanNya) kepada hamba-hambaNya; Ia memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut aturan yang telah ditetapkan), dan Dialah yang maha kuat, lagi maha kuasa.”

Kisahnya…..

Beberapa tahun lepas, anakanda saya Syed Ahmad Al Khered sangat mudah tantrum. Dek kerana dia tidak boleh bercakap pada masa tu (Speech Delay), maka byk perkara yg mencetuskan kemarahannya bila kami sekeluarga tak faham apa yg dia nak sampikan. Bila tantrum…apa shj yang tercapai di tangannya akan di buang/campak/hempas. Abang & kakaknya juga sering menjadi mangsa pukulan separuh mautnya😄.

** Dia tak boleh bercakap kerana masalah Speech Delay. Refer Blog saya yang lepas:

👇👇👇👇👇👇👇👇👇👇👇👇👇

https://saljuputihsite.wordpress.com/2018/07/27/simpton-anak-lambat-bercakap-speech-delay/

Gambar kenangan 2014 (2 tahun)

Ketika berusia 2 tahun

Kak Ain Thung yang saya anggap seperti kakak telah mengajarkan ayat ini kepada saya. Katanya, seorang ustaz telah mengajarkannya suatu masa dahulu, semasa mula2 dia memeluk Islam.

Cara mengamalnya mudah sahaja:

Dibacakan di ubun2 kepala anak semasa anak sedang tidur lena (waktu malam) sebanyak 7x selama 7 hari berturut2.

Saya ulang:

“7 kali bacaan di ubun2 kepala anak selama 7 hari BERTURUT-TURUT”

Bukan sekali baca je ye, di ulang2 lagi sehingga anak menjadi lembut hati & mendengar kata. Ia mungkin mengambil masa selama seminggu, sebulan, 2 bulan, 3 bulan atau lebih, dengan izin Allah swt.

Maksudnya: baca 7 hari (1 set bacaan). Hari ke 8 atau ke 9 baca lagi 1 set. Jika terputus hari diantara 7 hari tersebut, start balik sehingga dapat membaca selama 7 hari berturut2.

Ia sangat mudah bagi ibu bapa yg berkehendak. Kalau ibu bapa dah tertidur, set lah alarm. Bangun sekejap & baca 7 ayat ni….boleh continue dengan solat tahajjud, hajatb& witir terus😊😊

Waktu bila anak tidur lena tu?
Selepas beberapa jam dia tidur. Jika perlu bangun tengah mlm atau awal pagi, maka lakukanlah.

Insyaallah…dgn izin Allah swt.

Bukankah ayat2 Allah swt itu mukjizat?

Masih ragu-ragukah kita?

Ia cuma sepotong ayat yg pendek, tak susah sepertimana anda nak menghafal sebuah lagu hindustan atau resepi2 masakan.

Alhamdulillah setelah hampir sebulan saya lakukannya, sedikit demi sedikit saya nmpk kesannya pada anakanda Syed Ahmad. But….jgn berhenti di situ sahaja….istiqomahlah. Bila2 anak2 dah tidur, bacakan je. Paling baik, setiap hari dibacakan sekali.

Mudah2han anak2 kita semuanya menjadi anak2 yg lembut hati, mendengar nasihat ibu bapa & hormat kepada org tua.

Video: Syed Ahmad kini berusia 7 tahun, sedang membaca Al Quran bersama abangnya

Alhamdulillah sekarang Syed Ahmad dah besar, tiada tantrum lagi.

Syed Ahmad sekarang (7 tahun)

Sebenarnya ayat ini juga sesuai digunakan untuk melembutkan hati seisi keluarga. Boleh dibacakan pada bila-bila masa, sambil basuh beras atau membancuh minuman atau memasak. Mudah2han seluruh ahli keluarga dikurniakan hati yang lembut & saling berkasih sayang.

Selama mencuba!

Europe Trip 2019

Assalamualaikum Warrahmatullah….

👉Ingin melancong sendiri tanpa travel agent?

👉Suka adventure?

👉 Tak kisah dengan public transport?

If your answer is yes…..then you can follow my trip👇👇👇.

Disini saya kongsikan pengalaman saya dalam trip yang dirancang sendiri oleh my adventures cousin Wan Ahmad Taufik, di top up sedikit ilmu oleh my lovely experienced husband, Mr. Syed Bo & di sokong serta dibantu oleh our crew members yang lain. Its a team work planning.

Syukur alhamdulillah….this year is our 18th wedding aniversary & it will be on 6 May. Kebetulan pula 6 Mei 2019 bersamaan dengan 1 Ramadhan 1440H, So…we decided to go for our 100++ honeymoon before that date. Sebenarnya kami telah ke UK & Paris pada tahun 2005 & ingin mengulang kenangan di tempat2 yang pernah kami lawati 14 yrs ago.

😀😀😀

We have travel a lots….together mengharungi susah payah, suka duka dan pelbagai rencah kehidupan berumahtangga. So….this time walaupun keadaan kesihatan saya kurang memuaskan, my lovely husband was still willing to bring me along. For sure….saya perlu membawa semua keperluan ubat2tan & mendapatkan advice doktor terlebih dahulu.

Kami telah memulakan perjalanan ke Europe pada 11 April 2019 dan berakhir pada 22 April 2019. By 23hb, kami tiba ke Malaysia.

Perjalanan kali ini agak berbeza kerana kami akan berjemaah bersama2 ibu & bapa saudara serta anak2 & menantu mereka, dan kami bertemu di Kota London. Rancangan perjalanan kami ialah London-Manchester-pulang semula ke London-Paris-Beauvais-Bergamo-Milan-Switzerland-Venice-Pulang semula ke Milan-pulang ke Malaysia. Manakala family ibu & bapa saudara kami akan meneruskan perjalanan ke Florence & Rome sebelum mereka pulang ke tanah air.

How do we do that?

Ada yang bertanya bagaimana kami boleh travel to too many places within that short time?🤔😇

Yes….for those yang really love to travel dengan penuh adventure, you may try this. Jika membaca post saya yang sebelum ini, we used to travel like this. We use all the public transports, move around with our large luggage, shift to many different types of accomodations & enjoy everything we experienced. Apa yang penting, kerjasama & kesefahaman each other.

But…untuk yang prefer to relax, you are advise to use the travel agency.

Before travelling……

~ Perbincangan yang rapi few months before with everyone involved. We were 9 of us in this trip.

~ Cari flight yang paling murah & bersesuaian dengan cara travelling agar tidak membuang masa dengan hanya menunggu di satu2 tempat.

~ Carian penginapan dengan selesa & kemudahan yang ada di sekitar tempat tinggal.

~ Tahu keadaan cuaca di setiap negara yang hendak di lawati. Bawa pakaian yang bersesuaian, supplement seperti vitamin C, ubat2tan & lotion pelembab.

~ Research cara penggunaan semua public transport disetiap negara. Buat perbandingan harga agar tidak membazir. Install apps yang perlu contohnya Uber Apps, google maps, waktu solat, arah kiblat dll. Jika menyewa kereta, must bring your Malaysian driving license too, besides mendapatkan lesen antarabangsa di JPJ.

~ Ketahui setiap jenis mata wang yang perlu di bawa. Setiap negara menggunakan mata wang yang berbeza2. Untuk lebih memudahkan urusan, activate your credit card.

Ataupun register BigPay di bagi yang tidak mempunyai credit card. Bigpay ini merupakan kad yang anda boleh guna untuk membeli belah ataupun semua jenis public transport. Install bigpay apps di appstore & follow the instructions.

~ Bekalan makanan agar boleh berjimat. Jika menyewa homestay, anda boleh memasak. Jika tinggal di hotel, mee segera & biskut tawar amatlah menyelerakan😋😋

Okey…..lets start our journey✈✈✈

Jangan lupa baca doa:

بِسْمِ اللهِ تَوَكَّلْتُ عَلَى اللهِ، لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللهِ

“Dengan nama Allah, aku bertawakkal kepada Allah. Tiada daya dan kekuatan kecuali dengan Allah.”

🔴Day 1 ~ Khamis 11.4.2019🔴

~ 7.30pm from KLIA to London.

~ We were travelling by Saudi Air, Transit at Jeddah & move forward to Heathrow Airport, London. We choose Saudi Air kerana pada masa tersebut syarikat penerbangan tersebut menawarkan harga yang berpatutan & consider paling murah berbanding dengan syarikat penerbangan yang lain.

Kami berfalsafah: Jika ingin melancong dengan cara yang murah & save budget, janganlah sampai menyiksakan atau membuatkan kita hilang kenikmatan melancong.

Alhamdulillah…dengan kondisi tulang belakang saya yang belum sembuh sepenuhnya, kami bersyukur mendapat tempat duduk bersebelahan dengan tempat solat. Ada masa & ketika, saya dapat berbaring di situ sekejap.

Ruang solat di dalam flight Saudi Air

~ Tiba di London sekitar jam 6.20am waktu UK on 12 April 2019 due to perbezaan waktu walaupun telah menempuhi perjalanan lebih kurang 17 jam termasuk transit.

~ 1st thing, at the airport, dapatkan sim card which we can use diseluruh Europe. I had chosen Vodafone.

~ Terus ke bilik sewa by using Uber. Kami menyewa sebuah bilik di kediaman pelajar Malaysia yang telah berkeluarga. Ramai pelajar yang terpaksa membuat bilik sewa bagi menampung kehidupan mereka di perantauan. Anda boleh search in internet. Rumah terletak di Hammersmith, 15 minute to Hyde Park by train. Harga £120 for 3 nights.

~ Menikmati kota london dengan bergerak menggunakan bas & underground train. Kebetulannya penduduk di London akan menyambut Hari Easter, its a school break & they are having sales at their outlets.

~ Kami berjalan2 disepanjang Camden Street. Banyak outlets & souvenir di situ. Use the underground train from the city of London.

~ Late in evening, we came back to the city & Solat di Malaysia Hall, London.

~ Makan malam di Restoran Melur. Restoran ini agak terkenal kerana ia milik rakyat Malaysia & menyajikan pelbagai jenis makanan melayu.

~ Suhu….below 10° celcius. Freezing🤒

🔴Day 2 ~ Jumaat 12 April 2019🔴

~ Awal pagi bergerak ke Manchester

~ Kami menyewa kereta ke Manchester. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 3 jam ke Manchester.

~ Lunch di Al Taiba Bukhari di area United Halal Centre. Solat pula di Cafe Nur Muhammad salah sebuah restoran cawangan Al Ikhwan.

~ Ke stadium Manchester. Suami & sepupunya menikmati football match that night. Manchester vs westham. I was told, Manchester won the game.

~ I was tired…so I checked in hotel while the rest of the family members went for shopping. Overnight di The Victoria Hotel, Oldham Chadderton.

🔴 Day 3 ~ Sabtu 13 April 2019🔴

~ Checked out from the hotel & berjalan di sekitar Manchester.

~ Sempat ke Stadium Liverpool & buy some souvenirs.

~ Drive back to London

~ Shopping at Cheshire Oaks Designer Outlet. Sales! Sales! Banyak branded outlet di sini. Orang pun ramai. Barang2 berjenama seperti Gucci, Burberry, Polo, Coach dan lain2 memang jauh lebih murah dari di Malaysia. Terasa nak ber bizz la pulak🤣🤣 But….Window shopping je lah….

Grab a hand bag is good enough for me😀😀. Unfortunately, I’m not a shopaholic.

~ On the way back singgah berswafoto di Oldham Shewsbury, ladang bunga Colza, solat & makan kebab….Jangan risau, there are so many halal restaurant in UK. What you need is…tanya pakcik google.

🔴Day 5 ~ Isnin 15 April 2019🔴

~ Berjalan2 lagi di sekitar kota London yang gah.

~ Kereta dah dipulangkan semalam, so today we move by bus & underground train.

~ Antara tempat2 yang sempat kami singgah ialah came back to Edgware Road which was visited 14 years ago, Trafalgar Square, King Cross, Oxford Circus & window shopping lagi ke Primark & Harrods.

🔴Day 6 ~ Selasa 16 April 2019🔴

~ Paris….here we come!

~ Check out homestay, chartered an uber to transport our luggage & some of us, while the rest were using train to the Eurostar terminal.

~ Naik Eurostar dari London ke Paris. Cost about £55-£60. Eurostar merupakan train terpantas yang hanya mengambil masa 2 jam 30 minit le Paris.

~ Check in Ibis Budget Hotel in Paris.

~ Naik bas je dari eurostar station ke hotel. Melewati Indian Centre di Paris & menghadapi jalan yang jem…haha merasa jugak jem di Paris🤣🤣

~ The special part was, kami memenuhi undangan makan malam di kediaman rasmi Duta Besar Malaysia di Paris, TYT Dato’ Dr. Azfar Mohamad Mustafar. Alhamdulillah….layanan mereka sekeluarga….Masyaallah, terlalu mesra. Dengan hidangan nasi kerabu yang nyummi😋😋😋

~ Naik train ke Eiffel Tower at night!

Lovely😍

🔴 Day 7 ~ Rabu 17 April 2019🔴

~ Memulakan sigh seeing di Paris dengan menapak ke area Notre Dame yang baru terbakar sehari sebelum kedatangan kami. So…tiada rezeki utk melawat ke situ kali ini. Nasib baik dah ada kenangan di situ during our visit in 2005. Kemudian berjalan disepanjang sungai Parc Rives, The Champs-Elysees & singgahlah mana2 outlets yg kami jumpa di sepanjang jalan.

~ Louvre Museum…tak banyak perubahan. Kami pun mengimbau sejarah romantik lagi🤣🤣🤣.

~Again, kami ke Eiffel Tower semula.

🔴 Day 8 ~ Khamis 18 April 2019🔴

~ Kami berpindah lagi. Kali ini menuju ke Italy pula. Dengan beg yang melebihi jumlah orang, we need to charter an uber lagi untuk ke stesen keretapi. Manakala, yang muda & gagah akan ke stesen dengan menaiki underground train.

~ By using train, kami tiba ke Beauvais. Perjalanan mengambil masa lebih kurang sejam lebih untuk sampai ke Beauvais. Tujuan bermalam di Beauvais ialah, untuk memudahkan kami menaiki kapal terbang ke Italy awal pagi esoknya.

~ Nice view in Beauvais. Sebuah pekan kecil yang aman & dikelilingi oleh bangunan tinggalan sejarah. Saya rasa, banyak lakonan filem2 seram di lakonkan disini agaknya😬😬.

🔴Day 9 ~ Jumaat 19 April 2019🔴

~ ✈✈ To Italy. 5.45am sudah check out meninggalkan hotel. Tiba di airport, kami menyewa kereta yang telah ditempah awal.

~ Tiba di Bergamo, Italy sebelum zohor & sempat bersolat di sebuah surau “Centro Culturale Islamico Di Bergamo”

~ Makanan halal juga tidak susah untuk dicari di sini. Banyak kedai2 peniaga Turki di sekitarnya.

~ On the way ke Serravalle Designer Outlet kami singgah di Harley-Davidson Monza. Itu perkara wajid bagi encik suami apabila tiba di satu2 tempat baru. He is collecting the Harlèy Davidson shirt. Kemudian, kami menghabiskan masa di Serravalle Designer Outlet selama 2 jam sebelum bergerak ke homestay di Castelleto Sopa Ticino.

~ Homestay ini agak besar & selesa untuk kami 9 orang. Mempunyai 3 bilik tidur & 2 bilik mandi beserta extra bed queen & single size. Kami juga boleh memasak & laundry di sini.

🔴Day 10 ~ Sabtu 20 April 2019🔴

~ Awal pagi sesudah memasak (mak sedara yang comel & baik hati yang masakkan) kami semua bergerak ke Switzerland.

~ Perjalanan mengambil masa lebih kurang 3 jam lebih including berhenti makan & sight seeing. Tak lupa, tersinggah juga di Harley Davidson outlet di Wallis/Valais dalam perjalanan nak ke Switz.

~ Terrrr jakun sekejap bila jumpa salji. Hahaha masing2 excited sangat , kami singgah & main salji sekejap😁

~ Dan jakun juga bila kami cross the mountain dengan menggunakan terowong Lotscberg (Kenderaan perlu menaiki train). Unfortunately….dalam terowong tersebut sangat gelap & takes about 10-15 minutes ride.

Mula2 semua bising, bunyi le pelbagai suara, lepas tu semua membisu seribu bahasa😂😂

~ Menikmati ke indahan alam di Interlaken. Subhanallah….saujana mata memandang, tidak puas rasanya melihat kebesaran ciptaan Allah swt di bumi Interlaken. Tak tergambar keindahannya. Semoga Allah rezekikan kami untuk sampai lagi ke sini.

Lembah yang dipelihara, dikelilingi oleh pergunungan salji. Penduduk tempatan yang ramah mesra & penempatan yang bersih & menghijau.

~ Solat di Interlaken Islamic Centre

~ Menghayati salah satu kebesaran Ilahi dengan menyaksikan air terjun di Staubbach Falls. Air terjun yang tiada sungai di bawahnya. Kemana air itu pergi….itu rahsia yang Maha Pencipta.

~Watch this video⬇️⬇️⬇️

~ Drive back to our homestay melusuri tasik Brienzersee. Kami tidak lagi melalui jalan sewaktu kami datang tadi.

~ For shopping…..NO! Barang agak mahal di Switzerland😔😔

🔴 Day 11 ~ Ahad 21 April 2019🔴

~ Venezia!!! Jom jumpa James Bond 007🤣🤣🤣

~ Dari homestay, kami memandu kereta ke perhentian bas di Venezia Porto Maghera. It takes about almost 3 hrs to reach there.

~ Ke pulau ‘James Bonds’ dengan menaiki bas. 2 way tickets will cost you about 24 euro for 8 persons. Apa yang ada disitu…..kehidupan warga Venice di tali air.

~ Makan Italian Pizza di pulau venice. Still, there are few halal restaurants in venice.

~ Solat di surau penempatan warga Bangladesh di Maghera. Islamic Centre, via Paolucci N°42, 30175-Maghera-Venezia. Walaupun surau ini tidak menyediakan ruang solat wanita, namun komunitinya sangat baik hati apabila memasang kain rentang khas untuk kami bertiga bersolat. Masyaallah….semoga Allah swt membalas semua kebaikan dengan kebaikan😔

~ Pulang semula ke homestay lebih kurang jam 10.30pm. Evryone was tired & some of us were starting having flu & fever🤒

🔴Day 11 – Isnin 22 April 2019🔴

~ Saya & suami bersiap2 untuk pulang ke Malaysia. Se awal jam 7.00am kami sudah bergerak ke lapangan terbang Milan Malpensa, Italy menuju ke Riyadh. Alhamdulillah….dengan keadaan tulang belakang saya yang uzur, Allah permudahkan perjalanan kami apabila kapal terbang tersebut tidak penuh penumpangnya. Saya boleh berbaring selama penerbangan yang mengambil masa lebih kurang 5 jam setengah.

~ Kami transit di Riyadh selama 6 jam & terbang ke Malaysia dengan penerbangan yang seterusnya selama 7 jam.

~ Tiba di KLIA pada 23 April 2019 jam 12.45 tengah hari.

~ Seterusnya memandu pulang ke Kuantan, Pahang.

~ Alhamdulillah, selamat tiba di teratak kami jam 7.00pm.

🔴🔴🔴🔴🔴🔴🔴🔴🔴🔴🔴🔴🔴🔴

Syukur ke hadrat Ilahi, berakhirlah permusafiran kami selama 12 hari dengan iringan doa dari ahli keluarga & sahabat handai. Buat warga Malaysia khususnya yang beragama Islam, bermusafirlah dengan niat menuruti perintah Allah swt dalam surah Al Mulk ayat 15 yang bermaksud “Dia lah yang menjadikan bumi bagi kamu: mudah digunakan, maka berjalanlah di merata-rata ceruk rantaunya, serta makanlah dari rezeki yang dikurniakan Allah; dan (ingatlah), kepada Allah jualah (tempat kembali kamu sesudah) dibangkitkan hidup semula; (maka hargailah nikmatNya dan takutilah kemurkaanNya).

Terima kasih kepada seluruh ahli keluarga Ayah Chik, Enda Cu serta anak menantu Syafik, Taufik, Suhailah, Nukman & Jasmin yang sudi menyantuni kami dalam trip keluarga ini. Mohon dimaaf apa jua salah silap & dihalalkan segalanya disepanjang permusafiran ini. Sampai ketemu lagi dalam trip yang lain.

Sekian.

Wassalam

Baiknya Berkumpul Untuk Berzikir

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ

(Bismillahirrahmanirrahim)

Assalamualaikum warrahmatullah

Disampaikan oleh suamiku, Syed Burhannuddin Al Khered sewaktu beliau mengikuti kelas pengajian bersama Al Marhum Syed Ahmad Semait suatu ketika dahulu:

Sila ke link berikut untuk mengenali Al Marhum:

https://ms.m.wikipedia.org/wiki/Syed_Ahmad_Semait

Ini merupakan entri ke 2 saya menulis mengenai ilmu yang pernah diamanatkan oleh Al Marhum selama kami bersamanya dahulu.

{Sumber foto: google search engine}

Al Marhum sangat melarang orang yang mengambil mudah untuk dengan sengaja tidak hadir dalam majlis zikir. Pesan beliau, jika sakit sekalipun, hadirlah. Selagi mampu melangkah & duduk, hadirlah.

Jangan sekali2 memberi alasan remeh seperti ‘demam’, ‘sakit kepala’ atau dengan sengaja mencari alasan untuk tidak hadir ke majlis zikir. Ketahuilah, pelbagai penyakit juga boleh sembuh dengan hadir ke majlis zikir.

Begitu besar fadhilat yang akan diperolehi dengan hadirnya kita ke majlis zikir.

Dari Anas Bin Malik r.a. dari Rasulullah s.a.w. bersabda; “Tiada suatu kaum berhimpun berzikir kepada Allah Taala, mereka berbuat demikian hanya mengharapkan wajahnya yang mulia, melainkan berseru ke atas mereka penyeru dari langit, bangunlah kamu dalam keadaan yang telah diampunkan, sesungguhnya kejahatan kamu telah ditukar menjadi kebaikan.”

(Hadis riwayat Ahmad, Abu Ya’kla, Atabrani)

[Dari Kitab Pembuka Jalan Mendekatkan Diri Kepada Allah ~ Himpunan Syed Muhammad Bin Alwi Al-Attas]

Al Marhum Syed Ahmad Semait sendiri telah merungkai dengan lebih mendalam didalam kitabnya ‘Syarah Ratib Haddad’ mengenai Bukti Tentang Baiknya Berkumpul Bila Berzikir
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Bukhari & Muslim dalam riwayat drpd Abu Hurairah r.a. Bahawa Nabi s.a.w pernah bersabda: Allah Ta’ala memang ada memerintahkan para malaikatnya berkeliling di jalanan2 mencari2 tempat di mana ada orang yang melakukan zikir. Maka apabila mereka menemui sesuatu tempat yang terdapat ramai orang yang berzikir kp Allah Ta’ala, mereka akan menyeru satu dengan yang lain: “Mari ke mari, ke sini untuk menunaikan keperluan kamu! Mereka lalu akan melapik-lapikkan sayap2 mereka memuncak hingga ke langit dunia. Apabila selesai sahaja zikir tersebut, mereka berpisah mendaki ke arah langit. Maka Allah Ta’ala akan bertanya kepada mereka, sedangkan Dia lebih mengetahui apa yang telah mereka lakukan.
Berkata Allah: “Dari mana kamu datang?”
Jawab para Malaikat tadi: “Kami baru sampai dari kumpulan hamba2 Mu di bumi.
Berkata Allah lagi: “Apa yang mereka lakukan?”
Jawab para Malaikat itu lagi: “Mereka itu bertasbih kepada Mu, membesarkan Mu, memuji Mu, mentauhidkan Mu & mengagungkan Mu.”
Berkata Allah: “Apakah mereka telah melihat Ku?”
Jawab para Malaikat: “Tidak. Demi Allah, mereka belum melihat Mu.”
Berkata Allah: “Bagaimana jika mereka melihat Ku?”
Jawab para Malaikat: “Jika mereka melihat Mu, tentulah mereka akan lebih kuat beribadat kepada Mu, lebih kuat mengagungkan Mu & lebih banyak bertasbih kepada Mu”

Kemudian Allah Ta’ala bertanya pula: “Apa yang mereka memohonkan drpd Ku?”
Jawab para Malaikat: “Mereka memohon Mu syurga”
Bertanya Allah: “Apakah mereka sudah melihat syurga itu?”
Jawab para Malaikat: “Tidak, demi Allah mereka belum melihatnya”
Berkata Allah: “Bagaimana jika mereka telah melihatnya?”
Jawab para Malaikat: “Jika mereka telah melihatnya tentulah mereka lebih banyak mengangan-angankannya, lebih kuat memohonnya & lebih kuat kecintaan kepadanya.”

Kemudian berkata Allah:”Apa pula yang mereka minta perlindungan drpdnya?”
Jawab para Malaikat: “Mereka minta perlindungan diri mereka dr api neraka”
Berkata Allah: “Apakah mereka telah melihat neraka itu?”
Jawab para Malaikat: “Tidak. Demi Allah wahai Tuhan kami, mereka belum melihatnya”
Berkata Allah: “Bagaimana jika mereka telah melihatnya?”
Jawab para Malaikat: “Jika mereka telah melihatnya, tentulah mereka lebih ingin melarikan diri drpdnya & lebih merasa takut kepadanya”

Kemudian para malaikat itu menyambung pula: “Ya Allah, mereka memohon pengampunan kepada Mu.”
Maka sambut Allah: “Aku menyaksikan kamu sekalian, bahawasanya aku telah mengampunkan mereka sekalian, dan aku akan mengurniakan semua yang mereka minta & Aku melindungi mereka drpd apa yang mereka minta perlindungan Ku daripadanya.”

Sambung salah satu Malaikat di situ: “Ya Allah, ada diantara mereka orang yang banyak salahnya, dia kebetulan tiba di situ, lalu dia duduk bersama2 mereka.”
Berkata Allah:”Kepadanya juga Aku sudah ampunkan dosanya. Mereka itu adalah suatu kumpulan, tiada seorang pun yang mendampingi mereka bakal dikecewakan”

**Dari Kitab Syarah Ratib Haddad – Analisa & Komentar, Imam Habib Abdullah Haddad.
**Dibicarakan oleh Syed Ahmad Semait
(Halaman 65 & 66)

Subhanallah…..Tabarakallah….

Beruntunglah orang yang memahami fadhilat hadir ke majlis zikir. Oleh itu, marilah kita bersama2 sentiasa hadir ke majlis2 zikir bagi mendapat ganjaran2 seperti yang disebutkan tadi.

Wallahualam.

Assalamualaikum warrahmatullah😊

Dimana Aku?

Bismillah Hirrohmanirrohim….

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang
Firman Allah SWT: “Allah jugalah yang menjadikan langit terangkat tinggi dengan tiada bertiang seperti yang kamu melihatnya, kemudian Ia bersemayam di atas `Arasy dan Ia memudahkan matahari dan bulan (untuk faedah makhluk-Nya) tiap-tiap satu dari keduanya beredar untuk suatu masa yang telah ditetapkan. Allah jugalah yang mentadbirkan segala urusan Ia menerangkan tanda-tanda kekuasaan-Nya satu persatu, supaya kamu yakin kepada pertemuan Tuhan kamu (untuk menerima balasan).” (Surah ArRa’d, ayat 2)

Ketika penulisan ini, aku masih berada dalam proses penyembuhan. Aku masih dipembaringan walaupun sudah masuk hari ke 9 selepas menjalani Minor Surgery, procedure memasukkan ubat ke tulang belakang untuk memulihkan bahagian tisu yang koyak.

Punca kerosakan tisu: Emmmm mungkin sudah sampai masanya Allah swt memberi ruang untuk aku slow down, berehat & bermuhasabah diri😊

Dalam pada itu, berlaku beberapa perkara penting, yang aku pelajari, menginsafkan & merasakan kasih sayang Allah kepada ku tidak bertepi.

Subhanallah….Maha Suci Allah….

~ Pagi Isnin 24 Disember 2018:

Awal pagi, seperti kebiasaannya sewaktu aku sedang membaca Al Quran, aku tiba2 teringat, ada satu group tadarus bulanan yang masih belum aku khatamkan bacaan ku. Segera ku alih bacaanku ke Juz 27……Masyaallah didalamnya terkandung surah Ar Rahman. Dalam sedu sedan aku membacanya sambil mataku melirik anak gadis yang berbaring dilantai menjagaku sepanjang malam sejak 3 hari yg lalu😔.

“Fabiayyi ‘aalaa’i Rabbikumaa Tukadzdzibaan” (فَبِأَيِّ آَلَاءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ)

“Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan”

31x ayat tersebut diulang2……lantas apa lagi yg perlu aku pertikaikan tentang sakit ku ini? Aku sentiasa ada suami, anak2 & seluruh kaum keluarga yg sentiasa di sisi😭😭 Nikmat apa lagi yang aku mahukan?

Ya Allah….Ya Rahman Ya Rahim

~ Dinihari, hari yang sama…
Terpandang satu post lama di FB berkenaan Sheikh Misyary Rashid Alafasy yg sakit. Terdetik di hati, aku ingin mendoakan beliau kerana aku sedang sakit. Mudah2han Allah swt makbulkan doaku.

~ 5.00pm
Memasuki bilik OT & di bius sepenuhnya. Full stop😴😴😴

~ Selasa 25.12.2018 ~ 5.00am
Sedar sepenuhnya. Terdetik di hatiku “Owh….12jam aku tidak sedarkan diri”

Rasa segar. Melihat sekeliling, hari masih gelap & anak gadisku masih lena disisi. Aku mencapai Al Quran lalu menyelak helaian untuk menyambung bacaan dimana aku berhenti semalam.

Subhanallah….Ya Allah Ya Rahman Ya Nafi’…..tepat2 membuka lembaran, terus sahaja sampai kepada ayat penawar, Ayat 82 dari Surah Al Isra’ di Juz 15 yang bermaksud:

“Dan Kami turunkan dari Al-Qur’an suatu yang menjadi pena­war dan rahmat bagi orang-orang yang beriman, dan Al-Qur’an itu tidaklah menambah kepada orang-orang yang zalim selain kerugian.”

Speechless with tears😭😭😭😭😭

Maka hari beransur cerah.

~ Selasa 25.12.2018 tengah hari

Suami & anak2 semuanya telah berkumpul di hospital. Mereka memberitahuku, aku telah mulai sedar sekitar jam 8pm malam semalam, makan sedikit buah tamar serta berbual2 bersama birasku Aizura Badrull, minum kopi, berbual2 bersama tetamu lain yang datang ziarah, minta dibasuhkan mukaku dll.

Ya Allah, Ya Kudus…..

Nikmat apakah yang sedang aku lalui ini. Aku memberitahu mereka semua, itu semua tidak berlaku (tidak banyak perkara yang ku ingat) kerana sepanjang 12 jam aku dipengsankan aku hanya ingat, aku berada di dalam sebuah ruang/bilik yang sangat bersih, kosong & putih dinding2 di sekelilingku sambil mendengar alunan bacaan Al Quran oleh Sheikh Misyary Rashid Alafasy!

Dan kemudian……kami sama2 hairan dengan kebesaran yang Allah tunjukkan😭

Subhanallah….Maha Suci Allah!
Fabiayyi ‘aalaa’i Rabbikumaa Tukadzdzibaan!

Sehingga saat ini…..akalku tidak terjangkau dengan semua yang berlaku itu & ku akui Allah Maha Besar. Entah apalah hikmah yang Allah sedang tunjukkan kepadaku.

Yang pasti, aku tahu Allah Wujud, Qidam, Baka, Mukhalafatuhu Lil Hawadits….

Kun fa ya kun….

#AllahKnowsTheBest

#AllahSayangKitaSemua

#ZanAizan#2Jan2019

Al Baqarah Sebagai As Syifa’ (Penyembuh)

Bismillah hirrohma nirrohhim…..

Assalamualaikum warrahmatullah

Subhanallah walhamdulillah wala illa haillallah Allah huakhbar…

Bersama kita panjatkan kesyukuran diatas segala kurniaan Allah swt kepada kita semua di sepanjang usia kita. Setiap satu pemberian Allah swt itu adalah tidak lain hanya untuk kita mendekatkan diri kepada Nya. Samada pemberian Nya dalam bentuk rezeki yang berlipat ganda mahupun kedukaan atau kesakitan.

Subhanallah….tabarakallah

Mari kita dekatkan diri kepada Al Quran. Walaupun kita mungkin sudah biasa membaca Al Quran, kadang kala Allah swt sengaja hantarkan signal agar kita lebih kerap lagi memegang & mendekatkan diri kepada Al Quran.

Begini kisah ku….

Diawal tahun 2017, saya mulai mengalami pendarahan yang berterusan & sering sakit perut yang pelik….sebab apa saya kata pelik, sebab rasa sakitnya adalah seperti sakit ingin melahirkan seorang bayi. Dipendekkan cerita…rawatan demi rawatan (Biopsy, Colposcopy dll) saya lalui selama lebih setahun apabila doktor mengesahkan berlakunya pertumbuhan satu lapisan diluar rahim dan kewujudan sista/cyst.

Akhirnya pada bulan Julai 2018, pembedahan kecil dilakukan untuk membuang lapisan tersebut yang telah dijangkiti kuman & radang. Alhamdulillah…pembedahan berjalan lancar & tiada pendarahan lagi selepas itu.

Namun begitu….some how, entah kenapa, cyst yang dahulunya diam2 disebelah rahim saya menjadi sedikit aktif selepas pembedahan tersebut. Punca cyst: wallahualam, mungkin daripada pemakanan saya sendiri.

Saya telah mulai:

1. kerap sakit perut melampau terutamanya apabila melakukan banyak aktiviti seharian atau makan tidak tentu masa

2. perut sentiasa kembung/berangin

3. Sentiasa cepat letih & lesu

4. Mudah demam

Pada 12 September 2018, saiz cyst ialah 6.16cm×4.4cm (seriously sy tak faham sangat pasal saiz ni😬😬). Anda boleh refer pada gambar yang saya lampirkan.

Cyst ni ada banyak jenis. Sila dapatkan info dari pelbagai blog kesihatan atau google. Saya mengalami Dermoid Cyst: terjadi daripada sel yang menghasilkan telur pada ovari, kadangkala bercampur dengan rambut & lemak. Details mengenainya…..sila google🤣🤣🤣

Bacause, entry ini bukanlah bertujuan untuk bercerita mengenai cyst tetapi bagaimana cara pengecutannya. Mudah2han menyembuhkan sekaligus menghilangkannya.

Subhanallah walhamdulillah wala illa haillallah Allah huakhbar….

Dalam pada saya yang buntu kerana dimaklumkan oleh doktor, tiada ubat untuk pengecutan cyst…hanya perlu monitor melalui regularly berjumpa doktor & scan untuk memastikan saiz cyst dalam keadaan kritikal atau tidak sehingga perlu dibuang….Allah swt telah menggerakkan hati saya untuk hadir ke majlis bacaan Surah Al Baqarah bagi pembukaan sebuah perniagaan baru seorang sahabat, Kak Aisyah Nordin. Masyaallah…..tabarakallah….. Disitu, saya dipertemukan dengan Kak Yanti, seorang hamba Allah yang sudi berkongsi pengalaman beliau sebagai penghidap sista (mungkin jenis Endometrioma atau Simple Cyst kerana ia berlaku berulang2 kali). Katanya…beliau telah menjalani 6 kali pembedahan pembuangan cyst & akhirnya sebelum dibedah untuk kali ke 7, beliau telah dinasihatkan oleh seorang ustaz untuk membaca surah Al Baqarah dengan niat untuk kesembuhan. Namun bacaan surah tersebut hendaklah ditamatkan dalam tempoh 24 jam (1 surah yang mengandungi 49 mukasurat dibaca sehingga selesai dalam tempoh 24 jam).

Surah Al Baqarah Ayat 156-157 yang bermaksud:

Dan, berilah khabar gembira kepada orang yang sabar. (Iaitu) orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata; ‘Sesungguhnya, kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali, mereka itu ialah orang yang dilimpahi dengan pelbagai kebaikan daripada Tuhan mereka serta rahmat-Nya dan mereka itulah yang mendapat rahmat-Nya dan petunjuk-Nya’.”

Tabarakallah….

Pada tanggal 19 September 2018, saya mulakan bacaan yang pertama.

Dengan penuh keyakinan bahawa Al Quran adalah mukjizat & seluruh isi kandungannya adalah as syifa’ kepada apa jua keresahan, kesusahan & kesakitan, saya ulangi bacaan setiap hari. Jika gagal khatam 1 surah pada hari tersebut, saya akan mulakan lagi bacaan pada keesokan harinya dengan ayat pertama. Begitulah seterusnya sehingga akhirnya, pada hari ke 6 saya sudah mampu mendapat rythm & masa yang paling sesuai dengan rutin harian saya. Maklumlah….saya bukan hafizah apatah lagi hanya seorang muslimah biasa yang imannya juga kadang kala masih goyah. Untuk pengetahuan umum, rutin harian saya agak padat dengan urusan kerja, outstation, kerja2 rumah & menguruskan anak2 yang masih bersekolah.

Namun….hendak seribu daya, tak nak seribu dalih! Tepuk dada tanyalah iman😔😔

Honestly….saya baca mengikut kemampuan, bukan setiap hari saya berjaya menghabiskan satu surah itu dalam tempoh 24 jam.

Bagaimana saya lakukannya?

Begini:

– Surah Al Baqarah mengandungi 49 mukasurat, so bahagi2kan mengikut kesesuaian waktu anda.

– Saya baca 10 mukasurat disetiap waktu solat fardu termasuk Solat Dhuha.

– Membaca hendaklah dalam keadaan berwuduk & menutup aurat.

– Jika sibuk…pandai2 cari masa untuk menggantikan bacaan 10 muka surat yang tak sempat di baca.

– Sambil membaca, sediakan air & minumlah air tersebut setiap hari. Sebaik2nya bacalah di dalam bilik atau tempat2 sunyi agar tiada percampuran pelbagai bunyi. Ini kerana, menurut pembelajaran saya bersama Annusyrah Malaysia Sdn Bhd molekul air akan berubah apabila dibaca/ditulis dengan ayat2 Al Quran.

– Yakin & Istiqomah

– Teruskan amalan2 sunat yang lain terutamanya solat Taubat, Tahajjud, Hajat, Witir & teruskan bacaan Al Quran bagi surah2 yang lain seperti biasa. Perbanyakkan selawat & zikir…..

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى أَهْلِ بَيْتِهِ وَعَلَى أَزْوَاجِهِ وَذُرِّيَّتِهِ، كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ. وَبَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى أَهْلِ بَيْتِهِ وَعَلَى أَزْوَاجِهِ وَذُرِّيَّتِهِ، كَمَا بَارَكْتَ عَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ.

Ya Allah berilah selawat kepada Muhammad dan kepada ahli baitnya (keluarganya) dan isteri-isterinya dan keturunannya, sebagaimana Engkau telah berselawat kepada keluarga Ibrahim, sesungguhnya Engkau Maha Terpuji (lagi) Maha Mulia. Dan berkatilah Muhammad dan kepada ahli baitnya dan isteri-isterinya dan keturunannya, sebagaimana Engkau telah memberkati keluarga Ibrahim, sesungguhnya Engkau Maha Terpuji (lagi) Maha Mulia.” [HR Ahmad, sahih].

Untuk anda….ikutlah waktu & cara anda sendiri😊

Subhanallah…..tabarakallah

Segalanya dengan izin Allah azza wa jalla….

Disamping itu, saya juga ke pusat rawatan As Syifa’. Ustaz Zamri dari pusat rawatan As Syifa’ juga memberitahu saya, selain penyembuh Surah Al Baqarah juga merupakan pendinding dari gangguan jin & syaitan. Kaum hawa memang sering diganggu oleh jin terutamanya di bahagian rahim. Beliau juga berkata, jika saya mampu, lakukanlah (membaca dalam tempoh 24jam). Selain itu saya turut berpantang beberapa jenis makanan. Antara makanan yang saya pantang ialah:

1. Ayam

2. Daging

3. Soya

4. Telur ayam

Antara ikhtiar lainnya ialah saya juga minum Hawa, produk berasaskan air tulisan ayat2 Al Quran menggunakan dakwat Zafron keluaran Annusyrah Malaysia Sdn Bhd.

Pendek kata….semua ikhtiar saya, hanyalah dengan mukjizat ayat2 dari kalam Allah swt semata-mata.

Tidak dinafikan saya sering dipromosikan dengan pelbagai produk dipasaran, namun cekalkan hati, yakin sepenuhnya tiada yang lebih baik daripada ayat2 Allah swt. Alhamdulillah saya tidak mengambil sebarang produk/suplement yang ada dipasaran dalam tempoh 3 bulan lepas.

3 bulan yang penuh cabaran tetapi tenang….

Hari ini……pada saat saya menulis ini, tanggal 12.12.2018 bersamaan dengan 4 Rabiulakhir 1440H, saya memanjat kesyukuran ke hadrat Ilahi apabila dengan izin Nya cyst telah mengecut dengan saiz yang agak luar biasa. Doktor Suraya Arsyad, pakar sakit puan di Kuantan Specialist Hospital juga turut terkejut & bergembira dengan keajaiban ini. Berkali2 beliau mengatakan kegembiraannya & pengecutan ini sangat jauh bezanya dengan saiz 3 bulan lepas.

Saya yakin, diatas izin dari Nya jua & mukjizat dari Surah Al Baqarah, cyst telah mengecut kepada saiz 4.46cmx2.64cm. (Lihat gambar)

Amazing!

“Allah Pencipta langit dan bumi, dan bila Dia berkehendak sesuatu, maka Dia hanya mengatakan kepadanya: “Jadilah! Maka jadilah ia.”
Al Baqarah: Ayat 117

Alhamdulillah….saya tidak pasti bagaimana ingin menggambarkan kegembiraan saya selain daripada sujud syukur & berkongsi kegembiraan bersama suami tercinta serta rakan2 rapat. Sudah tentu suami merupakan orang pertama yang patut tahu berita gembira ini kerana dia adalah orang yang sentiasa disisi memberi sokongan diwaktu sakit & sihatnya saya😍😍

Namun begitu….doktor turut menasihati saya agar meneruskan apa sahaja usaha saya sekarang sehingga cyst tersebut terus mengecut & lenyap.

Antara pesanan yang paling utama dari Puan Doktor ialah:

1. Kurangkan (kalau boleh elakkan) makan ayam & daging merah.

2. Elakkan sebarang supplement di pasaran. Ada supplement yang mampu mengaktifkan cyst….we never know which one is suitable for us😔 so better not to try any of those.

3. Boleh minum air soya tetapi elakkan pengambilan soya yang telah di proses. Beli air soya di pasar malam adalah lebih baik daripada susu soya yang dijadikan serbuk & di jual dengan harga yang mahal.

4. Perbanyakkan makan ikan untuk sumber protin.

Insyaallah….saya akan meneruskan segala usaha saya & akan bertemu doktor lagi dalam tempoh 4 bulan yang akan datang. Semoga Allah swt rezekikan saya untuk sentiasa sihat walafiat & berpeluang untuk membaca lebih banyak kalam suci Allah.

Kepada semua sahabat dunia akhiratku, saya doakan agar kalian semua juga sentiasa dalam rahmat Ilahi & diberi kesihatan yang baik agar mampu melakukan ibadah dengan sempurna.

Yakinlah….Allah swt sentiasa bersama kita. Sama-sama kita berusaha untuk memperkukuhkan iman. Jangan sekali kali meninggalkan Al Quran & sentiasalah bermohon hanya kepada Allah swt.

Semoga bermanfaat kepada semua kaum hawa.

Wallahualam.